Bab 4 ❤

23.2K 654 21
                                    

" ISYA ! apa nak jadi dengan awak ni? Macam mana boleh dapat satu B+ dan lapan Gagal dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun ? Cuba terang sikit kepada saya. Jangan disebabkan awak, prestasi sekolah jatuh. Jika awak taknak belajar, awak boleh berhenti daripada sekolah. Jangan nak memalukan nama baik sekolah" Ujar guru kelasnya iaitu Puan Intan.

Qhalesya di belakang hanya membuat mulut seperti mengajuk kata gurunya itu.

Kesabaran Puan Intan tidak tahan lagi. Puan Intan terus memarahinya.

" Isya! Jumpa saya lepas waktu sekolah ni ! " kata Puan Intan.

" Tapi cikgu . . . " belum sempat Isya memberitahu sesuatu, gurunya itu memotong katanya.

" Takde tapi tapi. No excuses lagi okay? HA RI NI JU GAK ! " Puan Intan bercakap dengan suara tegas.

" Assalamualaikum cikgu. " kata Qhalesya.

" Haaa. Waalaikumussalam Isya. Duduk sini. " balas Cikgu Intan.

" Okay thanks. " balas Isya.

" Awak tahu tak result awak ni teruk sangat? Sepanjang saya sebagai guru kelas, saya tak pernah dapat pelajar yang seteruk awak ni. " ujar Cikgu Intan.

" Okay. Then? " balas Isya lagi.

" Ramai cikgu merungut pasal awak ni. Apa masalah awak sebenarnya? Cuba cerita sikit? Kehadiran awak baik tapi result awak teruk. " ujar Cikgu Intan lagi.

" Emm. Cikgu, saya nak tanya boleh? "

" Apa dia? "

" Cikgu dah habis cakap belum? Mulut cikgu ni lebih bising daripada mummy saya tau. So, Bye. " Isya terus keluar daripada bilik guru itu.

Cikgu Intan hanya boleh menggelengkan kepalanya melihat perangai Tun Qhalesya.

" Assalamualaikum Mummy. " Seorang lelaki menekan loceng rumahnya sambil memanggil ibunya tetapi tiada yang menyahut.

" Aduh, takde orang kat rumah ke macam mana ni? " kata seorang lelaki yang berusia 23 tahun itu. Lelaki itu terus membelakangkan pintu rumah itu.

" Waalaikumussalam. Ya cari siapa? " Balas Isya.

Lelaki itu terus memandang Isya.

" OMG! ABANGGGGGG! ABANGGG DAH BALIK! " jerit Isya keriangan.

" Isyaaaaa! " lelaki tersebut juga jerit keriangan. Lelaki itu ialah Qhayeed. Iaitu abang kepada Qhalesya dan Qhisteena.

" Teena! Abang balik ! Turun lah. " jerit Isya.

Dengan laju Teena menuruni tangga dan memeluk abang kesayangannya itu yang baru pulang daripada Kota London.

" Dah besar dah adik abang ni. Eee, rindunya !! " Ayed mencubit pipi adiknya itu tanda geram dan rindu.

" Mestilah dah besar. Takkan mengecil pulak kot? " balas Teena.

" Dah pandai menjawab eh? " Ayed mencubit pipi adiknya itu lagi.

" Sakit lah! " balas Teena.

" Dah dah. Jom masuk. Kalau Abang and adik ni gaduh, sampai 100tahun lagi pun takkan habis. " Isya mengajak abangnya masuk.

" LILY, akak nak tanya ni. " Afiqah bertanya kepada Lily.

" Apa dia? " balas Lily.

" Lily pernah suka kan kat seseorang tak? " tanya Afiqah lagi.

" Pernah. Tapi kena reject. " Jawab Lily dengan nada sedih.

" Seriously? Siapa? " Afiqah bertanya dengan penuh perasaan ingin tahu.

Suamiku Guru Tuisyen?Where stories live. Discover now