Chapter 8 [AIRPORT]

5.9K 305 122
                                    

"Satu luggage besar? Kau betul-betul nak berjalan!" Kata Nicholas sebaik sahaja Enzo meletakkan beg beroda Elle di dalam keretanya. Elle menjeling. Bantal plushie pisangnya dipeluk.

"Dah Signore kata kita nak pergi vacation sekali! Jadi saya packinglah baju saya. Tahu tak, perempuan ada banyak barang 'perkakasan' yang kena bawa." Elle berkata. Nicholas hanya menatap Elle sebelum dia gelengkan kepalanya. Dia terus masuk ke dalam kereta. Elle mencebikkan bibirnya sebelum dia ingin mencapai pemegang pintu kereta.

"Eh." Elle terkejut ketika ada tangan yang terlebih awal memegang pemegang pintu itu. Elle menoleh. Alex.

"Please, Signorina." Kata Alex. Elle tersenyum ke arah Alex.

"Grazie." Elle berkata. Alex hanya senyum. Elle melangkah masuk di bahagian tempat duduk belakang kereta itu dan sudah pasti bersebelahan dengan Nicholas. Elle memeluk bantal plushienya itu sebelum dia membetulkan beg tangannya.

Elle duduk dengan selesa sebelum dia menoleh ke arah Nicholas. Nicholas sedang menatap tepat ke arahnya. Elle mengerutkan dahinya.

"What?"

"Hujung bantal pisang kau ni sentuh lengan aku." Kata Nicholas. Elle melihat bantalnya. Elle mencebik. Sikit je pun! Berkira betul. Elle menarik bantalnya dan sempat dia menjeling ke arah Nicholas. Dia memalingkan wajahnya ke tingkap kereta. Lagi elok tengok pemandangan luar dari tengok muka mamat tu. Nicholas senyum sendiri sebelum dia mengusap dagunya. Cuba untuk berlagak seperti biasa.

30 minit perjalanan menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Leonardo da Vinci-Fiumicino itu, mereka melalui satu kawasan lapang yang terdapat satu kapal terbang yang pastinya bukan digunakan untuk penerbangan awam. Sah. Mesti private jet ni. Elle tertegun melihat kapal terbang itu. Tidak besar dan tidak terlalu kecil. Terlihat kapal terbang itu sedang cuba dimasukkan ke dalam hangar biru besar di situ.

"Wow." Elle berkata.

"Itu private jet." Nicholas berkata. Elle mencebik. Ingat orang tak tahu ke? Elle menjeling.

"Saya tahulah tu jet peribadi." Elle menjawab.

"Well, I just want to show you and tell you that, That's mine." Nicholas berkata. Elle menatap Nicholas. Tiga saat sebelum

"Hahahahaha. Signore. Signore ni pandai rupanya buat lawak." Elle berkata sambil ketawa. Dia menutup mulutnya. Geli hati sungguh dengan lawak Nicholas.

"Lawak? Do you think I lied?" Tanya Nicholas. Elle kemudiannya mengangguk.

"But it's okey. I will trust you. Olok-olok." Kata Elle. Nicholas menatap Elle dengan pelik.

"Olok-olok? What does that mean?" Tanya Nicholas. Elle berhenti senyum. Haih, takkan itu pun tak tahu Signore ni?

"Olok-olok.. Maksudnya.. macam kita pretending. Yah. It's more like we are acting we agree or like with something but actually we're not. Macam Signore. Saya olok-olok je percaya jet tu milik Signore." Kata Elle.

Nicholas menatap Elle tidak percaya. Nicholas melihat Elle gelengkan kepalanya beberapa kali sambil ketawa. Damn this woman! Nicholas mengeluh panjang sebelum dia kembali menatap ke cermin tingkapnya.

Alex dan Enzo diam namun mereka masing-masing menahan senyum melihat gelagat dua manusia di belakangnya itu. Enzo terus memandu ke kawasan lapangan terbang dan mereka akhirnya tiba di kawasan letak kereta di valet. Wah. Dekat airport pun nak valet ke? Elle hanya mengangkat bahunya.

Elle ingin menurunkan bagasinya namun di halang oleh Enzo. Elle menatap Enzo.

"It's okay. Let me handle it. You can follow Signore. Uruskan hal penerbangan Signore. Saya dan Alex akan ikut di bilakang awak." Kata Enzo. Dengan pelat-pelat dia tu. Elle senyum.

Signore & Signora [Completed] 🦋Where stories live. Discover now