Chapter 7 [What?]

8.5K 359 201
                                    

Elle menggaru kepalanya. Tiba-tiba rasa gementar untuk jejakkan kaki ke pejabat hari ini. Fikirannya terus terbayangkan apa yang terjadi kelmarin.

"Dia pandai cakap melayu? Dia orang apa? Dia Malaysian ke? Macam mana dia boleh jadi Malaysian? Kalau betul dia boleh cakap Malay? Maknanya.. Selama ni?" Elle terdiam.

Kerek nak mamp- sabar Elle sabar.

Sombong betul

Pemalas

Takguna punya mamat

Gatal

"Arghhh!!! Selama ni? Dia tahu? Dia faham? Kenapa dia buat-buat tak faham? Dia nak kenakan aku ke? Arghhh" Elle menggaru kepalanya dengan kasar. Rasa tak nak pergi kerja sekarang ni. Rasa takut, gementar, cuak semua ada. Signore Nicholas.. Encik Nicholas? Arghh..

"He knows? Eee rasa nak berhenti kerja je harini. Tak nak masuk office. Tak nak!" Elle bergumam di hadapan pintu lobi pejabatnya itu. Dia menggaru kepala dengan dua tangannya sebelum dia berdiri dengan tegak.

"Kalau.. Kalau dia buang aku macam mana?" Elle berkata sendiri.

"Tapi bagus juga. Eh? Tapi.. Janganlah. Dahlah company dia je yang boleh terima orang bertudung. Eeee.. Haaa!! Mamaaa." Elle merengek sambil menggaru kepalanya. Dah macam monyet pun ada gaya si Elle tu.

Sudahlah dia datang lewat hari ini. Excuse time limit yang diberi oleh Nicholas adalah satu jam. Tetapi Elle? Dia lewat 3 jam gara-gara dia tertidur selepas solat subuh pagi tadi. Dengan demam yang belum berunsur kurang. Dia tetap gagahkan diri. Sampai sahaja di hadapan pintu lobi, tiba-tiba terus teringat si Nicholas yang entah sejak bila, bagaimana dan mengapa dia boleh berbahasa melayu. Terus terbayang kata-kata kasar yang pernah dihemburkan oleh Elle sepanjang seminggu dia berkerja dengan Nicholas.

"Buat tak tahu ja Elle. Buat tak tahu. Chill." Elle cuba menenangkannya dirinya sendiri. Elle ingin mencapai pemegang pintu kaca lobi itu.

Walaupun tak ikhlas, tapi tak apa, aku terima.

"Ishh!!! Signore.. Jangan ganggu saya!!!" Elle berkata sendiri. Entah bagaimana boleh terngiang pula si Nicholas berbahasa melayu malam semalam.

"Elok aku berdiri dekat belakang kau. Bila masa aku ganggu kau?"

Terloncat Elle ketika dia mendengar suara yang sangat dia kenali itu. Elle mengurut dadanya sebelum matanya bulat ketika melihat lelaki yang agak tinggi lampai itu. Enzo dan Alex turut berdiri beberapa inci di belakang Nicholas. Elle ternganga.

"Sig..Sig..Sig" Gagap terus Elle.

"Sig? What? Tiba-tiba speech delay?" Nicholas menambah.

"Good morning, Signore." Elle berkata dengan muka cuak dia. Merah menyala wajahnya saat ini. Memang tak boleh disorokkan dah merahnya itu. Bukan merah kerana blushing, tetapi kerana malu dan takut untuk bertatapan dengan lelaki di hadapannya itu.

"You are late. Three hours. Aku izinkan kau datang lewat satu jam je. Macam mana boleh add on lagi dua jam?" Nicholas bertanya. Elle berdiri dengan tegak sambil tangannya bermain di hujung tudung sarungnya. Ya! Elle hanya mengenakan tudung sarung sahaja hari ini. Kelam kabut punya pasal.

"I'm.. I'm sorry. Signore. Non stavo bene. (Saya kurang sihat)" Elle berkata. Nicholas menatap Elle.

"Suddenly you can't speak in Malay huh?" Nicholas berkata. Elle menunduk. Ish! Rasa macam nak koyak-koyakkan je mulut si Nicholas tu.

"Kau? Kau tak sihat lagi ke?" Nicholas bertanya. Elle geleng.

"Tadi kata tak sihat?"

"Bukan. Maksud saya, pagi tadi saya kurang sihat. Tapi sekarang macam dah bertambah baik." Elle berkata. Nicholas mengusik hidungnya. Cuba untuk menahan senyumnya.

Signore & Signora [Completed] 🦋Where stories live. Discover now