Bab 9

1.9K 175 24
                                        

Selesai masak, kami sembahyang zuhur dulu dan baru makan. Aku masak dua jenis lauk. Kurma telur dan ayam masak timun. Resipi ayam tu aku baru jumpa dekat Google. Baru pertama kali cuba masak. Kiranya, Ilham bakal jadi tikus makmal aku.

Duduk di meja pulau, dia sibuk tangkap gambar makanan guna telefon pintarnya. Dia tangkap dari semua sudut. Semata-mata untuk tangkap gambar yang cantik. Perangai dah macam orang perempuan yang suka kongsi gambar makanan di media sosial. Sebelum makan, wajib tangkap gambar untuk tontonan followers.

Dan bila aku teringat sesuatu, laju tangan kanan pegang telefon pintar Ilham. Menghalang dia dari terus tangkap gambar.

"Jangan upload dekat medsos," larang aku tegas bersama renungan mata yang tajam.

"Why? Saya baru nak share air tangan pertama isteri saya dekat Insta." Muka ceria dia berubah sedih. Mood teruja dia dah terbantut gara-gara ayat aku.

"Jangan tanya apa-apa. Tolong jangan upload. Please..." Renungan aku berubah lembut. Harap dia akan terpujuk dan mengalah.

"Okey. Tapi boleh saya tangkap gambar untuk simpanan sendiri?"

Aku kedip mata sekali lalu tersenyum tawar.

Tak sampai sesaat, muka dia kembali ceria. Dia sambung tangkap gambar seperti biasa sebelum simpan telefon dalam poket seluar.

"Done. Jom makan," ajak dia sambil menadah tangan untuk baca doa makan. Dan dia bukan setakat baca doa makan. Dia ada tambah doa lain lagi.

"Ya Allah, panjangkan lah jodoh kami berdua. Biarlah sampai bila-bila aku boleh makan air tangan Imani binti Abdullah. Dia sentiasa ada untuk teman aku makan. Aminnn..." Dia sapu kedua-dua belah tangan ke muka bersama anak mata yang terarah pada wajah aku.

Aku sapu tangan ke muka, namun tak mengaminkan doa dia. Kerana doa aku dan dia, sangat berbeza. Takkan sama dan bertembung antara satu sama lain.

"Sedap. Pandai awak masak. Kurma telur awak dah jadi makanan kegemaran saya sekarang," komen dia walaupun nasi penuh dalam mulut.

"Terima kasih." Bohong sangat tak timbul rasa bangga dalam diri. Dia orang pertama yang puji masakan aku. Sebagai manusia, aku pun dahagakan pujian. Cuma tak tunjuk melalui ekspresi muka.

"Apa makanan favourite awak, Imani?"

Aku pandang ke siling sebelum gelengkan kepala. Baru sedar yang aku tak ada makanan kegemaran. Mungkin kerana dari dulu, aku hanya makan saki-baki makanan yang tak habis. Jadi selagi ada makanan untuk masuk ke dalam mulut, aku akan sentiasa bersyukur dan terima seadanya.

"Favourite drink?"

Jawapan aku masih sama. Ilham hanya dapat gelengan aku sebagai balasan.

Ternaik kening dia.

"Favourite movie?"

Aku geleng.

Kening dia hampir bercantum dan suapannya juga ikut terhenti. Dia tengok aku pelik. Ibarat aku ni makhluk asing.

Jangan kata dia. Aku pun pelik dengan diri sendiri. Aku ni manusia atau robot?

Sampai tak ada langsung benda kegemaran dalam hidup. Seolah-olah selama ni aku hidup hanya untuk menanggung api kebencian mama.

Rasanya mulai sekarang, aku kena cari tujuan hidup. Kena mula sayang dan hargai diri sendiri. Baru aku boleh lepas sepenuhnya daripada cengkaman mama. Dan perkahwinan ni, batu loncatan untuk aku.

"Manusia kegemaran awak?"

Soalan dia yang paling terbaru menyedarkan aku yang sedang hanyut dalam perasaan sendiri tadi. Macam sebelum-sebelum ni juga, jawapan aku tetap negatif. Setakat hari ni, aku masih belum ada manusia kegemaran.

"Thanks, Imani."

Termangu-mangu aku jadinya. Ucapan terima kasih yang muncul tak seiring dengan topik kami sekarang. Melencong jauh ke dasar lautan.

"Awak dah buat saya ada matlamat baru dalam hidup." Nakal dia kenyit mata sebelah kanan.

"Huhhh?"

"Untuk jadi manusia kegemaran awak. Tu matlamat baru dalam hidup saya sekarang." Dia ukir senyum manis.

Sayangnya, aku cuma rasa kepahitan. Makin Ilham cuba tarik aku masuk dalam hidup dia, lagi aku bertambah takut. Sehabis boleh aku akan cipta jurang dalam hubungan kami meskipun agak susah. Kerana Ahmad Ilham bin Ahmad Ismail lain daripada manusia yang pernah wujud dalam hidup aku.

p/s: masih boleh terima cerita Ilham & Imani?  

Dia - Ebook (Jampi Cinta Ilham)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang