Chapter 4 [Tired]

7.9K 352 127
                                    

"What? Elle jumpa dia?" Erra bertanya di telefon. Elle mengangguk.

"Oh my god. Then? What happened? Did he do anything to you?" Tanya Erra dengan risau. Elle mengeluh.

"Dia tak buat apa-apa pun. Cuma, Elle terkejut bila Elle ingat dia. Sampai pengsan dekat restoran tu." Kata Elle.

"Pengsan? Fainted? Oh god. Elle, are you okay right now. Elle, I'm so sorry." Kata Erra dengan risau.

"Eh, Kak Erra. It's fine. Tak ada apa-apa. Elle okey je ni. Tengah berehat. Mungkin sebab Elle terlalu terkejut. Sampai tak sedar yang Elle tumbang. Nasib baik ada Nicholas. Dia yang tolong Elle." Luah Elle. Cuba untuk tenangkan kakaknya yang menangis itu.

"Nicholas? Who?" Tanya Erra di balik suara sedihnya itu.

"Nicholas. My employer." Kata Elle. Erra kemudiannya terdiam sebelum dia bertanya keadaan Elle. Elle pula masih cuba untuk tenangkan Erra.

Dia membaringkan tubuhnya di atas katil. Lama juga dia berhubung dengan Erra di telefon bimbitnya. Jam menunjukkan sudah jam 9.50 malam. Elle ingin pejamkan matanya namun matanya agak susah untuk dipejamkan. Entahlah. Mungkin sebab fikirkan apa yang berlaku dekat restoran mewah siang tadi. Punyalah terkejut sampai pengsan. Mimpi buruk pula tu.

Elle melihat pintunya yang dikunci dengan pelbagai cara itu. Siap letak kerusi lagi. Cuak juga rasanya. Ish. Tak guna punya orang tua. Tak pasal-pasal jadi penakut.

Elle tersentak ketika mendengar bunyi telefonnya berdering. Elle terus melekatkan di telinganya. Tahu, mesti Kak Erra.

"Ya Kak Erra? Masih risaukan Elle ke?" Tanya Elle prihatin. Dia senyum.

"Erra? Who?" Elle terus duduk. Suara lelaki? Elle melihat skrin telefonnya. Ya Allah. Nicholas?

"Sig..Signore?" Elle berkata usai dia meletakkan telefonnya di telinga itu.

"Are you still unconscious?" Tanya Nicholas. Memerli.

"No I'm not. I just ended my call with my sister and I thought it was her." Elle memberitahu.

"I didn't ask your explanation." Nicholas menjawab. Elle menjeling seolah-olah Nicholas itu berada di hadapannya.

"Why do you call me?" Elle bertanya.

"Why? You are my Personal Assistant, Elle. I can call you anytime I want." Nicholas berkata dengan tegas. Elle menjarakkan telefon bimbitnya sebelum dia mendengus.

"Yeah. Signore right. Posso aiutarla, Signore? (Can I help you?)" Elle bertanya.

"Send me the plan that I asked you to keep yesterday." Nicholas berkata. Elle mengerutkan dahinya.

"Plan?"

"Yah. Plan. The Bologna Project. I want the plan right now." Kata Nicholas. Elle ternganga. Tengah malam macam ni? Dia boleh minta Plan? Sah! Memang buang tebiat agaknya si Signore sorang ni.

"It's.. It's in the office." Elle berkata.

"Office? Your desk? Or?" Nicholas bertanya.

"It's on the desk. Yah! I think I put it on my desk." Kata Elle. Elle kemudiannya dengar bunyi seolah-olah Nicholas sedang berjalan dan membuka pintu. Wait? Dia dekat pejabat? Dah malam tapi masih di pejabat. Gila hardworking dia ni.

"Signore? Are you in the office?" Tanya Elle. Tiada jawapan dari lelaki itu. Elle kemudiannya diam. Takut ingin bertanya lebih-lebih.

"I couldn't find it!" Kata Nicholas. Elle terpinga. Tak ada?

Signore & Signora [Completed] 🦋Where stories live. Discover now