'honeymoon gone... wrong.'
ᥫ᭡
TERUJA rasanya ingin berkarokae setelah sekian lama tidak karokae secara rasminya. Biasanya, kalau menyanyi pun yang jadi mangsanya adalah remote TV, senduk, dan batang penyapu.
"Nak lagu apa ni?"
Soalan daripada Hariz mengembalikan aku ke dunia. Skrin TV yang memamparkan aplikasi YouTube menjamah pandangan.
Hariz setia menunggu jawapanku bersama mikrofon dan remote TV di tangannya. Aku mengetuk dagu beberapa kali. Berfikir.
"Bring me to life!" cadangku.
Aku suka vibes lagu itu. Syok betul!
"Hah?"
Berkerut kening lebat Hariz. Tangannya laju menekan butang yang ada pada alat kawalan jauh itu.
Lebar senyumanku apabila melihat lagu yang dipaparkan di televisyen tika ini.
"Couple edition."
Tanpa banyak bunyi, Hariz menekan sahaja.
Aku juga mencapai mikrofon di meja kecil. Hariz melabuhkan punggung di sebelahku. Tangannya naik memeluk bahuku.
Rancak kami menyanyi bagaikan dunia ini hanya ada kami sahaja. Aku pula memang dah tak tahu ke mana sifat malu. Padahal aku mana pernah menyanyi di hadapan sesiapa. Apatah lagi karokae begini.
"Abang, dah nak masuk chorus!" Kataku teruja.
Aku baiki dudukku supaya menjadi tegak.
"Bring me to life!" nyanyiku dengan penuh perasaan.
"Wake me up inside," giliran Hariz pula.
"Wake me up inside!"
"I can't wake up,"
"Wake me up inside!"
"Save me!"
"Call my name and save me from the dark!"
Bagaikan ingin terkeluar anak tekak aku menyanyi. Hariz pula hanya santai di atas sofa. Aku kini telahpun berdiri. Menjiwai betul kau Sofea. Haish.
"Penat," aduku sebelum menjatuhkan punggung di sebelah Hariz.
Hariz ketawa.
"Itu lah siapa suruh bersemangat sangat menyanyi."
Tangan kasarnya naik membelai rambutku. Kepalaku disandarkan ke tubuh tegap Hariz. Sungguh penat!
"Minum air dulu,"
Segelas air putih dihulurkan padaku. Aku apa lagi, bagaikan orang mengantuk, disorongkan bantal. Memang sekelip mata habis air kosong itu.
"Abang lepas ni..."
Kata-kataku mati apabila telefon bimbit Hariz menyanyi minta diangkat.
"Sekejap, ya."
Hariz bangun dan berlalu ke luar. Mungkin inginkan privasi. Aku masih dalam mood nak berkarokae, memang laju sajalah tangan mencapai remote.
Hariz tu biarkan ajelah dia.
KECANTIKAN kota London ini diamati dengan mata dan hati yang teruja. Tangan yang bersatu dengan tangan suamiku digoyang-goyangkan.
Kota London ini sudah teramat cantik, tambah pula ada Hariz bersama. Masya-Allah, makin cantik! Berseri-seri. Hahaha.
"Abang, Pia nak masuk mall. Nak beli juga cenderamata untuk mama, papa, Kak Sya, Kak Tya, Nek Peah, dan atuk."

ANDA SEDANG MEMBACA
ISTERI SEORANG TENTERA
Romance[Completed] Hariz Jibrail. Sebaris nama yang dikenali orang-orang dengan sifat ketegasan dalam melakukan tugasnya sebagai seorang tentera. Wajah kacaknya membuatkan ramai gadis yang tergilakan dia. Walaupun sifatnya tegas, namun masih juga si gadis...