‘he's unexpected.’
ᥫ᭡
KELOPAK MATA yang sememangnya berat cubaku buka. Terasa ada sesuatu yang berat menindih perutku.
Apabila iris mata sudah selesa dengan suasana sekarang, baru lah pemandanganku perlahan-lahan menjadi jelas.
Jelas kelihatan lengan kekar yang melilit perutku. Perlahan-lahan aku mengangkat lengan itu ke tepi agar tidak mengejutkan Hariz.
Langkah juga diperlahankan agar tidak membuat apa-apa bunyi. Usai membersihkan diri, aku berlalu ke almari baju.
Berkerut keningku melihat beberapa bagasi yang cantik tersusun di tepi almari. Bag baju Hariz ke? Tak kanlah bertugas bawa bag cantik macam gitu, tambah pula banyak.
"Dinda, why tak kejutkan abang juga?"
Tersentak aku disergah oleh Hariz bersama tangannya mula melilit pinggangku dari belakang. Suaranya juga kedengaran serak basah.
"Abang penat, kan. Pia tak kejutkan lah abang." Ujarku lembut sambil mengusap lembut tangannya yang berada di perutku.
"Abang pergilah mandi dulu, Pia siapkan breakfast."
"Mandi sama-sama lah."
"Pia dah mandi."
"Mandi sekali lagi,"
"Abang..." suaraku ditekan sedikit.
Disambut dengan tawa halus daripada Hariz sebelum pelukannya melonggar. Sempat dicium pipiku sekilas sebelum dia mengambil tuala dan berlalu ke bilik air.
Kemudian pandanganku kembali ke arah bagasi-bagasi tadi. Lupa pula nak tanya Hariz ini barang-barang apa.
Kaki diatur ke ruang dapur.
Sedang leka memasak, terasa bagai diperhatikannya. Aku terus menoleh ke belakang.
Susuk tubuh Hariz yang sedang bersandar ke dinding menyapa pandangan.
"Bila abang siap?"
Pelik pula apabila Hariz tidak mengganggu aku. Dah bertaubat ke?
"Dah lama dah. Orang tu aje tak perasan. Sibuk sangat menyanyi," sindirnya seraya mendekati aku.
Aku mencebik.
"Biarlah,"
"Orang kalau tengah masak, bukan menyanyi sayang. Orang mengaji, supaya masakan yang masuk ke dalam perut mereka yang makan menjadi berkat."
Hidungku dicuitnya. Tapi yang menjadi tumpuanku kini bukanlah pesanannya, namun panggilannya terhadapku.
Bukan ke dia baru panggil aku sayang? Bibir automatik mahu melebar. Tapi cepat-cepat aku tahan.
"Tersenyum-senyum pula dia. Dengar tak apa yang abang cakap ni?"
Lamunanku terhenti apabila ditegur oleh suara garau Hariz. Aku mencebik memandang Hariz yang sudah bercekak pinggang.
Baru aje nak menggelupur, tapi tengok pada gaya dia sekarang sama persis seorang komander. Eh, tapi dia memang komander pun.
"Abang dekat pangkalan garang tak?"
Tiba-tiba soalan itu terlintas di fikiranku. Sepanjang tempoh kami menjadi suami isteri ini, tidak pernah sekali pun aku kena marah dengannya.
Tak boleh bayang aku jika Hariz marah kerana dia tak pernah. Kalau marah pun manja-manja aje.

ANDA SEDANG MEMBACA
ISTERI SEORANG TENTERA
Romance[Completed] Hariz Jibrail. Sebaris nama yang dikenali orang-orang dengan sifat ketegasan dalam melakukan tugasnya sebagai seorang tentera. Wajah kacaknya membuatkan ramai gadis yang tergilakan dia. Walaupun sifatnya tegas, namun masih juga si gadis...