Bab 7

2.1K 175 19
                                        

Aku buka pintu bilik tanpa ada senyuman yang menghiasi di wajah. Itu pun selepas tiga kali Ilham ketuk pintu dan seru nama aku.

Seperti semalam, dia muncul bersama kopiah di kepala. Cuma pagi ni dia tak pakai baju Melayu. Dia pakai kurta lengan pendek warna kelabu bersama kain pelikat hitam. Di tangan sebelah kanan dia, ada cermin yang sama besar dengan kertas A4.

"Dah sembahyang subuh?" Dia tersenyum nipis.

Aku gelengkan kepala sebagai jawapan.

Waktu dia ketuk pintu, aku baru hampar sejadah di atas karpet. Tak sempat nak sembahyang, dia muncul sebagai tetamu di awal pagi.

"Saya pun belum. Saya tengah cari makmum saya."

Sebaik saja Ilham habis cakap, terus dia angkat cermin sama paras dengan muka aku. Lalu, dia mengintai aku di sebalik cermin seperti anak kucing.

"Awak ada nampak makmum saya, Imani?"

Ketika soalan tu yang meluncur keluar dari mulut, dia pandang imej muka aku yang terbentuk di dalam cermin. Cara dia sekarang seolah-olah aku dan manusia di dalam cermin adalah dua identiti yang berbeza. Padahal orang yang sama.

"Boleh jadi makmum saya?" Soal dia lagi.

Dan soalan tu, masih dituju pada imej aku di dalam cermin. Bukannya pada manusia nyata yang sedang berdiri di depan dia.

Selang beberapa saat, dia goyang cermin ke depan dan ke belakang. Ibarat cermin tu tengah bagi isyarat angguk pun ada.

"Orang dalam cermin setuju jadi makmum saya. Macam mana dengan awak pula? Awak setuju jadi makmum saya pagi ni?" Dia tenung lembut ke dalam anak mata aku.

Aduh, gawat lelaki ni!

Pelik perangai dia kadang-kadang. Susah aku nak hadam. Dia boleh tanyadirect dekat empunya badan. Kenapa perlu ada cermin sebagai perantara? Atau dia takut aku tolak?

Tak mungkin aku akan tolak. Sebab sembahyang jemaah boleh dapat banyak ganjaran pahala. Sekurang-kurangnya, boleh top up amalan ibadah aku sebagai hamba Allah.

"Jom," balas aku ringkas.

Tapi respons Ilham, sangat ekstrem. Dia bersorak riak di depan bilik serupa baru dapat durian runtuh. Dia punya senyum lebar sampai nampak habis gigi.

"Alhamdulillah. Yes!"

Aku masuk dalam bilik seketika untuk ambil sejadah sebelum melangkah keluar dari bilik. Kemudian, aku ikut langkah dia yang sedang tuju ke ruang tamu dari arah belakang.

Sembahyang di ruang tamu memang pilihan yang bijak. Buat masa sekarang, aku belum bersedia nak duduk di dalam bilik yang sama dengan Ilham walaupun hanya untuk sembahyang. Aku terlampau takut pada bayang-bayang sendiri.

Sebelum berdiri di atas sejadah, Ilham letak cermin tadi atas sofa. Lalu dia pusing pandang aku sekilas, dan mula ambil mood untuk jadi imam aku untuk pertama kali dalam hidup.

Selesai membaca doa selepas sembahyang, baru dia pusing menghadap ke arah aku. Sambil sengih, dia garu belakang kepalanya dengan tangan kiri. Manakala tangan kanan, berada di atas paha dia.

"Sembahyang jemaah sudah. Tapi salam tangan, belum lagi. Awak nak salam tangan saya tak, Imani?" Dia hulur tangan kanan pada aku.

Silih ganti bebola mata aku jatuh pada tangan Ilham dan muka dia. Hanya pandangan kosong. Biarpun dalam hati, emosi tengah berperang hebat. Kalau salam tangan, akan berubah ke hala tuju hubungan kami?

Sehabis boleh aku nak cipta tembok dalam hubungan kami berdua. Sebab aku nak jaga hati sendiri daripada kian terluka. Aku kahwin dengan dia demi maruah keluarga dan kebebasan. Bukan untuk terperangkap dalam godaan kasih sayang seorang lelaki.

Dia - Ebook (Jampi Cinta Ilham)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang