Balik dari Giant, aku kemas siap-siap barang dapur. Simpan semua bahan mentah dalam peti sejuk. Selepas selesai kerja, terus aku berkurung dalam bilik. Tak makan dan tak minum. Aku hanya keluar dari bilik selepas sudah sembahyang isyak.
Waktu aku buka pintu bilik, ada Ilham yang sedang bersila di depan pintu. Mungkin dia pun baru sudah sembahyang. Sebab atas kepala dia masih ada kopiah dan hujung lengan baju Melayunya masih basah.
"Alhamdulillah..." Dia usap muka seraya cabut kopiah dari kepala. Kemudian, dia pandang aku bersama senyum tipis yang tersungging di bibir.
"Nampak tak yang jodoh kita berdua ni memang kuat. Saya dapat rasa awak akan buka pintu selepas sembahyang isyak. Dan buktinya..."
Tangan kanan dia bergerak dari atas hingga ke bawah berulang kali. Tengah tunjuk aku yang sedang berdiri di sebalik pintu.
"...awak ada depan saya sekarang," olah dia dengan tangan yang masih bergerak naik turun.
"Hurmmm." Aku angguk kepala dalam satu kali sebelum tutup pintu bilik balik. Tak jadi nak keluar dari sarang bila ada Ilham di depan mata.
Tapi tak sempat pintu nak tertutup rapat, dia dah tahan guna kaki dan tangannya. Mulut dia pula mula berceloteh yang bukan-bukan.
"Jangan tutup pintu, Imani."
Itu celoteh dia yang pertama dan aku masih boleh buat pekak. Selamba aku tolak pintu bilik guna kudrat yang ada.
"Kalau awak tutup pintu, maksudnya awak sayang saya tahap bangang."
Sebaik saja celoteh yang kedua menyapa ke telinga, terus aku buka pintu bilik seluas-luasnya. Ibarat tengah buat open room, namun tanpa ada sembarang sambutan.
"Alaaaa... kenapa buka luas sangat ni? Nak jemput saya masuk dalam bilik awak?" Dia jongket kening sebelah bersama badan yang bersandar di bingkai pintu.
Allah...
Aku stres!
Kenapa hidup aku sentiasa dikelililingi orang macam ni? Suka putar belit ayat sampai aku rasa terperangkap.
"Awak masuk, saya keluar." Aku jeling Ilham sekilas sebelum melangkah keluar dari kawasan bilik.
"Awak keluar... saya pun akan keluar juga. Saya akan sentiasa bersama awak seperti orang kuning dalam iklan Digi. Bersamamu di mana jua." Kuat dia menyanyi. Silap-silap jiran sebelah pun boleh dengar suara dia yang persis Cakra Khan tu.
Dan dia betul-betul, mengotakan kata-katanya. Dia mengekor belakang aku seperti bayang-bayang. Dia ikut rapat setiap langkah aku di dalam kawasan dapur.
"Awak nak apa?" Soal aku dingin. Badan menghadap ke arah kabinet dapur. Kalau pusing belakang, sah badan kami berdua akan bertembung.
"Saya nak awak, tapi awak tak nak saya." Dia meraung perlahan di hujung ayat. Bukan menangis sampai keluar air mata. Cuma propa je yang lebih.
"Soooo sebagai lelaki gentleman... saya kena make a move dulu. Mengurat awak secara halal."
Huraian panjang yang boleh mengundang kemarahan sungguh. Walaupun dia bercakap dalam nada ceria, aku rasa macam nak meletup. Dia buat hubungan kami berdua jadi makin complicated.
Kenapa dia tak macam lelaki lain bila berada dalam situasi kahwin paksa?
Dia sepatutnya benci aku!
Ignore aku!
Bukannya mengurat aku dengan jual ayat manis pada skala lima.
"Sebagai langkah yang pertama, jom makan. Saya ada goreng ayam dan nasi untuk dinner kita malam ni." Sambil bercakap, dia tarik hujung baju aku. Persis budak-budak tengah tarik baju mak di pasar raya.
"Terima kasih. Saya tak la..."
Hanya empat patah perkataan tu yang berjaya keluar dari mulut. Perkataan lain tenggelam di sebalik tangan besar Ilham. Sesedap rasa dia tutup mulut aku dari arah belakang.
"Tolonglah lapar wahai perut Imani. Penat saya masak. Kalau awak tak makan, saya bertapa dalam bilik awak malam ni," ugut dia bersama intonasi suara yang cukup perlahan.
Meremang seluruh bulu roma aku. Bukan takut dengan ugutan dia. Aku rasa seram bila badan kami terlampau rapat seperti kembar Siam.
"Jadi, macam mana? Awak nak makan atau saya jadi penghuni baru dalam bilik awak? Yang mana satu pilihan hati awak, Imani?"
Ilham pusing badan aku supaya menghadap ke arah dia. Kedua-dua belah tangannya berada di atas bahu aku. Bukan lagi di bibir. Bila mata kami saling bertentang, resah aku jadinya.
"Saya makan." Aku tunduk kepala rapat ke leher. Tak selesa nak pandang muka dia lebih daripada seminit dan secara dekat macam ni.
"Good wife. Jom, makan!"
Dia usap kepala aku dalam beberapa kali sebelum tangannya tarik hujung lengan baju aku. Bukan untuk duduk di meja pulau, tetapi ke ruang tamu.
Tiba di ruang tamu, aku nampak di atas meja bulat ada nasi goreng dan ayam goreng. Dia dah siap hidang semuanya di depan televisyen. Termasuk air kosong. Tugas aku hanya makan je malam ni.
"Boleh saya makan dekat dapur?" Bukan mengelak, tetapi ini kebiasaan aku. Hidup menumpang di rumah mama, mana boleh makan luar dari kawasan dapur. Haram sama sekali.
"Why, Imani?"
"Saya dah terbiasa. Dekat rumah mama, tak boleh makan di ruang tamu." Dan larangan ini, hanya untuk aku seorang. Orang lain boleh makan dekat mana-mana saja. Mama takkan marah.
"Tu rumah mama. Ni rumah kita."
Jari telunjuk Ilham berpusing 360 darjah. Tengah tunjuk kawasan dalam rumah. Mungkin untuk highlight perkataan 'rumah kita' tadi.
"Rumah kita, peraturan kita. Tak ada kaitan langsung dengan mama," tambah dia.
"Bukan rumah kita, tetapi rumah awak. Saya hanya menumpang." Aku tegur sebab tak boleh terima ayat dia. Ini bukan rumah aku. Rumah ni sepatutnya milik Adrina.
"Selagi awak isteri saya, rumah ni milik awak. Awak bukan menumpang. Awak tuan rumah. Termasuk tuan pada hati saya, Imani."
Aku tak angguk ataupun geleng. Jauh sekali bersuara. Aku duduk bersila di depan meja bulat dan mula makan ayam goreng segera jenama Ayamas. Dia baru beli siang tadi di Giant.
"Sedap?" Tanya Ilham sebaik saja dia duduk bersila di sebelah aku.
Aku angguk.
"Kalau sedap, makan sampai cacing dalam perut awak kenyang." Dia letak tiga ketul ayam dalam pinggan aku. Dia siap tolong senduk nasi goreng sekali untuk aku.
"Terima kasih."
Asalnya, aku nak protes sebab banyak sangat nasi goreng yang dia senduk dalam pinggan. Tapi bila terkenang dia dah tolong masak untuk makan malam, akhirnya ucapan terima kasih yang datang daripada aku.
"Awak boleh tolong saya, Imani?"
Tak jadi aku nak suap nasi goreng. Dia tak pernah minta tolong. Dia lebih suka ugut orang secara halus.
"Tolong apa?"
"Tolong makan on time. Jangan biar perut kosong. Saya memang bukan jutawan atau hartawan. Tapi suami awak ni, masih mampu bagi awak makan. So... janji dengan saya awak akan makan on time lepas ni, boleh?"
"Mmmm... boleh." Aku sambung suap nasi. Ini sebagai jaminan yang aku akan makan tepat pada waktu. Takkan skip waktu makan lagi.
"Good girl." Dia senyum lalu tambah seketul lagi ayam dalam pinggan aku.
Sekarang aku rasa macam musang. Tapi kerana malas nak berbunyi, aku makan je seperti biasa. Kalau dekat rumah mama, aku tak cukup makan. Dekat rumah Ilham pula, aku akan terlebih makan rasanya.
p/s: Happy reading and sorry untuk yang terkurang. Kalau nak komen apa-apa, komen je. Dan kalau suka, boleh tekan like. Hehehe.
Thank you <3 <3 <3
ANDA SEDANG MEMBACA
Dia - Ebook (Jampi Cinta Ilham)
RomanceTajuk baru Dia. Tajuk lama Jampi Cinta Ilham Harga RM 16.00 Ready file Blurb DIA Berbintikan Abdullah dan menumpang kasih dalam keluarga angkat yang membenci dirinya, bukan sesuatu yang mudah bagi Imani. Setiap hari, hanya air mata yang menjadi p...
