21 | S O F E A J I B R A I L

5.8K 340 8
                                    

'how i wish no one will hate our relationship.'

ᥫ᭡

DENGAN hati yang berbunga, aku mengorak langkah masuk ke dalam rumah Nek Peah.

Walaupun aku masih lagi takut untuk bersemuka dengannya setelah menjadi isteri Hariz, tapi jujur aku sangat merindukannya.

"Assalamualaikum," perlahan aku memberi salam.

Kosong. Kepala dialihkan ke seluruh pelusuk rumah ini. Mana atuk dan Nek Peah? Kemudian telingaku menangkap gelak tawa dari bahagian dapur.

Laju aku mengatur langkah ke dapur. Kelihatan susuk tubuh Nek Peah dan atuk yang sedang ketawa bahagia. Bibir automatik menguntum senyum.

"Amboi, bahagianya dia sampai tak sedar Pia datang."

Teguranku mengundang pandangan dari kedua pasangan itu. Wajah atuk dan Nek Peah terus bersinar-sinar sebelum wajah Nek Peah kembali dingin.

"Pia! Ya Allah, lamanya tak jumpa cucu atuk yang sorang ni. Hariz mana?"

Atuk laju bangun melulu ke arahku. Dipeluk kemas tubuhku bagaikan tak mahu lepas!

"Baru nampak batang hidung. Ingatkan dah bersuami dah lupa kita yang kat kampung ni."

Laju mulut Nek Peah menyindir. Haih, pantang nampak muka aku, ada aje mulutnya nak menyindir.

"Nek... Pia bukan taknak jumpa Nek Peah. Tapi Pia dah ada suami, kalau perangai Nek Peah asyik macam ini, macam mana Pia nak bawa Hariz jumpa Nek Peah? Kesian aje dekat dia nanti, tambah luka dalam hati dengan kata-kata Nek Peah."

"Siapa kata aku nak jumpa Hariz? Aku nak jumpa cucu aku aje."

Masih bongkah nada suaranya.

"Hariz kan suami Pia, maknanya kalau Pia nak jumpa Nek Peah, Hariz ada sekali lah."

"Dah tu mananya? Tak reti nak jenguk aku? Ini lah budak muda zaman sekarang. Balik kampung bukannya reti nak bersalam dulu dengan orang tua." Sinis Nek Peah menghambur.

"Hariz tak ada. Dia kena bertugas." Jawabku masih lagi lembut.

Tak mahu melukakan hati Nek Peah.

"Ha, ini lah yang aku paling benci. Belum apa-apa dah kena tinggal. Padan lah muka kamu, Pia. Baru kawin seminggu, dah kena tinggal. Sepatutnya kamu kena check, betul ke tak yang dia tu bertugas, entah-entah curang."

"Nak buat macam mana, dah itu pilihan kamu. Perangai budak muda sekarang ni makin menjadi-jadi. Tak pernah nak ikut kata orang tua. Kalau lah kamu nikah dengan si Luth tu, pasti kau orang sekarang ni dah bahagia bulan madu semua."

Pedih rasanya telinga mendengar sindiran daripada Nek Peah. Mulut pula terasa ringan aje nak menghambur kembali.

"Nek Peah ni kenapa? Hariz tu dia bertugas demi negara. Fisabilillah. Kenapa Nek Peah mesti nak tuduh dia curang? Dan kenapa mesti libatkan Luth? Tolong lah, Pia datang sini nak luangkan masa dengan Nek Peah, dengan atuk."

"Bukan nak dengar Nek Peah memburukkan suami Pia. Nek Peah dengar kata-kata Pia baik-baik. Walau apa pun yang terjadi, Pia akan sentiasa percayakan suami Pia! Pia akan sentiasa setia dengan suami Pia!"

Terus aku beredar dari situ. Tak betah berlamaan di situ. Buat sakit hati aje. Tambah pula dengan nama si Luth itu. Mahu aje aku cekik jantan tu sampai biru.

Entah betul apa tidak dia berkerja sebagai business man, entah-entah kerja kotor. Dia waktu sekolah dulu pun bukannya budak baik. Hisap rokok sana sini, berkawan dengan samseng.






ISTERI SEORANG TENTERA Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang