Assunto!
Elle meraup wajahnya sebelum bibirnya tidak henti mengucapkan zikir Alhamdulilah. Empat hari menanti, akhirnya ada juga tempat untuk dirinya mencari rezeki. Siapa sangka, syarikat Theodore Empire, satu-satunya syarikat yang langsung tidak memandang terhadap pakaian yang dikenakan olehnya kelmarin. Langsung tidak menyentuh bab pakaiannya semasa ditemu duga berlangsung. Elle senyum.
Elle membaca tiap baris patah perkataan dari email yang dihantar oleh pihak syarikat itu. Dirinya dipanggil untuk melaporkan diri sebagai seorang pekerja pada lusa. Elle kemudiannya bangun. Dia menuju ke arah almari bajunya dan segera dia menyalin pakaiannya. Dia bergegas melangkah keluar dengan beg tangannya dan menuju ke rumah Erra. Dia ingin berkongsi berita gembira ini bersama kakaknya itu.
20 minit dari rumah sewanya, Elle turun dari kereta dan segera berlari ke rumah Erra. Erra tersenyum melihat bayangan adiknya itu dan disambut dengan mesra. Mereka berpelukkan.
"Kak Erra!! I've got the job!" Elle berkata sambil menunjukkan paparan email di telefon bimbitnya itu. Erra terkejut dan dia membaca email itu. Mereka kemudiannya terlompat girang dan memeluk antara satu sama lain.
"Congratulazioni, mia bellissima sorella. (Tahniah adik kakak yang cantik ini)" Erra berkata. Elle senyum. Dia kemudiannya memeluk Erra lagi.
"As I promised, I will help you, Kak Erra. I will help you. You will get your cafe back! Mark my words." Elle berkata sambil mengusap belakang badan Erra. Erra tersenyum dan terharu. Dia mengangguk. Pelukan mereka dilepaskan.
"It's okay. Don't worry about me. Jangan risaukan kakak dan abang. Do for yourself first." Kata Erra sambil membelai wajah Elle. Elle mengangguk.
"Walau apa pun, Elle janji Elle akan bantu Kak Erra settlekan semua hutang and Kak Erra boleh buka kedai seperti biasa. Trust me." Kata Elle sambil menggenggam tangan Erra.
"Terima kasih adik kakak. Kakak mintak maaf kalau kakak banyak susahkan Elle." Kata Erra. Elle tersenyum. Comel betul tengok kakaknya yang berbicara dengan pelatnya itu. Pekat juga pelat bahasa melayunya. Elle dan Erra kemudiannya tertawa bersama. Memang perkara biasa.
Erra menjemput Elle untuk masuk ke dalam rumahnya. Kebetulan hari ini dia memasak Spaghetti Bolognese bersama bebola keju. Kegemaran Elle. Elle teruja. Sempat dia menyapa abang iparnya sebelum menuju ke meja makan Erra. Erra dengan senang hati menghidangkan makanan buat Elle.
"Macam tahu-tahu je Elle nak datang." Kata Elle sambil menayangkan giginya. Erra senyum.
"Here we go. Enjoy your meals." Kata Erra. Elle senyum teruja.
"Grazie e sorella. (Terima kasih kakak saya)" Elle berkata sebelum dia mula menjamu selera. Erra hanya senyum. Kepala Elle dibelai dengan lembut. Elle tersenyum. Tidak henti dia memuji masakan Erra. Mungkin bagi orang lain seperti biasa sahaja makanan itu, namun tidak bagi Elle. Spaghetti Bolognese antara salah satu makanan kegemaran Elle. Tidak kira di Malaysia ataupun di Rome. Sama sahaja.
Setelah berpindah ke negara Itali itu, makin jatuh cinta Elle dengan makanan itu. Maklumlah, semuanya menggunakan bahan-bahan asli. Setelah kehilangan ibu dan juga ibu angkatnya, Erralah orang yang sering melayan keinginannya untuk memasakkan makanan kegemaran Elle itu. Sehinggalah sekarang. Memang dia manjakan Elle.
"Bila Elle mula bekerja?" Tanya Erra.
"Hurm dua hari lagi." Elle menjawab. Erra mengangguk.
"Kalau macam itu, kakak rasa kakak nak singgah kafe kakaklah esok. Sudah lama kakak tidak pergi." Erra bersuara. Elle senyum. Sangat baku ya bahasa melayu Erra.

YOU ARE READING
Signore & Signora [Completed] 🦋
RomanceNicholas Theodore X Eleanor Sherafina From POV to Wattpad. Another blushing story has entered into the airashroses account.❤️ Nicholas Theodore and Eleanor Sherafina. Dua insan yang mempunyai kisah sedih dalam kehidupan mereka dipertemukan sebagai...