RAEZ♥️ANISA: BAB 1

41.2K 928 57
                                        

Raez Esmail melangkah masuk ke dalam ruang latihan menembak yang di sedia khas untuk guard yang di lantik oleh syarikat Raez Security Force Sdn Bhd. Mereka akan melakukan setiap minggu latihan menembak di sini. Setiap mereka wajib mahir menggunakan senjata dan kemahiran menembak juga perlu hebat agar musuh mudah ditumpaskan. Sebagai CEO Raez Security Force Sdn Bhd, Raez Esmail perlu sentiasa memastikan nama baik syarikat terpelihara dan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan juga perlu terbaik.

Raez menanggalkan kot yang dipakai lalu dilurut ke bawah dan dicampak ke sebuah kerusi besi. Kedua-dua lengan baju kemeja berwarna putih yang dia pakai ini dilipat hingga paras siku hingga terserlah lengannya yang berurat.

Kemudian, dia melangkah beberapa tapak ke hadapan menuju ke sebuah meja. Di atas meja tersusun pistol jenis Glock 19 dan 17, komponen pada pistol ini telah dipisahkan. Jadi, sebelum mula menembak dia perlu memasang setiap komponen hingga pistol ini menjadi sepucuk pistol yang sempurna.

Selesai saja menyatukan semua komponen pada badan pistol, Raez melaras pistol Glock 19 sebelum mengangkat tinggi tangannya hingga paras bahu sambil memegang kemas pistol lalu diacukan ke arah human target board yang terletak sejauh 20m.

Tosh! Tosh! Tosh! Beberapa das tembakan dilepaskan bergema ruang latihan ini.

Tosh! Tosh! Raez melepaskan lagi beberapa das tembakan semua peluru pergi tepat ke arah human target board tiada satu pun tersasar.

Tosh!

"Woi mak kau tergolek terbalik."

Suara orang melatah di belakang Raez menyebabkan dia hilang focus. Dia melepaskan keluhan kasar dan menoleh memandang manusia di belakangnya.

"Banyak kali kan aku dah cakap kalau nak melatah tak payah datang sini. Kau nak apa?"

Marah Raez apabila tumpuannya di ganggu ketika dia sedang melakukan aktiviti kegemarannya..

"Ala boss maaf la. Aku tak sengaja, terkejut tu luar kawalan aku. Boss tahu kan aku ni sensitif dengan bunyi tembak-tembak tu. Aku datang sini sebab nak remind boss pasal birthday Mia and your mom. Farah dan Mia tengah tunggu boss dekat lobi."

Faris mendekati Raez sambil membelek dua pucuk pistol di atas meja. Gerun dia melihat dua senjata api ini, boleh melompat kalau dia mendengar bunyi tembakan yang dilepaskan.

"Kau tahu apa beza Glock 17 and 19?" Soal Raez sambil melaras pistol jenis Glock 17 lalu diacukan ke target board.

Tosh! Tosh! Dua das tembakan dilepaskan menggunakan pistol jenis Glock 17.

"Bezanya nombor dia boss. 17 and 19." Faris  menutup telinga kerana berasa seram sejuk mendengar bunyi tembakan yang bergema.

Raez mendengus kasar mendengar kata-kata Faris, jika itu jawapannya, baik dia tanya Mia. Sekurang-kurangnya jawapan si comel itu tidak menyakitkan hati.

"Glock 17 saiz lebih panjang dan safe action, untuk Glock 19 ni compact. Military lebih suka pakai pistol jenis Glock 19. Aku suka semua senjata as long boleh bunuh orang yang menyebabkan kematian isteri aku."

Apabila mengingati kisah setahun lalu pasti perasaan marah dan dendam akan terbit di dalam sanubarinya. Hati siapa tidak sedih jika melihat isteri mati dibunuh di depan mata. Pembunuh masih bermaharajalela di luar sana. Jika dia berjaya menjejaki mereka tiada seorang pun di antara mereka akan dibiarkan hidup tenang.

Raez melangkah keluar dari ruang latihan menembak ini dan menuju ke lif sambil memasukkan tangan kiri di dalam poket seluar. Sesekali dia melepaskan keluhan kasar.

"Tak akan la boss nak bunuh diaorang? Nanti tak silap hari bulan boss jadi roomate diaorang dekat dalam penjara tu. Boss kena fikirkan Mia juga, jangan ikutkan  sangat perasaan dendam tu." Nasihat Faris, risau jika boss dia ini melakukan perkara di luar kotak. Lelaki ini boleh tahan degil dan berani. Setahun lebih bekerja sebagai PA Raez, Faris sudah masak dengan perangainya yang suka bertindak tanpa berfikir panjang.

SOMEONE (PBAKL2025)Where stories live. Discover now