‘i got his heart, but not his precious times.’
ᥫ᭡
BAJU LABUH berwarna putih yang dikenakan dengan tudung bawal berwarna soft pink cantik melekap di tubuhku.
Bag tangan dicapai setelah berpuas hati dengan imej diriku yang dipaparkan di cermin. Aku mengorak langkah ke ruang tamu.
Susuk tubuh Hariz dicari. Katanya dia menungguku di luar. Mahu memastikan keadaan rumah berada dalam keadaan yang bersih dan selamat.
“Dinda? Dah siap ke?” Suara garau Hariz yang datangnya dari pintu hadapan menyapa halwa telinga.
Automatik aku berpaling ke arahnya. Dia segak memakai baju kemeja putih bersama tie yang berwarna serona dengan tudungku. Turut dikenakan kot hitam ditubuhnya. Kacak sungguh!
“Abang dah check semua dah?" tanyaku.
Hariz angguk. Tangannya dihulurkan padaku.
"Jom,"
Tanpa berlengah, aku membalas hulurannya. Kami bersama-sama menuju ke kereta mewahnya. Agak terkedu aku apabila ini adalah kali pertama Hariz menggunakan keretanya yang ini sepanjang kami berkenalan.
"Kenapa abang guna kereta ini?"
"Sebab abang nak," mudah aje jawapannya ya.
Pintu sebelah penumpang dibuka oleh Hariz.
"Come in, my lovely wife." Hariz memaparkan senyuman manis yang menampakkan lesung pipitnya.
Manisnya ya Allah!
Seterusnya Hariz berlalu ke sebelah pemandu. Seatbelt dipakaikan. Perlahan tapi jelas kedengaran suara Hariz melafaskan doa membawa kenderaan dan ayat penggerak sebelum gear dimasukkan.
Oh ya! Sebelum semua terpinga-pinga kami ingin ke mana, malam ini berlangsungnya majlis sambutan ulang tahun rakan sekerjanya.
Siapa? Aku pun tak tahu. Yang pasti bukan Qayyum atau Khairil.
Kereta mewah Hariz kini memasuki perkarangan rumah besar yang jelas berwarna warni dengan lampu-lampu yang bernyala.
"Rumah siapa ni, abang?" Soalku penuh kagum.
Besar dan cantik! Serta elegan.
"Luqman, kawan lama abang masa abang masih TLDM." Jawabnya.
Aku angguk. Rakan semasa menjadi tentera laut diraja rupanya. Seatbelt dibuka. Baru aje tangan ingin membuka pintu kereta ini, pintu terlebih dahulu terbuka.
Muncul kelibat Hariz yang tersenyum manis. Dengan lagak gentleman nya dia mempersilakan aku keluar dari kereta. Entah bila tah dia keluar, aku pun tak sedar.
Tanganku laju memaut lengan Hariz. Kami berjalan beriringan masuk ke dalam rumah mewah itu.
Banyak juga manusia-manusia yang ada di sini menegur Hariz. Mungkin mereka saling mengenali.
"Riz! Lamanya tak jumpa kau."
Kepalaku serta merta berpaling ke arah suara asing itu. Kelihatan satu susuk tubuh seorang lelaki yang tinggi dan tegap. Jika dikatakan dia adalah askar juga tak hairan kerana tubuhnya memang tegap dan tampak kuat.
"Luq, jumpa pun birthday boy."
Mereka saling bersalaman dan bertukar khabar sesama sendiri. Aku hanya diam menjadi pemerhati.
"Oh ya, ini bini aku. Sofea Adrieana." Hariz memperkenalkan aku.
Tumpuan Luqman serta merta beralih padaku. Dia menghadiahkan senyuman nipis sebelum bersuara.

ANDA SEDANG MEMBACA
ISTERI SEORANG TENTERA
Romance[Completed] Hariz Jibrail. Sebaris nama yang dikenali orang-orang dengan sifat ketegasan dalam melakukan tugasnya sebagai seorang tentera. Wajah kacaknya membuatkan ramai gadis yang tergilakan dia. Walaupun sifatnya tegas, namun masih juga si gadis...