‘he makes me realize how ignorant i am.’
ᥫ᭡
DIAM di antara kami. Hanya bunyi radio yang memecahkan kesunyian yang melanda. Aku pandang Hariz. Dia hanya diam dan tekun memandang jalan raya.
“Abang okay?” ramah aku bertanya.
Hariz seolah-olah baru tersedar dari dunianya laju menoleh. Wajahnya jelas kebingungan.
“Apa dia?” soalnya kembali.
“Abang okay?” aku tetap mengulangi soalanku biar pun aku tahu, Hariz tidak berada dalam keadaan baik.
“Okay aje, kenapa?” Hariz menguntum senyuman nipis.
“Pia tahu abang tak okay, cuba abang cerita dekat Pia. Daripada lepas abang salam mama dan papa, abang nampak lain.” Jujurku.
Hariz berdehem seketika.
“Tak ada apa pun, biasa lah tu. Itu kali pertama abang salam tangan orang tua yang bergelar ibu bapa biar pun mentua. Abang sebak. Terharu.” Lembut suaranya bertutur.
Sayu hatiku mendengarkan kata-kata Hariz. Agak-agak bagaimana kisah silam Hariz? Sedihkah? Bahagiakah?
“Abang tak nak cerita dekat Pia ke kisah hidup abang? Macam... Mana mama dengan papa abang? Kenapa Kak Tya bagitahu Pia yang abang dah cukup sakit sebelum ini?”
Banyak betul soalan yang belum terungkai pasal Hariz ini. Suka sangat berahsia. Padahal aku ini isteri dia kut.
“Kan abang dah pernah cakap, abang tak ada ayah. Sebab itu nama abang bin Abdullah. Mak abang pula dah lama tinggalkan abang dengan nenek abang, waktu abang umur tiga tahun lagi.”
Jeda. Aku toleh memandang Hariz. Senyuman pahit terukir di bibir merahnya. Tak dapat aku bayangkan hidup tanpa mak ayah di umur yang masih kecil dan sangat memerlukan kasih sayang orang tua.
“Bila umur abang enam tahun, nenek meninggal dunia. Abang hidup sendiri, abang kena bekerja sendiri. Tapi ye lah, umur enam tahun, mana tahu apa-apa."
"Kerja pun, kerja apa aje yang boleh umur enam tahun? Jadi abang minta sedekah aje. Sampai lah abang umur sembilan tahun. Seorang pakcik ini, tawarkan abang jadi pekerja dia."
"Abang bekerja kutip sawit daripada umur sembilan tahun sampai habis sekolah. Alhamdulillah, dengan duit simpanan abang, abang boleh masuk belajar di sekolah."
"Abang belajar bersungguh-sungguh sebab memang dari kecil cita-cita abang nak jadi askar. Dan bila dapat keputusan SPM, abang lulus dan cemerlang."
"Syukur pada Allah SWT. Lepas tu, abang bekerja lagi, macam-macam kerja abang buat. Tak kira masa, pagi, petang, malam dan bila-bila aje. Sampai abang umur dua puluh satu, duit simpanan abang dari umur sembilan tahun, cukup untuk sambung belajar."
"Tapi cukup macam mana sangat, abang berhutang juga dengan bank. Dan abang sambung belajar dalam bidang ketenteraan. Dan sekarang, alhamdulillah rezeki Allah bagi, abang berjaya capai impian abang.”
"Sekarang ni, abang tengah lunaskan hutang abang pada bank. Tak banyak sangat dah tinggal."
Panjang lebar Hariz bercerita tentang pengalaman hidupnya. Perit rasa hati ini mendengarkan nasib hidup Hariz yang terpaksa melakukan segalanya sendiri.
Makin aku kagum dengan Hariz.
“Kak Tya. Macam mana abang jumpa dan bekerja dengan Kak Tya?”
Tiba-tiba aku terfikir tentang Kak Tya yang menyatakan bahawa Hariz adalah adik angkatnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
ISTERI SEORANG TENTERA
Romance[Completed] Hariz Jibrail. Sebaris nama yang dikenali orang-orang dengan sifat ketegasan dalam melakukan tugasnya sebagai seorang tentera. Wajah kacaknya membuatkan ramai gadis yang tergilakan dia. Walaupun sifatnya tegas, namun masih juga si gadis...