Elle meneliti resume yang baru sahaja dicetak dari mesin pencetaknya itu. Dibaca setiap butiran yang disenaraikan pada setiap butiran resume itu. Gambarnya juga terletak cantik di bahagian atas sebelah kiri resumenya. Elle menghela nafasnya. Dia kemudiannya mengambil telefon bimbit jenama Iphone 11 itu. Dibuka galeri gambarnya dan tangkapan gambar yang diambil di bangunan besar kelmarin dibuka.
Elle melihat setiap butiran yang diperlukan dan disemak sekali lagi. Bolehlah! Elle kemudiannya bangun. Fail yang berisi dokumen penting diambil. Dia menyelitkan resumenya itu di bahagian awal dokumen dan ditutup dengan hati-hati. Dia letakkan failnya itu bersebelahan dengan beg tangannya. Dia terus menghempaskan tubuhnya di atas katil. Dia mengeluh panjang dan gementar.
Esok, Elle akan pergi ke sesi temuduga di beberapa syarikat di pusat bandar. Elle mengambil semua maklumat tentang jawatan kosong yang disediakan di setiap bangunan yang ditemuinya kelmarin. Elle betul-betul nekad. Elle telah menghantar resume dirinya melalui e-mail kepada hampir 10 buah syarikat. Namun yang berjaya lepas untuk ditemu duga hanyalah 4 sahaja. Semuanya pada hari esok! Tengok sahaja sudah tahu, esok adalah hari yang amat memenatkan buatnya.
Elle menggaru kepalanya sebelum dia menutup lampu biliknya.
"It's okey Elle. Demi nak bantu Kak Erra! You can do this! Duit sewa apartment lagi. Kau boleh Elle!" Elle berbicara sendiri sambil dia menarik selimutnya.
Ya. Elle menyewa di sebuah apartment dan menetap sendiri memandangkan Elle malu untuk tinggal bersama Erra dan suaminya. Semenjak Erra berkahwin, Elle nekad untuk keluar dari rumah Erra dan tinggal di kafe untuk beberapa minggu. Elle bekerja sebagai pembantu kafe di Kafe Erra itu. Duit upah yang diberikan oleh Erra membuatkan Elle mampu untuk menyewa sebuah apartment studio yang bersaiz kecil. Cukup untuk dirinya sahaja. Dia selesa untuk tinggal bersendirian.
Elle cuba pejamkan matanya. Mata terpejam namun fikirannya tidak. Macam-macam yang difikirkan oleh Elle saat ini. Dia gelisah. Dia menggaru kepalanya dan dia mendengus. Dia duduk di atas katil. Lampu di sebelah katilnya itu dihidupkan. Dia mengeluh. Rambut panjangnya itu disimpul sebelum dicekak dengan klip rambut rama-ramanya itu. Dia keluarkan buku diarinya dari almari tepi katil itu. Dia duduk bersandar sambil menaikkan lututnya.
Dia membuka buku diarinya itu. Foto orang tuanya menjadi tatapan pertama Elle sebaik sahaja dia membuka halaman pertama. Elle senyum. Dibelai wajah itu sambil tersenyum.
"Mama, Papa." Elle memanggil perlahan. Dia kemudiannya mencium foto itu lama.
"Elle rindu mama dengan papa. Elle tahu, mama dengan papa pun rindukan Elle kan? Elle tahu. Siapa je yang tak rindukan Elle." Elle berkata sambil tertawa kecil. Dia berbicara seolah-olah mereka berada di hadapannya. Elle kemudiannya memeluk diarinya itu.
"I miss your hugs." Elle berkata sambil memejamkan matanya.
"Mama dengan papa doakan Elle ya. Elle cuba untuk mulakan hidup baru dengan mencari kerja baharu. Elle nak bantu Kak Erra. Kak Erra sedang menghadapi dugaan yang berat dalam hidup dia. Elle nak bantu Kak Erra. Kak Erra dah banyak bantu Elle sehinggalah Elle sembuh. Jadi, giliran Elle untuk membalas kembali budi Kak Erra. Mama dengan Papa doakan Elle ya. Manalah tahu, doa mama dengan papa dekat syurga lebih mustajab." Elle berkata panjang.
Dia melihat lagi foto orang tuanya itu. Tersenyum lagi Elle. Lagi-lagi ketika dia melihat foto dirinya sedang menangis di pangku mamanya. Elle hanya membelai lembut foto itu. Muka surat seterusnya diselak. Foto ibu bapa angkatnya pula terpampang di situ.
"Papà, Mamma. (Papa, Mama)" Elle memanggil namun di dalam bahasa Itali. Dia kemudiannya menutup diarinya dan dipeluk dengan erat. Elle membaringkan dirinya sambil memeluk diarinya itu. Doa tidur dibaca. Elle meraup wajahnya dan dia pejamkan matanya.

YOU ARE READING
Signore & Signora [Completed] 🦋
RomanceNicholas Theodore X Eleanor Sherafina From POV to Wattpad. Another blushing story has entered into the airashroses account.❤️ Nicholas Theodore and Eleanor Sherafina. Dua insan yang mempunyai kisah sedih dalam kehidupan mereka dipertemukan sebagai...