14 | S O F E A J I B R A I L

7.1K 353 6
                                    

‘he's... romantic.’

ᥫ᭡

BUNYI ombak memukul gigi pantai bersama angin pantai sempoi-sempoi bahasa menemani aku dan Hariz.

Selepas makan malam tadi, kami tak terus pulang, malah Hariz membawa aku ke tepi pantai. Unggun api menjadi penerang dalam suasana yang gelap gelita ini.

Kepala diangkat menikmati keindahan pantulan cahaya bulan pada laut dalam. Maha cantik ciptaan Allah SWT.

Aku kembali mencari susuk Hariz. Katanya ada barang dia nak ambil tadi. Tapi dah hampir lima minit, masih belum tiba lagi. Ke dia tinggal aku?

"Pia, aku ada surprise untuk kau."

Hampir jatuh tergolek jantung aku dengan suara Hariz yang entah dari mana datangnya. Aku pusing mengadapnya. Dia tersenyum lebar.

"Apa dia?"

"Kejap,"

Hariz mengambil melabuhkan punggung dikerusinya yang berada di sebelah kiri unggun api. Manakala kerusiku pula ada di sebelah kanan unggun api.

Hariz mengeluarkan sebuah gitar daripada bag hitam yang dipegangnya tadi.

"I think I'm drown in our love," katanya sebelum tangan kanannya lincah memainkan gitar tersebut.

Bibir merahnya mula terkumat-kamit menyanyikan lagu seiring dengan muzik lagu yang dimainkan.

"They try to romance me but you got that nasty and that's what I want."

Hariz menghentikan jarinya dari terus memainkan gitar seketika dan memandang aku lalu bibirnya menguntumkan senyum sebelum tangannya kembali memetik gitar.

"So baby, baby, come and save me. Don't need those others lover when I got my number one."

Hariz memandangku saat menyanyikan lirik tersebut bersama bibirnya yang masih belum lekang dengan senyuman.

"Last night I lay in bad so blue cause I realized the truth, they can't love me like you."

Aku masih terpegun mendengarkan suara Hariz yang merdu itu. Sungguh banyak perkara yang tidakku jangka daripada diri seorang Hariz Jibrail.

Tapi yang aku pasti, dia hebat!

He's multi talented!

Lama mengelamun dan tenggelam dalam nyanyian merdu Hariz, hingga tidak sedar Hariz sudah menamatkan nyanyiannya.

"Aku pun tak tahu kenapa aku nyanyi lagu ini, tapi dari semalam hanya lagu ini yang bermain dalam kepala aku." Kata Hariz.

Hariz melemparkan pandangannya ke laut luas sementara aku masih pegun menatap wajah kacaknya. Masih belum dapat mencerna apa yang terjadi.

"Kau boleh nyanyi?"

Itu perkataan pertama yang keluar dari bibirku. Makin bertambah kekaguman aku terhadapnya.

"Semua orang boleh nyanyi, cuma sedap tak sedap aje."

"Tapi kau nyanyi sedap." Ujarku laju.

"Rezeki,"

"Kau minat bollywood?"

Kalau Hariz kata ya, memang aku nak request lagu dengan dia! Jarang-jarang tahu, lelaki minat bollywood.

"Boleh lah,"

Lebar senyuman dibibir terukir. Wah!

"Cuba nyanyi satu lagu!"

ISTERI SEORANG TENTERA Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang