12 | S O F E A J I B R A I L

7K 422 12
                                    

'im not back-uping him, but it's about... fate.'

ᥫ᭡

WALAUPUN Nek Peah sebelah mata pun tidak memandang Hariz, namun atuk setia menemani dan berbual dengan Hariz.

Sampai tiada langsung waktu untuk aku berbual dengan Hariz. Haih. Pagi tadi lagi atuk dah culik si Hariz tu bawa memancing. Katanya mahu kenal-kenalkan Hariz dengan kampung ini.

Susuk tubuh Nek Peah yang sedang menjemur kain didekati.

"Nek," sapaku riang.

"Aish kamu ni Pia, buat aku terkejut aje." Nek Peah mengurut-urut dadanya. Aku ketawa kecil.

"Atuk dengan si Hariz tu belum balik lagi ke?" Soalnya dingin. Aku mengeluh. Haih, bila lah Nek Peah boleh terima Hariz?

"Belum, nanti balik lah kut." Aku mencapai baju yang ada dalam bakul dan turut menolong Nek Peah menjemur.

"Belum nikah lagi dah tinggalkan kau sorang-sorang. Kalau dah nikah nanti." Sinis nadanya. Terbit keluhan dibibir.

"Nek, Hariz itu keluar pun dengan atuk. Apa yang tinggalkan Pia sorang-sorangnya. Bukan dia yang nak, atuk yang ajak." Aku membetulkan aggapan Nek Peah yang sentiasa buruk jika itu berkenaan dengan Hariz.

"Sama aje." Terus bertukar mod Nek Peah. Wajah ketat kembali menghiasi wajah tuanya.

Huh... Ya Allah, lembutkan lah hati nenekku yang satu itu.

Aku mengorak langkah masuk ke dalam rumah. Tidak lama kemudian, kedengaran suara seseorang memberi salam dan muncul kedua susuk tubuh atuk dan Hariz bersama baldi di tangan.

"Dah balik? Berapa banyak ikan dapat?" Aku menjeling baldi yang dibawa Hariz.

"Banyak, penuh baldi ni tadi. Tapi aku baik hati, aku sedekah dengan budak-budak kat sana yang dari pagi memancing tak dapat-dapat ikan." Penuh lagak Hariz berbicara.

Atuk pula cuma ketawa. Tengok pada atuk ketawa aje dah tahu bohong.

"Oh ya? Boleh lah lain kali kalau nak makan suruh kau aje yang pancing ikan. Senang sikit. Duit pun jimat." Aku tayang wajah teruja.

"Boleh. Anything for you, Sofea." Dia kenyit mata sebelah dan berlalu ke dapur.

Pecah ketawaku. Haish, macam-macam.

Aku turut berlalu ke dapur untuk menolong Nek Peah memasak. Jam sudah menunjukkan pukul dua belas tengah hari. Sudah masuk waktu makan tengah hari.

"Nek, ada apa-apa lagi yang belum siap?" tegurku. Nek Peah menjeling Hariz seketika sebelum memandang aku.

"Buatkan air aje. Itu, suruh si Hariz tu mandi. Rumah aku ni bukan kandang kambing, balik dari memancing tak mandi." Sempat disindirnya Hariz sedas.

Aku menoleh memandang Hariz. Dia sudah bersiap-siap ingin ke bilik air. Nek Peah ni, ada aje masalah dengan Hariz.

"Dia dah nak mandi lah tu, nek." Jawabku lembut. Dengan orang tua, kita kena layan baik-baik biarpun agak menyakitkan hati.

Aku terus berlalu ke kabinet. Bekas serbuk kopi dicapai lalu memasukkan beberapa sudu ke dalam jug.



"HARIZ lepas ini ada apa-apa kes baru ke yang masuk?" Atuk memecahkan kesunyian yang menyelubungi kami.

"Dalam masa terdekat ni tak ada. Lagipun, biasanya kalau dapat kes mengejut. Tak dirancang pun." Jawab Hariz tenang.

Atuk mengangguk faham.

"Orang kata askar ni senang curang. Entah-entah, lepas kau kahwin nanti Pia, dia kata aje nak bertugas sebenarnya curang belakang kau." Sinis Nek Peah menyindir.

ISTERI SEORANG TENTERA Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang