‘what are... we?’
ᥫ᭡
AKU tayang sengih lalu perlahan-lahan kepala mengangguk. Kepala yang tak gatal digaru.
“Kenapa dalam banyak-banyak jantan dalam dunia ni, jantan yang kerja semacam gitu juga yang kau nak, Pia?” Marah Nek Peah.
Wajahnya terus bertukar tegang. Aku terus menunduk. Tak berani menentang mata hitam pekat Nek Peah. Memang dari dulu lagi, Nek Peah tak suka dengan tentera.
Katanya, berkawin dengan tentera hanya akan membuatkan kita terluka. Hanya menambah beban untuk kita. Dia tahu rasanya kehilangan orang yang tersayang akibat menjalankan misi sebagai seorang pejuang negara.
Ayah Nek Peah dahulu juga seorang askar. Askar udara dan terkorban saat menjalani misi yang antara terberat yang pernah negara lalui.
“Kau cari lelaki lain, Pia. Aku tak restu hubungan kau berdua kalau lelaki tu askar.” Dingin suara Nek Peah berpesan.
“Peah, apa awak ni. Biarkan lah budak ni nak nikah dengan siapa pun. Itu hak dia. Lagipun, tanpa pejuang negara semacam mereka tu, kita tak kan hidup tenang damai macam gini sekarang."
"Cuba hargai sikit perjuangan mereka. Mereka sanggup mengorbankan nyawa mereka demi melihat generasi kini hidup amat damai tanpa dijajah seperti dahulu kala. Awak kena reda. Dah memang Allah tentukan begitu kejadiannya, maka begitu lah.”
Tegur atuk lembut. Dia melabuh duduk di hujung meja. Aku menapak ke belakang beberapa langkah.
“Saya bukan apa, bang. Saya takut cucu kita ni rasa apa yang saya rasa. Sakit tahu, rasa kehilangan orang yang kita sayang. Lagi-lagi bila kita tak dapat luangkan masa-masa terakhirnya bersama.”
Dapat aku lihat mata Nek Peah yang kian berkaca. Jelas kelihatan dia sedih. Rasa rindu kepada ayahnya kian membuak.
“Semua orang akan pulang menghadap Ilahi, Peah. Bezanya cepat atau lambat aje. Dan meraka yang terkorban saat berperang demi negara, agama dan bangsa ni, insya-Allah, syurga ganjarannya.” Atuk bersuara lagi.
Menyedarkan Nek Peah yang memang dari dulu tidak menyukai askar. Nek Peah hanya berdiri kaku.
“Dah lah tu, makan dulu. Benda ni kita bincang nanti-nanti pula. Tak baik bergaduh depan rezeki.” Papa mencelah. Ditarik tanganku duduk di kerusi bersebelahan dengannya.
PANDANGAN dilemparkan ke tengah sawah yang menghijau. Dari pondok kecil Nek Peah ini, jelas kelihatan pemandangan cantik sawah padi bersama sunset jika berada pada waktu matahari terbenam.
‘It takes a strong women for a military man.’
‘Kau rasa kau kuat ke untuk hadapi risiko sebagai isteri seorang tentera? Kau rasa kau tabah ke kalau berpisah dengan suami kau untuk tempoh yang lama. Dan, kau rasa kau boleh reda ke kalau yang pulang nanti, hanya jasad kaku suami kau tanpa roh? Kau rasa kau boleh hadapi semua tu?’
Kata-kata Hariz tempoh hari mula menjelma kembali. Kuatkah aku jika aku memang ditakdirkan sebagai isteri seorang tentera? Tabahkah aku? Dan mampukah Nek Peah terima Hariz, andai Hariz adalah nama yang telah ditetapkan di Luh Mahfuz aku?
Tapi jika semua wanita berfikiran seperti Nek Peah, kasihanlah pada mereka yang berjuang demi negara itu. Mereka sudah mengorbankan nyawa demi generasi yang akan datang, tapi rakyat Malaysia sendiri tidak menyukai kerja mereka hanya kerana risiko yang bakal diterima.

ANDA SEDANG MEMBACA
ISTERI SEORANG TENTERA
Romance[Completed] Hariz Jibrail. Sebaris nama yang dikenali orang-orang dengan sifat ketegasan dalam melakukan tugasnya sebagai seorang tentera. Wajah kacaknya membuatkan ramai gadis yang tergilakan dia. Walaupun sifatnya tegas, namun masih juga si gadis...