'even my parents know you.'
ᥫ᭡
KATA-KATA Hariz berlegar dalam benak fikiranku. Kata-kata rakan-rakan sekolah menengah aku juga turut sama berlega.
'Stop accepting things you're not okay with. If you enjoy live alone, nothing can hurts you.'
Hariz betul. Kalau aku menikmati hidup sendiri, aku tak akan terluka. Tidak seperti sewaktu aku di sekolah menengah dahulu.
'Tak habis-habis dengan novel. Bosan aku. Tak ada life betul kau ni. Asyik dengan novel.'
'Biarkan dia. Dia tengah hiburkan diri sendiri.'
'Banyak cakap lah kau. Dahlah cerita-cerita kau semua membosankan.'
'Dah datang dah perempuan paling membosankan dalam dunia.'
'Pergilah kau dengan novel kau. Kita orang tak main lelaki yang tak wujud ni. Maklumlah, kita orang cantik dan ada good taste, bukan macam kau. Tak laku, pergi cari yang tak wujud. Lepas tu berangan.'
Mengingatkan sindiran-sindiran rakan-rakan sekolah menengahku dulu, bibir automatik terbit senyum sinis. Bodohnya aku dulu kerana masih berkawan dan bertahan dengan mereka.
Jika dari dulu aku pulaukan mereka, pasti dah lama aku bahagia dengan dunia aku sendiri. Dan bahagia menjadi diri sendiri.
'One real friend is better than thousand fake ones.'
Kata-kata Hariz sebelum kami berpisah semalam kembali menjelma dalam fikiran. Sekali lagi senyuman sinis terukir. Namun kini lebih kepada senyuman pahit.
"But I don't even have one." Novel yang baru sahaja dibaca separuh itu ditutup. Tak boleh fokus kalau fikiran entah kemana.
Sewaktu di sekolah rendah, aku fikir aku ada ramai kawan. Tapi setelah masuk sahaja ke alam sekolah menengah, baru aku sedar yang aku hanya berkawan saat di sekolah.
Balik aje dari sekolah, aku sendirian. Tak ada kawan. Tak ada teman berbual. Di sekolah juga selalu dipulaukan. Tapi waktu itu aku bodoh, masih lagi bertahan dengan mereka.
Tapi aku juga perlukan seorang teman yang boleh aku bercerita. Yang boleh aku meluah. Aku juga manusia yang perlukan seseorang untuk meluah setelah lama memendam sendiri.
Nafas ditarik dalam. Air mata yang entah bila mengalir dikesat. Novel ditangan disusun kembali ke tempatnya. Kaki diatur turun ke ruang tamu.
Baik aku berada di ruang tamu, paling-paling hilanglah segala bayangan yang buatkan aku sedih. Daripada terperap dalam bilik, makin stres.
"Pia tak pergi kafe Kak Tya ke?" tanya mama yang baru sahaja keluar dari ruangan dapur. Dia menapak ke arah aku.
"Tak. Malas lah."
"Ini mama nak tanya. Bila nak temukan mama dan papa dengan pekerja Kak Tya tu? Bukan ke dia dah lama bekerja semula?" Mama melabuh duduk di sebelah aku.
Ha sudah! Dia dah mula buka topik lama.
"Buat apa? Dia bukan ada apa-apa pun." Jawabku tanpa memandang mama. Ye ke dia tak ada apa-apa, Pia?
Tak, dia ada sesuatu yang orang lain tak ada.
"Ala, mama nak tengok lah juga muka lelaki yang dah curi hati anak bongsu mama ni." Bahuku dicuit.
"Mana ada. Mama ni!" Aku tarik muncung.
"Cepatlah, cuba bagitahu. Apa nama dia?" Bersungguh mama bertanya. Haih.

ANDA SEDANG MEMBACA
ISTERI SEORANG TENTERA
Romance[Completed] Hariz Jibrail. Sebaris nama yang dikenali orang-orang dengan sifat ketegasan dalam melakukan tugasnya sebagai seorang tentera. Wajah kacaknya membuatkan ramai gadis yang tergilakan dia. Walaupun sifatnya tegas, namun masih juga si gadis...