BAB 20

1.6K 75 5
                                    

SAMBIL menunggu Kamal datang menjemputnya di rumah Seroja, Afif berborak dengan gadis itu di meja batu hadapan rumah. Banyak hal yang mereka bualkan. Dari topik zaman sekolah tujuh tahun yang lalu sehinggalah ke topik zaman pekerjaan mereka sekarang.

"Jadi, dulu tu awak tengah jalankan tugas risikan untuk jejak pelajar yang mengedar dadah di dalam sekolah?" soal Seroja.

"Haah. Aku pilih kelas kau pun sebab aku tak nak kantoi. Kelas kau kan paling sikit pelajar dan tak aktif macam kelas lain. Tapi terkejut juga aku bila tahu yang budak meja sebelah aku ni, adik Syabil. Dia tak pernah bagitahu aku pun, dia ada adik perempuan yang cantik." Afif menjawab sambil memandang langit yang begitu kelam. Ayat terakhirnya itu hanya disebut perlahan.

"Ha? Awak cakap apa last sekali tu? Saya tak dengar." Seroja memandang Afif. Tidak jelas apa yang lelaki itu katakan di hujung ayatnya

"Eh, peliklah bila kau guna 'saya-awak' dengan aku. Cuba kau cakap macam biasa. Macam dulu," pinta Afif. Dia saja mahu mengalih topik.

"Dulu tu sebab saya ingat awak sebaya dengan saya. Tapi sekarang, baru saya tahu yang awak ni sama umur dengan abang saya. Tak sopan lah kalau guna 'aku-kau'."

Jawapan Seroja membuatkan dirinya berasa tua. Tetapi, itu memang fakta. Dia tua enam tahun daripada Seroja.

"Ohh, kau nak kata aku tua lah ni?" Sakat Afif. Saja mahu mengenakan Seroja.

Laju kepala Seroja menggeleng.

"Eh, tak. Mana ada. Tapi... Awak memang lagi tua daripada saya pun, kan?" katanya sambil ketawa kecil.

Afif tersenyum melihat Seroja yang kembali ceria. Sekurang-kurangnya, gadis itu sudah berhenti menangis. Dia tidak mahu Seroja terus-terusan diselubungi ketakutan dan hidup keseorangan.

Dia tahu, mesti Seroja rindukan Syabil. Tidak habis-habis dia bercakap tentang abangnya dari tadi.

"Awak tahu, abang saya dekat mana sekarang?"

Kan. Sudah dia katakan tadi, Seroja rindukan satu-satunya abang yang dia ada.

Afif membalas dengan anggukan. Semua tentang rakannya itu, dia tahu. Mereka tidak pernah terputus hubungan walaupun sekarang tidak bekerja di tempat yang sama lagi. Selepas sahaja mereka berdua dinaikkan pangkat, Syabil harus pindah ke ibu negeri. Bekerja di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia.

"Abang dekat mana sekarang? Dia sihat?" soal Seroja lagi. Tidak berpuas hati dengan balasan daripada Afif yang hanya mengangguk tanpa menyatakan apa-apa kepadanya.

"Abang kau sihat. Dia kerja dekat Kuala Lumpur sekarang ni. Satu pejabat dengan Naufal. Budak sekolah kau dulu."

"Naufal yang rapat dengan awak dulu tu? Wah, tak sangka saya dia jadi polis. Ingatkan dia nak jadi akauntan." Lari jauh betul daripada jurusan yang diambil Naufal dulu. Tetapi, itu tidak penting. Janji, dapat bekerja dalam bidang yang digemari. Barulah tidak tertekan.

Afif sangkakan dia takkan berjumpa lagi dengan budak itu. Rupa-rupanya, makin rapat pula mereka sekarang ini selepas dia mengetahui bahawa Naufal merupakan anak buah Syabil. Dapatlah dia berjumpa Naufal sekejap hari tu, kerana dia bercuti dan pulang ke rumah keluarganya di Kuantan. Itu pun sekejap sahaja kerana perlu kembali ke Kuala Lumpur semula.

Bunyi motosikal yang kuat menyedarkan Afif. Kamal baru sahaja sampai. Afif bangun dan mengambil helmet lalu disarungkan ke kepala.

"Kau jangan lupa pesanan aku. Masuk mandi, solat. Sebelum nak tidur baca doa." Pesan Afif buat kali kedua.

Rumah Seroja yang gelap itu dipandang. Baru dia perasan bahawa, hanya kawasan ruang tamu sahaja yang bercahaya ketika ini. "Kawan serumah kau dah tidur ke?"

SELAGI JASADKU BERNYAWA [COMPLETE]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang