PASUKAN TINDAKAN KHAS & PENYELAMAT (SPECIAL TASK & RESCUE TEAM)

15.4K 457 6
                                    

1

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

1. Ditubuhkan pada 2005 dengan motto "Unite and fight" di bawah Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM)

2. Pada awal penubuhan Star Team, segelintir anggota komando Pasukan Khas Laut (PASKAL) dan Pasukan Khas Udara (PASKAU) di bawah Angkatan Tentera Malaysia telah dipindahkan ke Agensi Penguatkuasaan Maritim untuk membentuk unit khas ini.

3. Sebelum menjadi anggota Star Team, terdapat lima peringkat yang perlu dihadapi oleh setiap calon.

PERINGKAT PERTAMA: Kursus persediaan selama empat minggu

PERINGKAT KEDUA: Kursus pra asas komando selama dua minggu

- Dilatih oleh PASKAL dari segi kekuatan fizikal dan mental

- Didedahkan: Operasi senjata kecil asas, bacaan peta dan komas, tempur tanpa senjata, berenang, lari jarak jauh, navigasi, ikhtiar hidup, latihan asas penembak, pertolongan cemas, serangan amfibia

PERINGKAT KETIGA: Latihan intensif selama tiga minggu

- Proses pemilihan terakhir sebelum pelatih dihantar ke kursus komando

PERINGKAT KEEMPAT: Kursus Asas Komando selama 12 minggu

Fasa 1: Kem (5 minggu)

Fasa 2: Rimba (2 minggu)

Fasa 3: Paya dan jarak jauh (1 minggu)

Fasa 4: Laut (2 minggu)

Fasa 5: Escape and evasion

Pelatih yang melepasi ujian selama 12 minggu ini akan dikurniakan beret PASKAL (bagi pelatih yang dilatih di bawah PASKAL), PASKAU (pelatih yang dilatih di bawah PASKAU)

PERINGKAT KELIMA: Kursus pengenalan tugas khas selama enam minggu

- Dikendalikan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

- Didedahkan dengan pengendalian senjata, latihan menara, latihan helikopter, navigasi air dan darat

Pelatih yang melepasi ujian akan dikurniakan beret merah saga dan lencana Star Team seterusnya akan diterima menjadi sebahagian daripada unit elit Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat

4. Tugas utama Star Team:

i) Operasi khas menyelamat

ii) Operasi menggempur atau menggeledah secara paksa

5. Fungsi Star Team:

i) Melaksanakan operasi khas mencar dan menyelamat

ii) Melaksanakan operasi penggeledahan kapal secara paksa (forced boarding)

iii) Melawan keganasan (anti-piracy)

iv) Menyelamat di permukaan air/ di bawah air

6. Perbezaan TLDM & APMM

i) APMM menjaga keselamatan marin dan memastikan penguatkuasaan undang-undang di perairan Malaysia

ii) TLDM menjaga keselamatan dan perairan Malaysia, melaksanakan operasi ketenteraan di laut dan di perairan berdekatan

ii) TLDM menjaga keselamatan dan perairan Malaysia, melaksanakan operasi ketenteraan di laut dan di perairan berdekatan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Uniform Star Team

Sumber:

i) Laman web rasmi AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA

ii) Dokumentari MHI (BINTANG PENGAWAL SAMUDERA)

iii) Tanya Wislah.com

Nota penulis: Kalau ada kesilapan fakta jangan segan silu komen di sini

KERANA KAU YANG KUPILIH (TERBIT PBAKL 2024)Where stories live. Discover now