'he's different. he makes me feels different.'
ᥫ᭡
WALAUPUN datang ke kafe Kak Tya setiap hari adalah hobiku, tapi kali ini detak jantung berdegup lain macam.
Mungkin kerana mama dan papa ada sekali. Pada mulanya, aku ingatkan mama hanya bergurau ingin berjumpa dengan Hariz. Ternyata dia betul-betul memaksudkannya.
Belum masuk dalam kafe lagi hati dah rasa lain macam. Susuk tubuh Hariz yang kebiasaannya akan ada di kaunter tidak kelihatan.
Namun aku masih menyedapkan hati, mungkin Hariz ke dapur sekejap untuk menyiapkan apa yang patut. Tak kan dia dah berhenti kerja kut?
Dia serabut dengan aku ke? Pelbagai fikiran negatif mula merawang dalam benak minda. Sedaya-upaya aku cuba untuk menepis semuanya. Kau boleh, Sofea! Sikit aje lagi, berjaya lah ni.
Kami menapak masuk ke dalam kafe Kak Tya. Kakiku diayun terus ke dapur. Malangnya susuk tubuh yang dicari tiada. Hanya ada pekerja Kak Tya yang lain aje menegurku dengan mesra.
"Eh Pia. Bila datang? Cari Hariz ke? Dia tak ada. Semalam dia call Kak Tya bagitahu dia ambil cuti lama. Nak healing katanya." Kak Tya yang sudah siap mengemas kaunter mendekati aku.
Healing? Iye ke healing. Entah-entah nak menjauh daripada aku. Hurm. Kedua susuk tubuh mama dan papa dipandang dengan rasa kecewa.
"Aunty Syera, Uncle Ali, bila sampai." Mungkin baru perasan dengan kehadiran mama dan papa, Kak Tya terus menapak ke arah mereka.
Nafas berat dihela dan udara segar disedut dalam-dalam. Senyuman cuba diukir. Tolak semua fikiran negatif tadi, Sofea. Kena usaha! Mustahil dia menjauh daripada kau.
Lagipun kata Kak Tya, dia dah selalu macam ni. Ini bukan kali pertama dia ambil cuti panjang. Jadi ini bukan sebab kau. Semangat!
Kaunter yang sering menjadi tempat Hariz sehari-hari di kafe ini didekati. Meja yang menjadi tempat perbualan pertama kami dipandang.
Bayang-bayang kami berbual masih jelas kelihatan. Bayangan aku yang memesan air teh lemon tanpa beratur juga masih jelas. Malah bayang Hariz mengemas kafe ini pun tetap jelas kelihatan.
Baru sehari, dah mabuk ketum aku. Bahaya betul penangan Hariz Jibrail ni. Laju aku geleng kepala, menghilangkan imaginasi tentang Hariz.
Telefon bimbit di tangan ditatap kosong. Nombor dia pun aku lupa nak minta. Haih, buat kerja tak fikir panjanglah kau Sofea. Tapi kalau memang betul dia bukan takdir aku, kena reda aje lah.
Untuk ke sekian kalinya, aku menghela nafas berat. Mata dikatup seketika. Cuba mencari ketenangan. Sungguh, tidak pernah aku rasakan apa yang sedang aku rasakan sekarang.
Hanya aura seorang lelaki yang bernama Hariz Jibrail yang mampu membuatkan aku menjadi gila sebegini rupa.
HARI-HARI aku dilalui seperti biasa. Paginya hantar Kak Sya ke U dia. Lepastu terus ke kafe Kak Tya. Bantu mana yang boleh. Petang pula ambil Kak Sya. Malam pula baca novel.
Itulah yang dilalui aku hari-hari. Masuk hari ini, telah hampir tiga bulan Hariz cuti yang katanya ingin 'healing' itu.
Dan sekarang juga jadual aku masih sama. Menunggu Kak Sya pulang dari U nya. Minah tu kalau berjalan balik, kalau boleh terkedek-kedek lagi.
Aku paling tak suka tunggu dia balik. Lambat! Sebelum masuk ke dalam kereta, sempat diumpatnya sekampung. Haih. Perempuan.
Panjang umur Kak Sya, dari jauh dah nampak susuk tubuh tinggi lampainya menghampiri kereta Myvi kesayanganku ini.

ANDA SEDANG MEMBACA
ISTERI SEORANG TENTERA
Romance[Completed] Hariz Jibrail. Sebaris nama yang dikenali orang-orang dengan sifat ketegasan dalam melakukan tugasnya sebagai seorang tentera. Wajah kacaknya membuatkan ramai gadis yang tergilakan dia. Walaupun sifatnya tegas, namun masih juga si gadis...