'the day I meet you for the first time,'
ᥫ᭡
KELIBAT kakak tercintaku, Syahira Ariana masih belum kelihatan. Agaknya, kalau aku buat pavlova kat sini, mahu siap sedulang. Aku mengeluh.
Berpetak habis punggung dari tadi duduk menunggu kakak tercintaku itu. Nasib baik lah sayang, kalau tak... Dah lama aku tinggalkan aje.
"Minta orang ambil, duit minyak tak topup. Lepastu sidai orang pulak," dari tadi, masih tidak berhenti mulut aku membebel.
Tidak lama kemudian, muncullah kelihat manusia yang ditunggu-tunggu. Miss Syahira Ariana! Jari jemariku laju menekan punat kunci pada pintu kereta.
Kaca mata hitam dipakaikan ke mata. Syahira mengetuk tingkap keretaku. Aku pula menurunkan sedikit kaca mata hitam dan melihat ke arah Syahira atas bawah.
Tingkap di sebelah penumpang dibuka.
"Maaf, cik siapa? Saya rasa cik salah kereta ni."
Baru sahaja aku berura-ura ingin menutup kembali tingkap kereta, Syahira membuka mulut.
"Oh, kau... Tutup lah tingkap ni, aku dah tak bagi duit bulanan kau!"
Laju tanganku menekan punat buka pada kunci pintu keretaku. Sekali pakej tolong bukakan pintu aku bagi.
"Silakan, kakakku tercinta lagikan tersayang," senyuman manis diberikan. Syahira menjeling.
Aku pula masih dengan senyuman manis. Haih, kalau hilang kakak aku ni, maka hilanglah sumber pendapatan aku. Setiap bulan, untuk gadis yang tidak berkerja seperti aku, memang kakak tercinta lah tempat bergantung.
Tunggulah aku besar sikit nanti, cari lah kerja. Tapi buat masa sekarang, muda lagi. Enjoy dulu. Hahaha.
"Kau nak balik rumah terus ke?" Soalku bersama tangan yang mengawal stereng kereta.
"Kenapa?"
"Aku nak pergi kafe Kak Tya dulu. Kalau kau nak ikut, tak payah lah aku u-turn balik rumah." Ujarku.
Dia tampak diam seketika. Berfikir, mungkin? Tak lama kemudian baru lah dia menjawab.
"Kafe Tya aje lah."
Aku akur. Signal diberikan untuk masuk ke simpang bertentangan dengan jalan rumah aku. Lagipun dah lama tak pergi kafe Kak Tya.
Rindu! Rindu Kak Tya, rindu nak makan makanan free. Eh...? Hehe.
"AKU naik tingkat atas dulu. Nak balik nanti panggil lah."
Aku angguk. Usai susuk Kak Sya menghilang, aku terus tolak pintu kaca itu. Senyuman lebar hingga ke pipi. Bau aroma dessert jualan Kak Tya menusuk rongga hidungku.
Sedapnya! Sedap lagi kalau dapat percuma. Haha!
"Kak Tya..." aku menjerit kecil memanggil pemilik kafe itu. Lagi pula ramai juga pelanggan yang ada, malu lah nak tunjuk perangai tak berapa betul aku ni.
Dalam perjalanan ke dapur, mataku menangkap susuk seorang lelaki yang berbadan tegap sedang membancuh kopi. Barista baru ke?
Kebetulan, Kak Tya keluar dari dapur dengan wajah cerianya. Nampak aje aku, makin lebar dia senyum.

ANDA SEDANG MEMBACA
ISTERI SEORANG TENTERA
Romance[Completed] Hariz Jibrail. Sebaris nama yang dikenali orang-orang dengan sifat ketegasan dalam melakukan tugasnya sebagai seorang tentera. Wajah kacaknya membuatkan ramai gadis yang tergilakan dia. Walaupun sifatnya tegas, namun masih juga si gadis...