Intro II [Eleanor Sherafina] 🦋

3.7K 238 26
                                    

"Mamaaaa!!! Jangan tinggalkan Elle!! Mama!!!!"

Elle menggoncang tubuh wanita yang sudah kaku di ribanya saat ini. Dia menangis teresak-esak sambil memeluk tubuh kaku itu.

"Another one out!"

Suara ahli penyelamat bergema tatkala mereka berjaya mengeluarkan satu lagi jasad lelaki dari kereta yang remuk itu. Elle mendongak sebelum dia kembali menangis. Jasad itu dibaringkan di sebelah tubuh wanita tadi. Elle menuju ke arah tubuh lelaki.

"Papa!! Papa!!!!" Elle memanggil sambil menggoncang tubuh mereka.

"No! No! No!! Papa!! Papa!!!!" Elle menjerit ketakutan. Para penyelamat cuba membantu Elle untuk bertenang. Memberi ruang kepada ahlinya membuat pemeriksaan terhadap dua tubuh yang terbaring itu.

Calmati, Signorina. Calmati. (Calm down, Miss)" Elle ditenangkan oleh seorang perempuan yang sedang memeluknya. Elle menangis ketakutan. Perempuan itu menatap Elle. Dia terkejut melihat Elle yang berdarah itu.

"You hurt?" Tanya perempuan itu. Elle tidak menyahut. Dia sebaliknya hanya menangis sambil menatap jasad orang tuanya yang terbaring itu.

"Non possiamo salvarli! Li abbiamo persi. (We can't save them. We lost them!)" Kata paramedik dengan mengah. Dia menunduk kecewa sebelum dia menatap ke arah Elle. Elle menangis.

"NO!!! MAMA!! PAPA!!!" Elle berlari ke arah ibu bapanya sebelum dia menggoncang dengan kasar. Mengejut orang tuanya untuk bangun dari tidur mereka. Beberapa ahli penyelamat cuba untuk tenangkan Elle namun gagal. Elle menolak tubuh mereka sebelum memanggil Mama dan Papanya. Elle menjerit sambil menangis tidak bersuara. Kakinya longlai dan tubuhnya lemah. Tenaganya hilang sebelum terasa dia terbaring lemah.

"Signorina.."

Elle tidak hiraukan dengan keadaan sekelilingnya. Dia terbaring sebelum terasa tubuhnya di angkat. Elle menangis dengan lemah sebelum dia tidak sedarkan diri.

Baru sahaja berpindah ke Itali 5 bulan yang lalu, kini Eleanor Sherafina atau dipanggil dengan panggilan Elle itu ditinggal sendirian oleh orang tuanya yang tewas akibat dari kemalangan jalan raya. Perjalanan ke Milan yang sepatutnya seronok dan teruja itu menjadi duka apabila kereta yang dipandu oleh bapanya dirempuh dari belakang. Lebih menyakitkan, kereta mereka yang sudah terbalik itu dirempuh sekali lagi oleh sebuah lori sebelum pemandu lori itu melarikan dirinya. Hanya Elle yang berjaya diselamatkan manakala kedua ibu bapanya tewas.

Menghidapi kemurungan selama dua tahun, Elle diselamatkan dan dijaga oleh sebuah keluarga Itali yang sangat baik dan prihatin terhadapnya. Menjaga Elle seperti ahli keluarga mereka sendiri. Malah, mereka mengambil Elle untuk menjadi anak angkat mereka. Elle tidak menyangka keluarga angkatnya itu betul-betul sayang terhadapnya. Begitu juga dengan kakak angkatnya.

Berbeza 3 tahun dari Elle, Erra sangat menyayangi Elle seperti adiknya sendiri. Dialah wanita yang menyelematkan Elle sewaktu kemalangan itu berlaku. Dia juga yang menjaga dan merawat Elle sehingga Elle pulih sepenuhnya.

Elle juga turut ditawarkan untuk menyambung pengajiannya di University of Trento. Mengambil bahagian di dalam bidang ekonomi, Elle berjaya menghabiskan pengajiannya sehingga dia berjaya menggenggam segulung ijazah selama 5 tahun. Elle berjanji untuk membalas semua jasa ibu dan bapa angkatnya itu.

Erra pula, dia mula mengorak langkah dalam dunia perniagaan dengan membuka satu kafe minuman pastri di ibu negara Itali, Rom itu. Memang itu impiannya sejak dia kecil lagi. Elle pula seronok membantu Erra menguruskan kafenya itu sehinggalah Erra berkahwin dengan seorang lelaki yang berasal dari Amerika. Mereka hidup bahagia bersama-sama sehinggalah ibu dan ayah angkat Elle meninggal kerana sakit tua.

Sejak kehilangan orang tuanya itu, Erra sedih dengan begitu lama sehingga menyebabkan kafe yang selama ini diidamkan itu hampir lingkup. Di dalam waktu yang sama, suami Erra pula kemalangan dan lumpuh separuh badan. Makin tidak terurus kafenya itu.

Elle banyak memberi semangat kepada Erra namun Erra masih lagi sama. Oleh disebabkan itu, Erra mengalami bebanan hutang yang agak tinggi jumlahnya dari pihak pemiutang di situ.

Elle buntu. Tidak tahu bagaimana caranya untuk dia membantu Erra. Oleh itu, dia nekad. Nekad untuk mencari pekerjaan lain demi membantu Erra. Pintu kafe ditutup dan dikunci untuk sementara waktu. Elle meminta diri kepada Erra untuk mencari pekerjaan yang baru untuk membantu keluarga mereka. Walaupun berat, Erra mengizinkan dan Elle pun melangkah keluar dari rumah Erra dengan semangat yang membakar di dalam hatinya.

Elle teruskan melangkah sehingga kakinya berhenti di sebuah bangunan 7 tingkat yang gah berdiri di tengah bandar kota Rom itu. Dia mendongak menatap tanda nama bangunan itu.

Theodore's Empire

Amboi. Mesti bukan biasa-biasa ni. Ber-Empire bagai. Elle kemudiannya melihat beberapa orang yang melangkah masuk ke dalam bangunan itu. Semuanya segak berpakaian kemas bersama landyard yang tergantung di leher mereka. Wow. Macam menarik.

Elle mencari beberapa maklumat di papan tanda elektronik yang melekat di dinding bersebelahan pintu masuk bangunan itu.

Lavoro vacante (Job Vacancy)

Eh? Seolah-olah kebetulan pula. Elle melangkah ke arah papan tanda itu. Dia membaca dengan teliti. Ya! Mereka sedang mencari pekerja yang berkebolehan untuk ditawarkan bekerja di empayar itu. Pembantu perakaunan, pembantu pemasaran digital, pembantu pengurusan bahagian perdagangan dan yang terakhir,

"Mossa!"

Elle terloncat ke tepi ketika mendengar ada suara menyergah dari belakangnya. Elle menoleh. Seorang lelaki! Segak dan kemas dengan tali leher hitam yang tergantung di lehernya itu. Lelaki itu meminta Elle untuk berundur dari pintu masuk ke bangunan itu. Elle mengeluh sebelum dia membuka langkah. Sempat dia mengambil gambar notis itu dengan telefon bimbitnya. Dia berlalu pergi.

Dia menoleh ketika dia melihat ada tiga buah kereta berhenti di bahu jalan itu. Elle yang sedang memegang telefon bimbitnya itu hanya menanti siapakah yang berada di dalam keretanya itu. Haira melihat empat orang turun dengan pantas dari kereta paling hadapan dan yang paling belakang sekali. Masing-masing berdiri sebelum salah seorang dari mereka membuka pintu kereta bahagian pemandu kereta BMW hitam itu.

Elle menyipitkan matanya untuk melihat namun gagal. Tinggi betul mamat-mamat 'bodyguard' ni. Elle hanya mengeluh sebelum dia menggelengkan kepalanya. Dia kemudiannya melangkah meninggalkan tempat itu.

Bayangan Elle hilang di balik bangunan itu. Kaki lelaki itu terhenti. Dia menoleh ke arah hujung bangunan tempat Elle melangkah sebentar tadi. Dia membuka cermin mata hitamnya. Ditatap lama sebelum dia kembali menyarungkan cermin mata hitamnya. Dia kembali melangkah ke bangunan itu bersama dua orang pengawal peribadinya.

~Eleanor Sherafina

~Eleanor Sherafina

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(031023)
🦋

Signore & SignoraWhere stories live. Discover now