Ufairah Ummara. Si gadis berperwatakan ceria yang sentiasa positif dalam apa jua situasi yang dihadapi. Cinta terhadap profesionnya membuatkan prestasi Ufairah sentiasa dipandang tinggi. Hanya satu, Ufairah seorang yang lancang dalam mengutarakan hujahnya sehingga ada kalanya mencetuskan konflik.
Namun, di sebalik sifat Ufairah yang periang, ada luka tak berdarah yang sudah meninggalkan parut di ruang hati gadis itu. Hidupnya seakan dihantui dengan rasa bersalah yang tiada titik noktahnya.
Nuaiman Umar. Tragedi silam yang hampir meragut nyawanya telah melahirkan Umar yang tak gentar dengan kematian. Dia bangkit mengikut jejak langkah ayahnya sebagai perajurit yang berjuang di samudera.
Digelar sebagai "Knight" sesuai dengan peranan hidupnya yang sentiasa berhadapan dengan tugas menyelamatkan dan menentang parasit negara.
Takdir pertemuan Ufairah dan Umar tiada manisnya melainkan tercetusnya perang dingin di antara dua insan. Apatah lagi di saat api bertemu api.
"Boleh tak jangan nak berlagak jadi abang long kat public? Allah bagi kita otak untuk berfikir rasional. Bukan debik orang untuk selesaikan masalah!"- Ufairah
"Kita kerja ni kena ikhlas dari hati. Bukan nak mengeluh je kerjanya. Kalau kau tak suka dengan apa yang kau buat... berhenti jelah. Jimat duit kerajaan nak bayar gaji doktor jadian macam kau." -Umar
Seakan suratan, di mana Ufairah berada pasti ada Umar. Mulut berperang mulut tanpa jemu. Bagi Umar, ada saja kesalahan Ufairah di matanya. Ufairah sendiri semakin lelah berhadapan dengan si jejaka poyo yang sudah mendapat gelaran "kaki pukul" itu.
"Saudara ni stalker eh? Kat mana saya ada mesti ada muka saudara. Ni, jangan nak buat hal pula kat majlis orang." - Ufairah
"Kau ingat kau cantik sangat sampai aku nak jadi stalker kau? Cermin diri dululah cik kak." -Umar
Namun, api juga bisa dipadam dengan air. Begitu juga dengan pendirian Umar dan Ufairah. Entah mengapa setiap pertemuan itu menyedarkan mereka bahawa pertemuan ini ada asbabnya. Allah telah menuliskan kisah mereka di sebuah lembaran.
Masing-masing saling memberikan pengajaran tentang hidup. Apatah lagi tugas mereka yang sering berhadapan dengan nyawa orang sekeliling.
Hingga satu saat...
"Kenapa awak pilih saya sedangkan kita tak ada chemistry antara satu sama lain?" -Ufairah
"Tak salah kan kalau kita cari chemistry tu lepas aku lafazkan akad?" -Umar
Tika mahligai terbina, tika bibit-bibit cinta mula terzahir, siapa sangka saat itulah ujian mula menjadi ancaman buat mereka.
Semuanya bukan mudah bagi Umar yang masih dibayangi dengan kisah silam. Apatah lagi ada nyawa yang harus ditaruhkan sebagai galang ganti demi memuaskan nafsu serakah seseorang yang hanya mahukan 'kematian' Umar.
"Kalau aku gagal hapuskan kau... bererti aku kena hapuskan nyawa perempuan kaulah kan!"
"Isteri aku tak ada kena mengena dengan kita, sial!" -Umar
Lantas, akankah ada kisah sempurna di sebalik takdir Ufairah dan Umar tatkala bahaya sering kali menjemput dua jiwa yang saling menyatu?

YOU ARE READING
KERANA KAU YANG KUPILIH (TERBIT PBAKL 2024)
Romance𝔻𝕣 𝕌𝕗𝕒𝕚𝕣𝕒𝕙 𝕌𝕞𝕞𝕒𝕣𝕒 𝕃𝕖𝕗𝕥𝕖𝕟𝕒𝕟 𝕄𝕒𝕣𝕚𝕥𝕚𝕞 ℕ𝕦𝕒𝕚𝕞𝕒𝕟 𝕌𝕞𝕒𝕣 𝑲𝒂𝒓𝒚𝒂 𝒊𝒏𝒊 𝒉𝒂𝒏𝒚𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒓𝒆𝒌𝒂𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝒉𝒂𝒔𝒊𝒍 𝒊𝒎𝒂𝒈𝒊𝒏𝒂𝒔𝒊 𝒑𝒆𝒏𝒖𝒍𝒊𝒔 𝒔𝒆𝒎𝒂𝒕𝒂-𝒎𝒂𝒕𝒂. 𝑺𝒊𝒍𝒂 𝒉𝒐𝒓𝒎𝒂𝒕 𝒌𝒂𝒓𝒚𝒂 𝒑𝒆�...