PROLOG

35.5K 2.9K 1K
                                        

~ Not-edited~

A/N:

A fore warning: Seperti biasa, cerita di sini tidak akan habis. It's for preview/promotional purpose only. Thank you

----

PROLOG

Perasaan apakah ini? Ini bukan kali pertama aku rasa macam ni. Rasa diperhatikan. Rasa ada mata mengekori. Tapi bila aku pandang sekeliling, macam biasa, tiada apa-apa yang mencurigakan. Ilusi akukah semua ini?

Atau paranoid.

Ya, mungkin saja memang aku yang paranoid! Takutkan bayang-bayang sendiri.

Nothing will happen, Tish! Aku cuba sedapkan hati sendiri.

"Teacher, teacher!" Panggilan itu buatkan aku kembali ke alam nyata. Kegusaran hati yang berhari-hari menyapaku ditolak ke tepi.

Di hadapanku kini ada seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang tersengih-sengih ke arahku. Aku membalasnya dengan senyuman mesra.

"Yes, darling?"

"Tengok Ika color. Cantik tak?" Dengan penuh keterujaan Ika menunjukkan sekeping kertas lukisan yang mempunyai hasil seninya. Ada gambar rumah, pasangan yang sedang berpegangan tangan dengan seorang kanak-kanak. Meriah sungguh warnanya.

"Wah... So pretty! Who are they?" soalku walaupun aku dah tahu. Saja mahu berinteraksi dengan Ika. Mahu melatihnya agar selalu petah berbicara. Itu adalah tugasku sebagai pengasuh di sini.

"This is Ika. This is mama. This is papa. We are happy family."

"A happy family." Aku betulkan.

"We are a happy family." Ika sambung mewarna rambut hitam pada lukisan yang dinyatakan sebagai mamanya itu.

"I love mama, I love papa, I love my family," nyanyinya bersama irama yang dicipta sendiri. Jelas kelihatan rasa gembiranya.

Buatkan bibirku menguntum senyum halus. Aku berlalu ke tempat lain pula, ke arah kanak-kanak yang lain. Semua seperti Ika, sedang menyiapkan tugasan yang aku berikan sebentar tadi.

Melukis. Aktiviti kesukaan semua. Kanak-kanak di sini kebanyakannya tiga hingga empat tahun. Jadi, sesi pembelajaran mereka masih lagi belajar sambil bermain.

"Teacher, tengok Kimi ni!" Suara kuat itu menangkap pendengaranku.

Kelihatan ada dua orang kanak-kanak lelaki sedang berkelahi. Cepat-cepat aku berlalu ke arah mereka. Seorang daripada mereka sudah menangis.

"Kimi, Alif, kenapa ni? Bagi tahu teacher kenapa Kimi dan Alif bergaduh?" soalku lembut sambil mengusap air mata Alif. Wajah Kimi tak kurang juga mencukanya.

"Kimi pukul kepala Alif," adu Alif sambil mencebik-cebik.

"Alif curi pensel warna Kimi," adu Kimi pula.

Aku cekak pinggang sambil tayang wajah yang dibuat-buat garang. Pandang ke arah kedua-dua kanak-kanak itu. Saja buat tegas sekali sekala. Macam yang aku agak, Alif berhenti menangis. Kimi pula tertunduk kepalanya seperti seorang pesalah.

Aku masih diam. Kemudian aku rendahkan tubuhku supaya sama tinggi dengan mereka. Masih bergilir-gilir memandang mereka.

"Kimi, no, no! Jangan pukul orang sesuka hati. Teacher tak suka," tegasku dalam nada masih lembut. Makin menunduk kepala Kimi.

Aku berpaling ke arah Alif pula.

"Alif, kenapa buat macam tu? Apa yang teacher cakap sebelum ni? Kalau nak ambil barang orang, kita kena buat apa?"

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Jan 10, 2025 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

The Larsons: HANSTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang