Chapter 2

3.4K 498 51
                                        

Suara garau di belakang mengejutkan Aaliyah. Terangkat kedua-dua bahu. Sejak bila entah Zero ada di belakangnya. Spontan Aaliyah berganjak ke tepi.

Zero melangkah setapak. Meja Xiena diketuk dengan sabar. Aaliyah melihat saja tingkah Zero. Dalam hati dah menjerit-jerit suruh Xiena bangun. Dah nampak dah Zero berura-ura mahu jadi harimau kumbang.

"Xiena Ashlee, wake up." Sekali suara keras itu mengejut Xiena, gadis itu terus sedar dari tidur panjangnya.

Aaliyah terlongo tak percaya. Macam tu je?! Senang betul Zero kejut rakannya ini. Kalau tadi, aku dah terbalikkan meja Xiena ni. Bangun terus! Aaliyah jungkit singkat keningnya. Masih tak percaya.

Xiena gosok mata lalu melihat dua manusia yang berdiri di depannya. Gerak tubuh Xiena jadi kaku. Mana semua orang?! Xiena pandang Aaliyah dengan muka terkebil. Aaliyah beri isyarat mata menunjuk Zero di sebelahnya. Kau memang cari pasal, Xiena!

"Sedap tidur dalam kelas saya, Xiena Ashlee?" tanya Zero perli menarik perhatian Xiena. Zup! Xiena terkejung. Perlahan mendongak melihat Zero yang merenungnya bagai mangsa mahu ditelan hidup-hidup.

"Aaliyah, awak boleh pergi. Tinggalkan saya dengan kawan awak." Suruh Zero tanpa lepaskan tatapan di wajah Xiena yang pucat lesi.

"O... okay, sir." Turut Aaliyah teragak-agak. Habislah kau, Xiena! Mesti kena ceramah kaw kaw dengan Zero. Dia mundur dan berpaling pergi meninggalkan Xiena yang menjerit namanya di dalam hati. Jangan tinggalkan saya, Aaliyah!

Jantung dah berdegup sakan. Menunggu apa yang Zero akan buat kepadanya.

Zero melihat pintu yang tertutup rapat. Kini, hanya tinggal mereka berdua. Xiena telan liur merasai suasana cengkam meresap masuk dalam badan. Bulu roma menegak tiba-tiba. Tangan dah seram sejuk. Tubuh menggigil halus. Adakah Zero mahu menjerkahnya seperti Madam Elly?

"Bangun. Jumpa saya dalam bilik saya," tutur Zero dingin lalu pusing menuju ke mejanya.

"Huh? A... ada apa, sir?" respon Xiena spontan.

Langkah Zero mati. Dia menoleh separa. Bibir berparut itu menyungging penuh erti.

"I have to punish you, right?" Zero kembali berjalan.

Entah kenapa Xiena jadi sukar menelan liur. Nafas bagai tersekat di tengah jalan. Dering di otak terdengar bising memberi amaran awal. Kalau dia ikut, dia akan dihukum. Kalau tak ikut, Zero akan murka. Cara macam mana supaya dia tolak kemahuan Zero?!

"Saya tak rasa awak nak hukuman dua kali ganda. Atau awak terfikir mahukannya, Xiena Ashlee?" tanya Zero di pintu. Melihat gadis naif itu duduk bersama muka bingung. Apa yang gadis itu fikir?

Xiena tersedar. Dia melihat Zero. Jejaka itu sudah menunggunya. Xiena kalut menyimpan dan menyusun barang yang akan dibawa bersama. Xiena berjalan cepat membuntuti langkah Zero.

Makan masa 10 minit tiba di pejabat Zero akhirnya tiba. Xiena tercegat di depan pintu pejabat. Terkebil mata melihat Zero yang berjalan di depan. Zero yang perasan Xiena tidak ikut bersama di sisinya, dia berhenti berjalan dan menoleh. Zero memandang Xiena tajam. Xiena masih tak bergerak. Zero menjeling geram. Dia mara dan langsung lengan Xiena disambar.

Terseok-seok langkah Xiena mengikut Zero yang berjalan pantas. Zero tolak pintu bilik pejabatnya. Tubuh Xiena ditolak masuk terlebih dahulu. Papan tak mahu diganggu dipaparkan. Dia hanya mahu masa berdua dengan gadis itu.

Xiena di dalam melihat Zero takut-takut. Apa yang Zero mahu lakukan?

Klak! Pintu kunci!

Berpeluh dingin tubuh Xiena menerima suasana tegang ini. Hukuman apa Zero mahu berikan?

The Zero | EBOOKTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang