"Dian!!! Cepat lah!"
Sedari tadi sudah Puteri Zahara menunggu Diandra di situ. Petang ini mereka ada perlawanan bola jaring di kampus. Kalau tengok pada jam sekarang ni, memang mereka dah lambat. Ada nanti kena marah dengan coach ni.
"Sorry! Sorry tuan Puteriii! Aku lambat."
Termengah-mengah Diandra selepas dia pecut 100 meter tadi untuk sampai ke sini. Seketika dia cuba hela nafas perlahan. Mahu memenuhkan semula oksigen dalam ruang paru-paru yang terasa sempit akibat berlari tadi.
"Apasal lambat?"
Puteri Zahara kerut muka sambil peluk tubuh. Wajah Diandra yang nampak gelap di pandang penuh geram. Nak nak lagi si Diandra ni suka benar panggil dia tuan puteri. Dia tak suka la orang panggil dia dengan panggilan macam tu. Dia bukannya anak raja.
"Alaa aku tak sengaja nak datang lambat. Macam biasa la ayah aku buat hal lagi.."
Terdengar keluhan panjang di lepaskan Diandra. Rambut nya yang pendek bila di ikat dah serupa macam ekor kura-kura saja. Getah rambut tu pula tunggu masa je nak terlucut dek kerana rambut nya yang pendek itu. Tapi comel!
"Ayah kau berhutang lagi ke?"
Soal Puteri Zahara yang memang sudah tahu tentang sikap ayah sahabat nya itu.
Diandra angguk. Tidak menafikan. Tiada rahsia antara dia dan Puteri Zahara.
"Berapa dah hutang ayah kau sekarang ni Dian?"
"RM30,000.00."
"What!?"
Terkejut beruk Puteri Zahara bila mendengar jumlah hutang yang di sebutkan oleh Diandra. Biar betul berhutang dengan ah long sampai banyak macam tu?
Puteri Zahara sendiri pun tidak tahu kenapa ayah Diandra suka sangat berjudi. Setiap kali berjudi, setiap kali itu juga lah dia akan kalah. Hutang pula semakin hari semakin bertambah. Yang jadi mangsanya nanti, si Diandra ni lah. Sekarang ni pun dia tengok bersusah payah Diandra nak cari duit sampai terpaksa buat kerja part time dekat coffee house milik abang si Hafiz, rakan sekuliah mereka.
"Habis tu macam mana Dian?"
Diandra angkat bahu. Tidak tahu nak jawap apa. Dia sendiri pun buntu mana nak cari duit sebanyak tu. Geng ah long pula tak habis-habis menganggu mereka di rumah. Tu yang kadang-kadang sampai dia tak nak balik ke rumah. Tak tahan dengan gangguan geng ah long tu. Kadang-kadang dia tidur saja lah di surau asalkan hidup dia merasa tenang walaupun untuk seketika.
"Eh dah la, jom kita gerak sekarang. Kang bising pulak Puan Nurin tu."
Diandra terus menarik pergelangan tangan Puteri Zahara menuju ke dewan kampus tempat di mana perlawanan bola jaring akan berlangsung sekejap saja lagi.
Kalut kedua-dua sahabat itu memasuki ke dalam kawasan dewan. Melihat ahli-ahli yang lain sudah bersedia menunggu di situ. Diandra terus mencapai netball bib yang bertanda huruf C, manakala Puteri Zahara pula mencapai netball bib yang bertanda huruf WD.
"Hah! Kamu berdua kenapa lambat? Tau tak kita dah nak mula lagi 10 minit dari sekarang!"
Jerkah Puan Nurin kuat. Sedari tadi dia sudah susah hati bila tidak melihat kelibat kedua-dua pemain terpenting ini. Mana dia nak cari pemain ganti di saat akhir-akhir begini? Posisi Centre hanya Diandra seorang saja yang mampu menggalas tugas itu. Nak harapkan pemain lain, mereka tidak selincah dan tidak setangkas Diandra ketika beraksi di gelanggang bola jaring.
Tergagap-gagap Diandra dan Puteri Zahara di situ. Siapa saja yang berani nak menjawab kalau suara Puan Nurin sudah boleh tembus sampai ke tahap langit ke 7 ni. Bingit!
YOU ARE READING
MILIK MEGAT ZILL QAYYUM (TERBIT)
RomanceKerana Dia Pemilik Cinta Sejatiku... Megat Zill Qayyum x Diandra Maleeqa Dian adalah seorang gadis yang hidup serba susah. Sejak kecil dia tidak pernah kenal siapa ibu nya. Ayahnya pula seorang kaki judi. Dan Dian lah yang terpaksa bekerja keras dem...