"Takpe, takpe. Abang tak nak. Terima kasih tawarkan. Lain waktu mungkin." Seloroh Nadhif.

Nufa senyum senget. Tahu takut!

"Okey, dah! Waina nak pergi kerja dah. Bye!" Nufa minta pamit. Beg tangannya disangkut pada bahu. Baru nak buka pintu, lengannya dicapai Nadhif. Menoleh Nufa memandang Nadhif dengan dahi yang berkerut.

"Huwainaa..." Meleret panjang Nuafa dipanggil Nadhif. Makin tercengang Nufa tidak faham.

"Ya. Kenapa? Tudung Waina senget ke?" Soal Nufa. Cermin nak ditatap sekali lagi namun Nadhif tarik lengannya kembali, buat separuh badan menghadap Nadhif.

"Berapa kali nak tengok tudung tu? Abang tengok okey aje dari tadi." Omel Nadhif. Tak faham.

Nufa hembuskan nafas perlahan.

"Dah tu, kenapa? Waina nak pergi kerja ni. Pukul berapa dah ni." Jam tangan ditunjuk.

"Huwainaa isteri abang kan?" Sebaik sahaja Nadhif lontarkan soalan itu, Nufa terus pukul lengan Nadhif. Geram! Dia boleh halang kita semata-mata itu sahaja?

Mengaduh Nadhif. Nufa dipandang tak puas hati. Tanpa kata, terus dia cucuk pinggang sekali, tanda geram sama. Takde angin, takde ribut nak pukul kita. Dah kenapa?

"Apahal b ni?" Soal Nufa.

Nadhif cekak pinggang. Atas bawah bola mata bergerak memandang Nufa.

"Abang pulak! Huwainaa ya yang tiba-tiba pukul abang dulu!" Tak aci sungguh dia dipersalahkan seorang!

Juling ke atas mata Nufa.

"Tu memang kena pukul. Yang abang gedik tanya soalan tu kenapa?" Nufa bela diri.

"Nak tanya pun salah?"

"Salah sebab mengada. Jawapan dah terang-terang kut!" Angkat tangan, cincin emas yang tersarung di jarinya ditunjuk.

Nadhif senyum sinis.

"Oh, abang mengada. Tu salah abang.
Huwainaa yang tak salam tangan abang sebelum nak pergi kerja ni bukan salah lah?" Lurus Nadhif menghentam Nufa.

Ingatkan soalan tadi nak bagi kiasan sahaja. Sekali kena pukul. Dah kena minta kasar-kasar begini. Salah siapa sekarang ni?

Terkelip-kelip laju mata Nufa. Nadhif yang dah angkat keninh sebelah dia pandang sebelum seketika sengih menyeringai sendiri. Tangan naik garu kepala perlahan.

"Bukan wajib pun." Omel Nufa di bawah nafas. Sambil tu capai tangan Nadhif untuk disalami.

Elok Nufa tunduk cium tangan Nadhif, telinganya tiba-tiba rasa ditarik lembut oleh Nadhif. Berkerut sekejap dahi. Baru nak pukul tangan Nadhif, lelaki itu lebih dahulu larikan tangan.

"Memang tak wajib. Tapi, selalunya buat kan? Yang hari ni tiba-tiba nak tinggalkan kenapa?" Bebel Nadhif.

Nufa terpaksa tadah telinga sahaja. Tahan aje lah.

"Waina lupa lah." Pertahankan diri sebab perempuan jarang salah.

"Nyanyuk." Selamba Nadhif mengutuk.

Rahang Nufa jatuh. Mamat ni! Macam dah kembali kepada character sebelum kahwin nampak! Penangan masuk kerja ke macam mana?

"Excuse me?!" Naik meninggi suara Nufa.

"He–" kata-kata langsung mati bila Nufa rasa labuhan kucupan sekilas Nadhif di pipinya.

Jauhkan wajah, Nadhif tayang muka kosong. Tangan pula bergerak menghalau Nufa.

"Turun. Abang nak ambil Awa pula." Nadhif menghalau. Siap keluar dari kereta dan bukakan pintu buat Nufa pula tu.

Nufa terkaku lagi. Buat Nadhif menunduk sambil senyum senget.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now