Keesokan harinya,Tengku Rayden bangun daripada tidurnya.Mata helangnya menatap sekeliling bilik tidurnya.
Beberapa minit kemudian,Tengku Rayden mulai bangkit daripada terus tertidur.Dia melangkah menuju ke arah tandas yang berada di dalam biliknya.
Tidak lama selepas itu,Tengku Rayden keluar daripada tandas lalu menuju ke arah almari pakaiannya.
Dia mengelap rambutnya menggunakan kain tuala berwarna putih dan dililit kain tuala pada bahagian pinggangnya.Setelah selesai bersiap,Tengku Rayden melangkah menuju keluar dari bilik tidurnya.
Semasa dia mahu turun ke tingkat bawah menggunakan lif,tiba-tiba mata helangnya terlihat akan gambar perkahwinannya dengan Hannah.
Tengku Rayden menuju sebentar ke arah gambar yang terpapar besar pada dinding ruang tingkat atas tersebut.
Tangan kekarnya naik memegang lembut wajah mulus milik Hannah yang sedang tersenyum manis di dalam gambar yang masih lagi berpakaian sebagai pengantin baru ketika itu.
Beberapa minit kemudian,kaki panjang milik Tengku Rayden melangkah masuk ke dalam lif mansionnya.Semasa berada di dalam lif,dia berfikir sejenak tentang Hannah.
Tengku Rayden mengeluh berat.
Ting!
Beberapa saat kemudian,akhirnya Tengku Rayden sudah berada di tingkat bawah.Dia menuju ke arah pintu keluar utama mansion miliknya.
Ketika sedang elok Tengku Rayden memegang tombol pintu mansionnya, tiba-tiba dia disapa oleh Mak Nah.
"Selamat pagi tuan"sapa Mak Nah kepada majikannya.
Tangan kekar milik Tengku Rayden secara spontan terhenti seketika apabila suara tua Mak Nah menerjah masuk ke dalam gegendang telinganya.
Tengku Rayden membalikkan tubuhnya ke arah Mak Nah.
"Selamat pagi,Mak Nah.Ada apa?"tanya Tengku Rayden dingin kepada Mak Nah.
"Tuan nak pergi jemput puan Hannah ke?sebelum tuan nak pergi jemput puan Hannah,jemputlah bersarapan dulu"pelawa Mak Nah kepada Tengku Rayden.
"Takpelah Mak Nah,nanti balik ni saya makan.Saya pergi dulu ye"pamit Tengku Rayden lalu memulas kembali tombol pintu keluar utama mansionnya.
"Baiklah tuan"balas Mak Nah sambil menundukkan sedikit kepalanya.
Tengku Rayden terus melangkah ke arah keretanya,anak-anak buahnya menundukkan sedikit kepala mereka sebagai tanda hormat kepada tuan mereka.
Tengku Rayden terus menekan laju pedal minyak keretanya menuju ke arah hospital sekarang.
Dua puluh minit kemudian,akhirnya Tengku Rayden sampai juga di hospital tersebut.
Dibuka pintu keretanya lalu ditutup kembali pintu kereta miliknya itu.Kaki panjangnya melangkah laju menuju ke dalam hospital Tengku Rayden terus menuju ke arah wad kecemasan untuk berbincang dengan Shasha tentang bilakah isterinya boleh dibawa pulang.
Tidak lama kemudian,Tengku Rayden sudah berada di hadapan pintu bilik pejabat milik Shasha.Diketuk perlahan-lahan pintu itu.
Tok!tok!
"Masuk"arah Shasha.
Kedengaran suara nyaring yang memberitahunya agar masuk ke dalam bilik pejabatnya.
Tengku Rayden memulas tombol pintu bilik pejabat milik Shasha.Mata Shasha menatap akan siapa yang mengetuk pintu bilik pejabatnya tadi.
Raut wajah Shasha terus berubah dengan mendadak.
YOU ARE READING
MR. RAYDEN ALBERT'S WIFE (OG)
General Fiction🥀Tengku Rayden Albert Nama seorang jejaka yang tampan,berdarah dingin dan disegani oleh orang ramai kerana dia adalah anak kepada Tengku Albert Reandra iaitu seorang yang berpengaruh dan jutawan di dalam bidang perniagaan.Jejaka ini juga CEO di seb...