Bam!
Tengku Rayden menghempas kuat pintu mansionnya.Dia melangkah menuju ke dalam mansionnya.
Hannah!Hannah Audia!
Panggil suara garau itu.
Mak Nah yang mendengar akan suara Tengku Rayden yang sudah pun pulang terus bergegas menuju ke arah suara itu berada.
"Tuan"sapa Mak Nah sambil menundukkan sedikit kepalanya sebagai tanda hormat kepada Tengku Rayden.
Mata milik Tengku Rayden menatap dingin tubuh tua itu.
"Hannah mana?"tanya Tengku Rayden dingin kepada Mak Nah.
"Pu..puan Hannah..dia.."tergagap-gagap Mak Nah akibat ditanya melulu oleh tuannya tentang Hannah.
"Mana Hannah?"tanya Tengku Rayden sekali lagi kepada Mak Nah.
Tengku Rayden mendengus kasar.
"Mak Nah,saya cuba cakap elok-elok dengan Mak Nah sekarang ni.Jangan sampai saya hilang sabar dengan Mak Nah"ugut Tengku Rayden kepada Mak Nah.
Mak Nah menelan air liur kesat.
"Puan Hannah ada dekat hospital"balas Mak Nah perlahan.
Tengku Rayden mengerutkan dahinya seketika.
"Hospital?dia buat apa dekat hospital?"tanya Tengku Rayden kepada Mak Nah.
"Pu..puan pengsan tadi...lepas tuan keluar"jelas Mak Nah kepada Tengku Rayden.
Tanpa berlengah,kaki panjang milik Tengku Rayden terus melangkah keluar kembali daripada mansionnya.
"Tuan!tuan nak pergi mana?!"tanya Mak Nah kepada Tengku Rayden.
"Hospital!"jerit Tengku Rayden kepada Mak Nah.
Mak Nah memegang erat kedua-dua belah tangannya.
Habislah dia kalau Tengku Rayden tahu pasal Hannah!
Dua puluh minit kemudian,kelihatan kereta milik Tengku Rayden memasuki kawasan hospital.Dia melangkah keluar daripada perut keretanya dan menuju ke arah kaunter pertanyaan hospital tersebut.
"Saya nak tanya,ada tak pesakit dekat sini yang nama Hannah Audia?"tanya Tengku Rayden melulu kepada nurse tersebut yang berada di kaunter pertanyaan.
"Sekejap ye encik,saya periksa"balas nurse tersebut.
Beberapa minit kemudian, nurse tadi bersuara kembali.
"Nama yang encik sebut tadi ada dalam wad kecemasan sekarang ni"jelas nurse tersebut.
"Dekat mana wad kecemasan?"tanya Tengku Rayden kepada nurse tersebut.
"Encik pergi jalan depan sikit,lepastu belok kiri nanti dekat situ ada tertulis wad kecemasan"jelas nurse tersebut sambil menunjukkan arah kepada Tengku Rayden.
"Terima kasih"ucap Tengku Rayden kepada nurse tersebut.
"Sama-sama"balas nurse tersebut.
Tengku Rayden terus berlari ke arah laluan yang ditunjukkan oleh nurse itu tadi.Setelah sampai di wad kecemasan tersebut,tangan kekar milik Tengku Rayden memulas tombol pintu wad kecemasan tersebut.
Klak!
Shasha yang sedang merawat Hannah ketika gadis itu sedang tidur mulai memandang ke arah Tengku Rayden yang kelihatan agak cemas itu.
"Rayden?"kata Shasha sambil mengerutkan dahinya.
Tengku Rayden menelan air liur kesat.
Beberapa minit kemudian,Shasha mengajak Tengku Rayden untuk memasuki bilik pejabatnya.Tengku Rayden melabuhkan punggungnya atas kerusi di hadapan Shasha.Adrian iaitu tunang Shasha juga turut berada di dalam bilik pejabat tunangnya kerana Adrian menunggu tunangnya habis shift bekerja.
YOU ARE READING
MR. RAYDEN ALBERT'S WIFE (OG)
General Fiction🥀Tengku Rayden Albert Nama seorang jejaka yang tampan,berdarah dingin dan disegani oleh orang ramai kerana dia adalah anak kepada Tengku Albert Reandra iaitu seorang yang berpengaruh dan jutawan di dalam bidang perniagaan.Jejaka ini juga CEO di seb...