Chapter 28✨

371 10 20
                                    

Hi readers!okay,chap ni saya ada surprise untuk korang semua!Happy reading!😽

Amirul mulai mencempung tubuh badan Hannah sehinggalah dia berada di hadapan kereta mewah milik Tengku Rayden.Dia meletakkan tubuh badan gadis itu di dalam perut kereta tersebut.

Mak Nah juga turut memasuki perut kereta tersebut lalu meletakkan kepala Hannah di atas pahanya.Dia mengusap lembut wajah mulus Hannah.

"Sabar ye puan,kita pergi hospital sekarang"kata Mak Nah kepada Hannah.

Amirul menekan laju pedal minyak kereta itu berlalu keluar daripada kawasan rumah mansion milik Tengku Rayden.

Dua puluh lima minit kemudian,kelihatan kereta yang dipandu oleh Amirul memasuki kawasan hospital.Dia memberhentikan keretanya di tempat parking.

Amirul keluar daripada perut kereta tersebut lalu bergerak membuka pintu kereta bahagian belakang.

Dia meminta izin dahulu kepada Hannah untuk mencempung tubuh badan gadis itu walaupun gadis itu sudahpun pengsan.

"Izinkan saya untuk pegang puan Hannah sekejap"bisik Amirul kepada Hannah.

Kakinya melangkah laju ke arah laluan pintu masuk utama hospital.Mak Nah mengikuti langkah Amirul dari belakang tubuh lelaki itu.

"Tolong!"jerit Amirul untuk mendapatkan perhatian daripada pihak hospital.

Dengan sepantas kilat,nurse yang berada di dalam bangunan hospital itu terus menuju ke arah Amirul sambil membawakan katil kecemasan.Diletakkan perlahan-lahan tubuh kecil Hannah di atas katil kecemasan tersebut.

"Kami akan bawa masuk puan ini ke dalam bilik rawatan dengan segera"ujar nurse tersebut kepada Amirul dan Mak Nah.

Kedua-dua orang itu menganggukan laju kepala mereka.

"Tumpang lalu!"jerit nurse itu kepada orang-orang yang berada di laluan kecemasan tersebut agar tidak menghalang laluan mereka.

"Puan..puan kena bertahan ye..ingat Allah,puan"rayu Mak Nah dengan nadanya yang bergetar hebat.

"Puan kena bertahan,jangan tinggalkan kami puan..."ujar Amirul pula kepada Hannah.

Tidak lama kemudian,nurse tersebut memasuki kawasan bilik rawatan.

Nurse tersebut menyekat Amirul yang kelihatan mahu juga masuk ke dalam bilik rawatan tersebut.

"Maaf encik,puan.Sila tunggu di luar sekejap ye sementara kita berusaha untuk menyelamatkan nyawa pesakit.Terima kasih"kata nurse itu lalu menutup rapat pintu bilik kecemasan.

Mak Nah dan Amirul menunggu di ruang menunggu pesakit.Kedua-duanya hanya mendiamkan diri.

Mak Nah menangis teresak-esak sambil mulutnya tidak berhenti-henti daripada memohon doa kepada Allah SWT agar menyelamat nyawa majikannya.

Amirul memeluk erat tubuh tua itu.

"Sabar ye Mak Nah.kita perlu banyakkan berdoa kepada Allah supaya melindungi puan Hannah daripada perkara yang tidak diingini berlaku"pujuk Amirul lembut kepada Mak Nah.

Mak Nah mengangguk perlahan.

Setelah sejam lebih mereka berdua menunggu di situ,akhirnya nurse dan doktor yang berada di dalam bilik rawatan itu keluar daripada bilik tersebut.

Amirul dan Mak Nah bangun daripada terus melabuhkan punggung mereka di ruangan menunggu itu.

Doktor tersebut memandang ke arah Amirul dan Mak Nah.

"Encik dan puan ni ahli keluarga pesakit ke?"tanya doktor tersebut kepada Amirul dan Mak Nah.

"Ye,kami berdua ahli keluarga pesakit"balas Mak Nah kepada doktor tersebut.

MR. RAYDEN ALBERT'S WIFE (OG)Where stories live. Discover now