CIKGU Ros mendekati Anees yang duduk di pondok hadapan dewan makan. Tiga pelajar perempuan dihadapannya di pandang.
"Kamu boleh gerakkan kaki tak?" soal Cikgu Ros kepada Anees.
Anees menggeleng. Dahi berkerut menahan sakit.
"Cuba buka stoking, cikgu nak tengok kaki kamu. Takut bengkak teruk."
Perlahan-lahan Anees membuka stoking sukan yang dipakainya. Pergelangan kaki yang sudah bengkak menjadi tatapan mereka semua.
"Teruk ni. Kejap, cikgu cuba minta tongkat dari pihak resort. Kamu, tolong cikgu ambil ais dekat dewan makan. Balut ais tu dengan kain." Arahan diberikan kepada Haura. Laju dia mengangguk dan melangkah pergi.
Setelah beberapa minit, Cikgu Ros datang kembali bersama tongkat dipegang di tangan kirinya. Haura juga sudah tiba bersama ais yang dibungkuskan dengan kain bersih. Ais diberikan kepada Anees untuk diletakkan pada pergelangan kaki bagi mengurangkan bengkak.
"Cikgu nak bawa Anees ke klinik. Kamu berdua boleh sertai kawan-kawan yang lain semula. Terima kasih tolong cikgu." Cikgu Ros mengucapkan terima kasih kepada Haura dan Seroja yang menolongnya memapah Anees ke kereta Toyota Vios kelabu sebentar tadi.
Hilang saja kelibat kenderaan yang membawa Anees pergi ke klinik, Haura dan Seroja kembali semula ke tempat aktiviti wall climbing. Melihat kumpulan satu, dua dan tiga yang berada di situ, Haura dan Seroja berlalu pergi ke kawasan flying fox. Kumpulan empat sudah mula melakukan terbangan.
Seroja dan Haura duduk di atas tanah berdekatan menara merah yang mereka akan panjat sebentar lagi untuk melakukan flying fox. Mereka berdua berkumpul bersama ahli kumpulan enam yang lain.
"Macam mana dengan kawan kau tadi?" soal Arif.
"Kaki dia bengkak, jadi cikgu bawa dia ke klinik." Seroja menjawab ringkas.
Mereka kembali menumpukan perhatian ke arah peserta yang sedang melakukan aktiviti.
Seroja yang sudah siap memakai seat harness dan carabiner, lantas mencapai helmet dan sarung tangan. Tali helmet diketatkan dan mula beratur di belakang Haura.
Menara tersebut tidak boleh dinaiki ramai orang dalam satu masa. Hanya empat peserta sahaja dibenarkan untuk berada pada setiap aras menara. Selepas seorang daripada ahli kumpulan enam dilepaskan, peserta yang berada di aras tiga terus menaiki ke tingkat atas.
Haura mula memanjat tangga untuk ke aras satu meninggalkan Seroja di bawah.
Selepas beberapa minit, Haura dilepaskan.
Jurulatih memeriksa harness yang dipakai Seroja sebelum mendaki tangga naik ke atas. Semua safety line dipasang rope clamp sebelum menaiki menara.
Sampai saja di atas menara, jurulatih memasang alat keselamatan.
"Safety two on," kata jurulatih memasang safety kedua.
"Safety one off." Safety di tangga pula dibuka.
Peralatan luncuran dipasang pada tali utama. Sebelum dipasang pada Seroja.
"Safety three on." Jurulatih pelepas menyatakan kepada rakannya supaya tidak terlupa.
Kunci carabiner diperiksa sebelum jurulatih menyuruh Seroja supaya turun daripada kerusi yang dipanjatnya tadi. Tali di kanan dan kiri dipegang. Keadaannya sekarang seperti sedang duduk di kerusi.
Jurulatih menyoal Seroja sama ada sudah bersedia atau belum. Dia hanya mengangguk. Jurulatih menolak talinya ke hadapan sedikit untuk melakukan luncuran.

ANDA SEDANG MEMBACA
SELAGI JASADKU BERNYAWA [COMPLETE]
Action"Nama aku Ahmad Arif, nama kau Seroja kan?" AHMAD ARIF. Baru sahaja kenal beberapa hari, Seroja sudah melakukan kesilapan terhadap rakan sekelasnya itu. Bukan sekali, tapi banyak kali! Namun, Arif tetap maafkan dia. Makin lama dia mengenali lelaki i...