BAB 1

7.5K 747 61
                                        

5 tahun lalu...

Seorang gadis jelita berlari cepat masuk ke dalam bangunan Universiti Boston. Dalam hati menyumpah diri kerana hampir terlewat datang ke universiti. Sudahlah sekarang waktu kelas pensyarah garang! Argh habislah dia! Harap-harap pensyarah garang itu masih belum masuk kelas atau lambat datang. Tiba di depan pintu kelas, gadis jelita itu membetulkan pakaian yang agak serabut kerana berlari-lari tadi. Rambut poni dikemaskan.


Selesai, si gadis tolak pintu kelas. Dia bernafas lega kerana pensyarahnya masih belum tiba. Sempatlah dia nak bersiap sedia menghadap pensyarah lelaki itu. Si gadis berjalan menuju ke tempat duduk yang selalu diduduki. Gadis itu suka duduk berjauhan. Belakang sekali dia duduk. Dia tak berapa selesa jika tempat duduknya diselubungi rakan kelas.

"Hei, Xiena!"

Xiena dongak kepala apabila nama diseru oleh seorang perempuan. Xiena langsung mengukir senyuman nipis menyahut panggilan itu. Aaliyah, rakan sekelas yang tidak ragu mendekatinya. Juga, Aaliyah orang pertama yang menegurnya di dalam kelas.

Xiena seorang yang pendiam dalam kelas. Jarang sekali orang di dalam kelas itu mendengar suara emas Xiena. Suara Xiena terlalu lembut dan perlahan. Gelagat Xiena yang tidak bersosial dan mendiamkan diri, tiada siapa yang mahu mendekat kecuali Aaliyah. Gadis ceria dan aktif dalam kelas.

"Hai, Aaliyah." Sahut Xiena lembut. Dia keluarkan buku dan alat tulis yang akan digunakan. Aaliyah duduk di kerusi kosong depan Xiena. Dia menongkat dagu melihat wajah Xiena.

Xiena cantik tapi sayang, tak suka menonjolkan diri.

"Kau bangun pukul berapa tadi? Lambat kau datang hari ni? Tidur lambat eh semalam?" tanya Aaliyah bertubi-tubi. Selalunya Xiena datang awal tapi hari ni lewat pula. Entah kenapa dia selalu perasan Xiena datang lewat setiap kali kelas penting pensyarah mereka yang garang itu.

Agaknya Xiena tak serik kena marah dengan lelaki itu!

Xiena garu tengkuk. Bukan dia nak datang lewat pun. Kerja paruh masa semalam buat dia letih. Balik dalam pukul 1 pagi. Alamatnya tidur pukul 2 pagi lebih kerana perjalanan ke rumah mengambil waktu setengah jam. Mujurlah hatri ini dia datang tepat pada masanya. Kalau tidak, dia akan hadap emosi pensyarah itu.

Banyak-banyak pensyarah dia pernah belajar, pensyarah yang satu ini saja buat dia gerun dan takut. Tapi, dalam gerun, berani juga datang lambat ke kelas.

"Semalam saya balik lewat sebab kerja paruh masa. Balik pukul 1, tidur pukul 2 lebih. Tempat kerja dengan rumah sewa jauh..." cerita Xiena dengan muka keruh. Rumah dia dan kedai mengambil jarak jauh. Dia kerja pun sebab terpaksa. Nak bayar rumah sewa yang tertunggak dua bulan. Hampir nak kena halau sebab tak bayar.

Dia harus bekerja keras untuk dapatkan hasil yang lumayan untuk membayar sewa yang tertunggak. Dia tak mahu kehilangan rumah itu kerana rumah itu saja dia mampu bayar sikit-sikit. Kalau rumah lain, tidak boleh bayar beransuran.

Aaliyah mengeluh. "Itulah kau... Aku suruh kau duduk dengan keluarga aku, kau tak nak. Takut menyusahkan mak bapak aku lah. Padahal kat rumah aku tu bukan selalu ada parents aku. Semua asyik busy je dengan kerja!" geleng Aaliyah dengan kedegilan Xiena.

Xiena senyum nipis.

"Tak apa, Aaliyah. Saya tak nak susahkan sesiapa. Saya ada tenaga untuk cari duit. Awak jangan risau, eh? Saya okey je..." Xiena tepuk tangan Aaliyah lembut. Menenangkan rasa risau di raut wajah Aaliyah. Dia bersyukur kerana ada orang sudi menumpangkan dia untuk berteduh di tempat yang lebih selesa. Tapi, Xiena tak nak membebankan orang lain. Dari kecil, dia sudah biasa dengan kesusahan.

"Kau cantik. Cantik sangat, Xiena. Kenapa kau tak ambil job jadi model je untuk terus tampung hidup kau? Kau tak sedar ke kau ada banyak bakat dalam semua benda? Kau pandai main piano, gitar, menyanyi, berlakon pun ya! Kenapa kau tak ambil peluang?" ujar Aaliyah panjang. Menyenaraikan bakat Xiena yang terpendam. Selama dia berkawan dengan Xiena, dia nampak semua bakat Xiena.

The Zero | EBOOKTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang