BAB 7

1.8K 73 2
                                        

LAGU Rahmatun Lil 'Alameen yang bergema di seluruh ruang bilik A11, mengejutkan Seroja. Penggera di telefon, dihentikan. Seroja lantas bangkit daripada tempat tidur dan melipat selimut kepunyaannya.

Tuala mandi yang disangkut di penyangkut dicapai, lalu ke tandas. Baju muslimah berwarna biru gelap dan seluar sukan berwarna kelabu dipakai selepas siap membersihkan diri. Jam di bilik menunjukkan pukul 4:15 pagi. Katil didekati untuk mengejutkan Anees dan yang lain. Mereka perlu ke dewan untuk melakukan qiamullail pada pukul 4:30 pagi secara berjemaah.

Seroja yang sudah siap menyarung telekung di kepala, menunggu Anees di luar bilik. Haura pula tidak akan mengikuti mereka untuk qiamullail kerana uzur. Dia akan ditemani oleh Maria yang turut tidak dapat menyertai mereka.

Qiyamullail pagi ini diimamkan oleh Luqman. Solat sunat tahajjud dilakukan sebanyak dua rakaat. Diikuti dengan solat sunat hajat dan solat sunat taubat dua rakaat. Seterusnya, solat sunat tasbih dikerjakan sebanyak empat rakaat dengan satu salam. Akhir sekali, ditutup dengan mengerjakan solat sunat witir dua rakaat dengan satu salam dan ditambah lagi satu rakaat dengan satu salam.

Sementara menunggu masuk waktu subuh, ada beberapa orang bersandar di dinding untuk melelapkan mata sebentar. Ada yang bersembang dan ada yang membaca Al-Quran.

Seroja bangun mengambil Al-Quran yang berada di rak dewan. Muka surat 534 dibuka. Surah Al-Waqi'ah dibaca perlahan. Anees turut menyertai Seroja membaca Al-Quran sambil menyandarkan badan di dinding belakang dewan.

"Allahuakhbar... Allahuakhbar."

Laungan azan yang dilaungkan oleh bilal, menghentikan pembacaan Seroja. Al-Quran ditutup. Dia berdiri menghampiri rak untuk menyimpan semula kitab suci yang diambilnya tadi. Habis laungan azan, bilal yang berada di tengah ruang dewan kembali berdiri di saf hadapan.

Rakan di sebelahnya yang seperti mencari seseorang, Seroja tegur.

"Anees, kau tengah cari siapa? Bakal imam?" Seloroh Seroja.

"Bukan imam, tapi aku tengah cari bilal yang azan tadi. Sedap betul dia azan. Cair aku," kata Anees sambil meletakkan kedua belah tangannya di pipi sambil memandang Seroja.

"Ada-ada je kau ni."

"Weyh Seroja, kau tengok tu. Kawan lelaki kau lah yang azan tadi. Oh my God!" jerit Anees.

Pantas Seroja menekup mulut Anees. Seroja tersengih kepada jemaah-jemaah perempuan yang sedang memandang mereka. Seroja menundukkan kepala sambil menuturkan permohonan maaf.

Kawan lelaki? Arif seorang sahaja kawan lelakinya selama ini. Takkan dia yang laungkan azan tadi? Tanpa bertanya banyak, Seroja memandang ke arah yang ditunjukkan Anees. Arif yang sedang berdiri melaungkan iqamah, dipandang dengan wajah yang tidak percaya.

Tak pernah Seroja tahu, suara seorang Ahmad Arif boleh semerdu ini.

"Seroja, rapatkan saf. Mengelamun pulak kau. Dah jatuh hati dengan bilal tu ke?" Usik Anees kepada Seroja yang tidak henti-henti melihat Arif.

"Ish, mana ada." Sejurus itu, Seroja langsung merapatkan saf untuk menunaikan solat fardhu subuh.

Anees hanya tergelak kecil. Seronok betul mengusik Seroja.

Solat subuh pagi itu ditunaikan dengan tenang walaupun rasa mengantuk masih tersisa. Bukan selalu berpeluang untuk berjemaah pada waktu subuh.

Sesudah bersembahyang, kami semua dibenarkan untuk pulang ke bilik. Bersiap untuk melakukan aktiviti seterusnya pada pukul 8 pagi nanti.

Seroja menyarung kasut yang dipakainya tadi. Seperti biasa, dia akan berjalan bersebelahan dengan Anees. Walaupun mereka baru sahaja berkenalan, tetapi Seroja berasa seperti sudah lama berkawan dengan Anees.

SELAGI JASADKU BERNYAWA [COMPLETE]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang