BAB 53

285 8 0
                                    


     TERKELIP kelip mata seorang Thalia Hadira sebaik dia lihat langkah seorang lelaki tinggi lampai sedang menghampiri meja kerjanya. Baru sahaja mahu bangun, kerusi dihadapan sudah ditarik kasar dan lelaki itu terus sahaja melabuhkan duduk disitu. Nafas lelaki itu dihela kasar.

"Er..Encik Zayyan nak jumpa Encik Hariz ke?" Soal Thalia tergagap. Manakan tidak, mata - mata rakan sekerjanya sedang memandang ke arah Zayyan yang selamba sahaja duduk di meja kerjanya itu.

"i nak you kemas - kemas barang you dan tinggal dengan i" kata zayyan senafas.

"Hah?"

" Apa yang tak faham? i nak you pindah duduk dengan i. Masih tak faham lagi ke? Atau you nak i cakap bahasa jerman baru you nak faham?" Soal zayyan kasar. Dia tak ada masa mahu berbasa basi. Dia sudah cukup penat dengan apa yang berlaku hari ini.

"Iya lah tapi kenapa?" Soal Thalia lembut. Tiba tiba sahaja lelaki itu mengajak dia tinggal bersama. Baru sebentar tadi mereka bergaduh dan sekarang Zayyan berjumpa Thalia untuk minta tinggal bersama

Zayyan yang mendengar soalan Thalia terus sahaja mendekatkan tubuhnya dengan Thalia. Hanya meja kerja sahaja yang memisahkan mereka

"Perlu sebab ke kalau seorang suami ajak isteri dia tinggal sebumbung?" Kata - kata Zayyan tak semena membuatkan Thalia terdiam. Ya dia sedar dia masih isteri lelaki itu.

"Masih tak faham? Atau you nak i kuatkan suara bagi satu pejabat ni dengar?"

Thalia tergelak halus mendengar ujaran lelaki tersebut. Dia juga mendekatkan tubuhnya dengan Zayyan dan berbisik lembut "awak mesti rindukan saya kan? Awak mesti rindu bantal peluk awak ni kan?"

Kata - kata thalia tak semana membuatkan dahinya ditunjal oleh zayyan. Dia nengaduh dan menggosok sedikit dahinya. Kasar. Zayyan kasar.

Dehaman seeorang daei belakang Thalia membuatkan mereka serentak menjauhkan tubuh mereka. Thalia terus sahaja terbangun dari kerusi kerjanya dan menghadap ke arah Hariz.

"Kau buat apa dekat sini Nail? Kita ada meeting ke harini?" Soal Hariz. Tangan dihulur untuk bersalam bersama Zayyan.

"Aku tak ada meeting dengan kau. Aku ada meeting dengan Thalia" punggung diangkat dari kerusi dan menerima huluran tangan dari Hariz. Berkerut wajah lelaki itu memandang ke arah mereka. Bersilih ganti Zayyan dan Thalia.

"Meeting apa?"

"Tak ada apa. Cuma meeting dari hati ke hati"  kata kata zayyan berjaya menarik perhatian Hariz.

"Kau jangan macam - macam lah Nail. Kau tu suami orang. Thalia pun, you tu isteri orang. Jangan bukan - bukan okay" pesan Hariz kepada pasangan di hadapannya tika itu. Hatinya risau akan mereka. Sudahlah sekarang tengah hot cerita pasal pasangan curang. Curang dekat tempat kerja pula tu!

"Rasanya tak salaha pun kalau aku ada apa apa hubungan dengan Thalia, kan?" Tubuh dirapati ke arah Thalia dan pinggang ramping gadis itu dirangkul dari tepi. Tak semena wajah Hariz bertukar garang. Dalam diam, ada senyuman kecil terbit dibibir Zayyan. Rasa mahu ketawa melihat wajah sahabatnya itu.

Hariz menelan kesat liurnya. pandangan dialih ke arah pekerja - pekerja yang sedang melihat aksi merpati sejoli itu.

"Nail, please jangan macam ni. Kau balik lah. Jangan buat hal dekat pejabat aku. Ni tempat kerja bukan pasar yang kau boleh buat sesuka hati. Aku taknak orang fikir bukan bukan. Tolonglah Nail, jangan buat kacau dekat tempat aku cari rezeki" rayu Hariz.

Zayyan tersenyum nipis. Walaupun harini dia banyak tertekan tetapi kali ini dia rasa seperti semua beban - beban dia hilang apabila dapat menyakat sahabatnya itu. Mata memandang ke arah Thalia yang sudah menjenggilkan mata ke arah dirinya.

"Tak ada lah. Aku gurau je. Hariz, kenalkan ini isteri aku. Thalia Hadira. Macam yang kau tahu, inilah isteri aku yang hilang baru - baru ni" seloroh zayyan.

Kata - kata zayyan membuatkan mata Hariz terbuntang. Kecil betul dunia patutlah Thalia hanya membiarkan sahaja Zayyan memeluk pinggang dia. Rupanya suami sendiri!

ZAYYAN (E-BOOK)Where stories live. Discover now