BAB 1

103 9 1
                                    



"Mummy jangan tinggalkan Lullia."

Gadis bernama Lullia itu teresak esak menangis di tepi jasad yang sudah tidak bernyawa, adakala tangisan nya sengaja dikuatkan bagi melepaskan rasa sebak di dada .
Tetamu yang ada di sekeliling hanya menonton, bukan tidak cuba untuk menghalang perbuatan gadis tersebut malah sudah banyak kali mereka menghalang namun apa daya semua ditepis kuat oleh Lullia.

Tiada apa dapat mengubah nasib Lullia dengan apa yang terjadi, kuatkah dirinya untuk meneruskan hidup selepas ini.

"Mummy bangun lah, sampai bila mummy nak tidur kat sini bangun. Lullia tahu mummy masih hidup mummy just sleep je kan."

Jasad tiada nyawa itu digoncang Lullia sekuat hati, tak ubah seperti orang gila.

"Mum..my bangun mummy dah janji nak buat kek kesukaan Lullia, mummy bangun lah mummy. Jangan buat Lullia macam ni."

"Sudah lah sayang kesian mummy, Lullia tak boleh macam ni nanti mummy tak tenang ." Dato' Harraz menarik Lullia masuk ke dalam dakapan nya.

"Daddy mummy mummy!!" Jeritan kuat dari Lullia membuatkan semua orang terdiam sepi, kini dua beranak itu menjadi tatapan tetamu.
Hanya suara tangisan Lullia meriuh kan suasana, tidak cukup dengan itu tubuh nya di dalam dakapan Dato'Harraz meronta-ronta untuk minta dilepaskan.

"Cukup Lullia." ucap Dato'Harraz sambil mengetatkan lagi pelukannya

. "Abang tak kuat sayang abang tak kuat."

"Saya rasa dah boleh uruskan semua nya, abaikan sahaja saya dan anak saya di sini." Arah Dato'Harraz jelas bergetar suaranya sedih.

Tidak dapat dirinya menerima kematian isterinya yang sangat sadis itu. Mereka yang berada disitu mengangguk faham dan terus melaksanakan tugas tersebut.

Lullia menjadi tidak keruan,badan nya yang tidak bermaya itu cuba dirontakan  sekuat hati, tangan kecil gadis itu tidak henti memukul dada Dato'Harraz. Namun langsung tiada rasa sakit bagi dirinya.

"No daddy no! Please stop it, korang ni buta ke mummy Lullia tengah tidur lah . Daddy kenapa daddy buat mummy macam ni, daddy dah tak sayang kan mummy ke?" Semakin kuat tangisan Lullia air mata kembali deras.

"Bukan macam tu Lullia..."

"Arghhhh daddy penipu, daddy tak sayangkan mummy Lullia bencikan daddy. Daddy jahat!"

Dato'Harraz hanya mampu menggeleng kan kepala menidak kan semua tuduhan Lullia kepada diri nya.

"Maafkan daddy Lullia."











2 Tahun kemudian

"Cik Lullia jangan lupa ye makan ubat, nanti kita jumpa lagi untuk next appoiment okey ." Lelaki berkulit sawo matang itu melemparkan senyuman manis pada Lullia.
Baju kemeja yang agak kedut itu dibetul kan.

Lullia yang termenung ke luar tingkap mengalihkan pandangan pada lelaki tersebut. Sayu anak matanya memandang lelaki yang berdiri di hadapan nya itu.

"Okey." Dia kembali memandang ke arah luar tingkap. Lelaki itu tersenyum hampa dan  mengangguk kepala.
Entah mengapa sedikit kecewa dirinya dengan balasan gadis itu.

"Saya balik dulu ye cik Lullia by the way jangan lupa apa yang saya pesan tadi. Saya nak awak sihat like before. I'm wish can meet your old version cik Lullia."

Lullia langsung tidak balas apa apa, malah memekak kan telinga dan menganggap lelaki yang berada dengan nya itu tidak wujud.
Lelaki itu menghembus nafas berat dan meninggal kan Lullia sendirian.

THE DEVIL: DARK SHOOTER DEVIL Where stories live. Discover now