Hannah mulai mencelikkan matanya, kelihatan seorang gadis sedang mengelus lembut wajah mulus miliknya.Hannah menatap gadis itu penuh kebingungan.
"Kak Hannah dah bangun?"tanya gadis itu kepada Hannah dengan melemparkan senyuman manis kepadanya.
"Awak...siapa?"tanya Hannah kepada gadis itu.
Gadis itu menatap lembut ke arah Hannah.
"Saya Sofea...Sofea Eyana"balas gadis itu lembut kepada Hannah.
Hannah mengerutkan pelipisnya seribu satu.
"Sofea Eyana?"tanya Hannah kembali kepada gadis itu.
Gadis itu mengangguk perlahan.
"Kak Hannah sihat?"tanya gadis itu.
Hannah bangun perlahan-lahan daripada kepalanya terus tertidur di atas riba gadis itu.
"Saya sihat,alhamdulillah"balas Hannah.
"Lega hati Sofea dengar kak Hannah sihat"balas gadis itu lagi.
"Macam...mana..awak..boleh..kenal..saya?"
tanya Hannah."Nanti bila sampai masanya,kak Hannah pasti akan ingat pasal Sofea"balas gadis itu sambil tersenyum manis ke arah Hannah.
Tiba-tiba,darah pekat mengalir keluar daripada mulut gadis itu.
"Uhuk!"
Hannah membulatkan matanya seketika.
"Awak okay tak ni?!"tanya Hannah yang seakan-akan tidak percaya apa yang berlaku di hadapannya.
Gadis itu rebah di atas riba Hannah.
Tangannya cuba memegang lembut wajah mulus milik Hannah.
"Kak Hannah kena jaga diri baik-baik tau.Kak Hannah kan kuat orangnya"pesan gadis itu sambil tersenyum manis ke arah Hannah.
"Apa yang awak cuba merepek ni?!"tanya Hannah dan tanpa dia sedari,air matanya sudah mulai mengalir deras.
"Sofea dah kena pergi,kak Hannah jaga diri baik-baik ye?jangan menangis tau.Kak Hannah kena selalu ingat....Allah selalu ada dengan kak Hannah uhuk uhuk!"kata gadis itu lagi sehingga dia batuk dan mengeluarkan darah yang pekat.
"Sofea pergi dulu ye kak Hannah.Janji dengan Sofea tau yang kak Hannah jaga diri kak Hannah baik-baik.Assalamualaikum kak Hannah.Selamat tinggal....."tutur gadis itu lalu tubuh badannya yang berada di atas riba Hannah mulai menghilang sedikit demi sedikit.
"Tak!tak!awak tak boleh macam ni!tunggu!tunggu dulu!Sofea!Sofea Eyana!"panggil Hannah kuat lalu air matanya mulai mengalir laju.
"Arghhhhhhhhh!!!!!!!"
Hannah menjerit sekuat hatinya.
"Sofea!"
Hannah terbangun daripada tidurnya.
Manik-manik peluh kelihatan di dahi Hannah.
Dada Hannah mulai naik turun.
Hannah bangun daripada terus tidur,dia menyandarkan badannya di kepala katil.
Dia menarik nafas dalam-dalam.Bibirnya mulai melafazkan istighfar.
Hannah meraup wajahnya lembut.
"Sofea Eyana?siapa budak perempuan tu tadi?kenapa dia tiba-tiba muncul dalam mimpi aku?"gumam Hannah di dalam hatinya.
Hannah menelan air liur kesat.
Gadis tu seakan-akan pernah dia lihat,tetapi dia lupa di mana dan bila kali terakhir dia bertemu dengan gadis itu.
YOU ARE READING
MR. RAYDEN ALBERT'S WIFE (OG)
General Fiction🥀Tengku Rayden Albert Nama seorang jejaka yang tampan,berdarah dingin dan disegani oleh orang ramai kerana dia adalah anak kepada Tengku Albert Reandra iaitu seorang yang berpengaruh dan jutawan di dalam bidang perniagaan.Jejaka ini juga CEO di seb...