Dua puluh minit berlalu,
Ketika Hannah sedang mengelamun semasa berada di dalam kereta tersebut, tiba-tiba Tengku Rayden memberhentikan keretanya di tepi jalan.
Hannah yang tadi sedang mengelamun jauh kini tersedar akan tindakan Tengku Rayden yang secara tiba-tiba memberhentikan keretanya.
Hannah memandang ke arah Tengku Rayden.
Dia mulai memberanikan diri untuk bertanya.
"Kenapa t..tuan berhentikan kereta de..dekat tepi jalan ni?"tanya Hannah perlahan-lahan.
Tiba-tiba dia berasa tidak sedap hati.
"Keluar"arah Tengku Rayden kepada Hannah sambil mata helangnya masih lagi tertumpu di hadapan.
Hannah membulatkan matanya seketika.
"Saya ad...ada b..buat sa..lah.. de..dengan t..tuan ke?"tanya Hannah dengan tergagap-gagap.
Dengan tiba-tiba sahaja Tengku Rayden mengarahkannya untuk keluar daripada kereta tersebut sedangkan mereka berdua masih lagi belum sampai di halaman rumah mansion milik Tengku Rayden.
"Kau tanya aku,kau ada buat salah dengan aku ke tak?aku rasa aku tak perlu kot bagitahu jawapan dia sebab jawapan tu sendiri dah ada dekat diri kau"jelas Tengku Rayden kepada Hannah.
Hannah masih lagi bingung.
"Apa yang saya dah buat dekat tuan?"tanya Hannah lagi.
"Kau tanya aku,apa kau dah buat dekat aku?Hei perempuan!"kata Tengku Rayden lalu menarik kasar kepala Hannah sehingga kepala gadis itu mendongak ke atas.
"Sakit tuan!sakit!tolong lepaskan saya!"rayu Hannah yang air matanya sudah mulai mengalir deras akibat perbuatan Tengku Rayden itu.
"Hei perempuan!kau tahu tak apa kesalahan kau hah?!kau boleh pergi berbual dengan jantan lain sedangkan suami kau sendiri ada dekat situ?perempuan jenis apa kau ni hah?!dasar perempuan murah!"herdik Tengku Rayden sambil menghantukkan kepala Hannah ke arah dashboard keretanya.
Bam!
"Allahurabbi..."rintih Hannah perlahan.
Darah pekat segar mulai mengalir daripada dahi Hannah disebabkan oleh perbuatan Tengku Rayden.
"Kau ni kan memang tak reti tahu bersyukurkan?aku ni fikir kesiankan mama je sebab dia nak tengok kau,kalau bukan disebabkan aku fikir pasal mama memang taklah aku nak bawak kau pergi majlis tu!tak ingin aku nak bawak perempuan yang tak sedar diri macam kau ni lah!"herdik Tengku Rayden lagi sambil menghantukkan kepala Hannah buat kali kedua di dashboard keretanya.
Bam!
Hannah hanya mampu menangis pilu.
"Saya tak mintak pun tuan bawak saya pergi majlis tu,kalau tuan rasa saya ni membebankan tuan,dengan penuh rasa hormatnya saya dekat tuan,saya rela kalau tuan nak lepaskan saya hiks hiks"tutur Hannah kepada Tengku Rayden sambil menangis tersedu-sedan.
"Kau ingat aku nak lepaskan kau dengan semudah tu je ke hah?kau mimpi je lah yang aku akan lepaskan kau dengan mudah!kau simpan elok-elok apa yang aku nak cakap dekat kau ni dalam kepala hotak kau ni,aku.takkan.ceraikan.kau.fullstop!faham?!"jerkah Tengku Rayden di hadapan wajah mulus Hannah.
Hannah hanya mampu memejamkan erat matanya.
"Keluar sekarang"arah Tengku Rayden penuh dingin sambil melepas genggaman tangannya daripada kepala Hannah.
Hannah memandang sayu terhadap Tengku Rayden.
"Tolonglah tuan,kalau betul sekalipun tuan bencikan saya.Tapi tolonglah jangan tinggalkan saya dekat sini sorang-sorang.Saya takut,tuan"rayu Hannah sambil cuba memegang lengan kekar milik Tengku Rayden.
YOU ARE READING
MR. RAYDEN ALBERT'S WIFE (OG)
General Fiction🥀Tengku Rayden Albert Nama seorang jejaka yang tampan,berdarah dingin dan disegani oleh orang ramai kerana dia adalah anak kepada Tengku Albert Reandra iaitu seorang yang berpengaruh dan jutawan di dalam bidang perniagaan.Jejaka ini juga CEO di seb...