“ AARIS sampai bila nak single?Mama ni dah tua tau.Takkan nak tunggu mama mati baru nak kahwin! ” ucap Datin Lynda.
“ Mama,janganlah cakap macam tu.Aaris bukan tak nak kahwin.Jodoh tak sampai lagi! ” ucap Haris.
“ Bukan jodoh tak sampai lagi.Aaris tu yang memilih.Please Aaris.Aaris dah 36 years old.Takkan nak membujang lagi? ” kata Datin Lynda lagi.
Haris menggaru kepalanya.
“ Aaris nak mama carikan ke?Boleh!Serah pada mama. ”
Haris membulatkan matanya.
“ Ma,janganlah tergesa-gesa.Jodoh ni cerminan diri.Kalau Aaris single mesti jodoh Aaris pun single juga mama.Don’t worry. ” ujar Haris selamba.
Datin Lynda merenung anak tunggalnya itu.
“ Okay-okay.Aaris cari jodoh.Tapi mama kena sabar.Bagi Aaris masa.Okay? ” kata Haris lagi.
“ Boleh.Mama bagi masa 3 bulan untuk Aaris cari jodoh.Kalau tak ada mama jodoh kan dengan anak Datin Maria tu. ” kata Datin Lynda.
“ Okay mama.Aaris akan cari jodoh untuk Aaris.Mama jangan risau.Rileks ya ma. ” Haris memujuk mamanya itu.
“ Rileks sangat sampai umur tu nak masuk 40 dah.Nanti jadi bujang terlajak. ” kata Datin Lynda.
“ Mama,tak baik tau cakap anak mama macam tu.Mama macam mendoakan je. ” kata Haris.
“ Tahu pun takut jadi bujang terlajak.Aaris tu busy kerja je.Orang lain dah ada anak dua tiga orang.Aaris tu anak tekak je yang ada. ” perli Datin Lynda lagi.
“ Amboi ma.Main perli-perli nampak.Okay lah tu ma.Ada juga anak. ” sengaja Haris mengusik mamanya.
“ Haris Rizqie! ” panggil Datin Lynda.
“ Mama ni.Nak gurau pun tak oleh.Nak gi ane tak oleh.Nak single pun tak oleh. ” ucap Haris sambil menahan tawanya.
Datin Lynda memandang Haris dengan wajah serius.
“ Cari tau.Kalau tak mama carikan jodoh Aaris. ” Datin Lynda memandang Haris.
“ Ye ma.Aaris cari.Promise! ”
“ Macam ni lah anak mama.Mama bukan apa teringin rasanya ada menantu.Ada cucu. ” kata Datin Lynda lagi.
“ Oh senang je tu.Letak ikan bilis sikit,letak tepung sikit.Pastu gaul dengan air.Baru jadi. ” ucap Haris.
“ Jadi apa? ” soal Datin Lynda.
“ Mama kata nak cucoq. ” jawab Haris.
Datin Lynda menepuk dahinya.
“ Mama nak cucu Aaris bukan cucoq.Mama cucoq Aaris kang. ” geram Datin Lynda dengan anaknya itu.
Haris tertawa.Boleh sakit jantung mamanya kalau di layan perangai anaknya itu.
“ Aaris ni main-main tau.Mama serius ni.! ”
Haris memegang tangan mamanya.
“ Mama ingat nak cucu tu boleh order kat shopee ke?Kalau Aaris boleh order kat shopee.Aaris nak sepuluh.Tak payah susah-susah nak buat. ” ujar Haris.
“ Yela.Dahlah mama nak keluar kejap. ” ucap Datin Lynda.
“ Mama nak pergi membawang ke? ” soal Haris.
“ Sibuklah budak ni.Mama bosan sorang-sorang kat rumah ni.Nak pergi jumpa kawan mama kejap. ” ucap Datin Lynda.
“ Kawan perempuan ke lelaki mama? ”
YOU ARE READING
MR HARIS RIZQIE [Slow Update ]
RomanceHaris Rizqie merupakan seorang duda terlajak hot.Dikenali sebagai Daddy Aaris.Haris pernah berkahwin,namun tidak lama.Dia pun bercerai.Sudah 15 tahun dia hidup sendiri. Haris pula telah di minta oleh mamanya untuk berkahwin kali kedua.Kerana mamany...
![MR HARIS RIZQIE [Slow Update ]](https://img.wattpad.com/cover/349520209-64-k652601.jpg)