Chapter 25✨

356 11 0
                                    

Pada malam keesokkan harinya,Tengku Rayden telah bersiap di hadapan cermin di dalam biliknya dengan memakai baju kemeja putih disertakan bersama dengan blazer berwarna hitam.

Pada malam keesokkan harinya,Tengku Rayden telah bersiap di hadapan cermin di dalam biliknya dengan memakai baju kemeja putih disertakan bersama dengan blazer berwarna hitam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tengku Rayden keluar dari bilik tidurnya dan melangkah menuju ke arah lif.

Tangannya menekan butang lif untuk turun ke tingkat bawah.

Ting!

Beberapa minit kemudian,Tengku Rayden sudah sampai di tingkat bawah dia melangkah menuju ke arah bilik stor di mana di situ beradanya Hannah.

"Hannah!"panggil Tengku Rayden sambil mengetuk pintu bilik stor itu setelah dia memulas tombol pintu itu dan ternyata tombol pintu itu dikunci dari dalam.

"Ye tuan!"sahut Hannah yang sudah kelam kabut di dalam bilik stor itu akibat dipanggil oleh Tengku Rayden.

"Cepatlah sikit!kau buat apa hah dalam bilik lama-lama?!lembab betul la!kalau kau lambat 10 minit lagi,aku tinggal kau!"ugut Tengku Rayden lalu melangkah keluar ke arah pintu keluar utama mansion miliknya.

Dia mengambil anak kunci keretanya lalu melangkah ke arah garaj kereta yang berada tidak jauh daripada halaman mansionnya.

Tengku Rayden menyandarkan badannya di hadapan keretanya sambil menunggu Hannah yang sedang bersiap.

Tengku Rayden mengeluarkan telefon pintarnya.

Ting!

Tiba-tiba telefon pintar milik Tengku Rayden berbunyi dentingan.

Dia melihat ada pesanan mesej masuk daripada buah hatinya iaitu Theresa.

Tengku Rayden terus menyimpulkan senyuman manis.

Dibalas dengan cepat oleh Tengku Rayden apabila melihat buah hatinya menghantar mesej kepadanya.

Setelah sepuluh minit Tengku Rayden sedang ralit berbalas mesej dengan buah hatinya,tiba-tiba dia disapa oleh Hannah.

"Tuan?"sapa Hannah sambil melangkah ke arah Tengku Rayden.

Tengku Rayden yang tadi sedang ralit melihat ke arah telefon pintarnya kini mata helangnya tertumpu kepada Hannah yang sudah bersiap dengan memakai baju muslimah berwarna cream dengan digayakan shawl berwarna putih di kepala Hannah yang telah dibelinya pada masa mula-mula mereka berdua mendirikan rumah tangga.

Tengku Rayden terpegun seketika melihat akan kecantikan Hannah ditambah pula gadis itu memakai baju muslimah yang berwarna cream itu.

Menaikkan lagi aura kecantikan gadis itu.

Tidak berkelip mata milik Tengku Rayden melihat akan Hannah.

Anak-anak buah Tengku Rayden yang sedang berada di situ juga turut terpegun dan tercengang melihat akan kecantikan isteri tuan mereka.

MR. RAYDEN ALBERT'S WIFE (OG)Where stories live. Discover now