Chapter 24✨

335 14 2
                                    

Di mansion milik Tengku Rayden,

Hannah yang tadi sedang terperap di dalam bilik berasa agak sedikit bosan lalu melangkah keluar.

Hannah mencari-cari kelibat Mak Nah di ruang dapur,tetapi tidak kelihatan Mak Nah di situ.

Dia mencari pula Mak Nah di halaman belakang rumah mansion milik Tengku Rayden.

Tidak kelihatan juga kelibat Mak Nah berada di halaman belakang rumah mansion itu.

"Mungkin Mak Nah dekat halaman depan rumah kot"gumam Hannah di dalam hatinya.

Dia melihat ke arah jam dinding yang berada di ruang dapur itu.

Jarum jam baru menunjukkan pukul 4 petang bermakna Tengku Rayden tidak pulang lagi ke rumah.

Hannah terfikir sejenak apa yang mahu dia buat sambil menunggu jam masuk pukul 5 petang.

"Ha!"kata Hannah sambil memetik jarinya.

Hannah terus naik ke tingkat atas untuk mengambil sesuatu.

Setelah tiba di tingkat atas,Hannah memulas tombol pintu bilik tidur Tengku Rayden untuk mengambil barang yang dia cari itu.

"Ha!jumpa pun!"kata Hannah lalu mengambil sebuah beg biola miliknya itu.

Hannah tersenyum manis melihat beg biola itu masih lagi dalam keadaan baik.

Hannah juga melihat sejenak ke arah almari pakaian di dalam bilik tidur tersebut.

Tengku Rayden pernah memberi arahan kepadanya agar membawa keluar semua barangan dan pakaian miliknya daripada bilik tidur itu kerana Tengku Rayden tidak mahu lagi melihat sehelai kain pun yang kepunyaan Hannah berada di dalam bilik tidurnya.

Hannah mengeluh kecil seketika.

Dia berjalan menuju ke arah almari pakaian itu.Dibuka perlahan-lahan almari itu.

Dilihat sekilas pakaian milik Tengku Rayden di dalam almari itu.Hannah mengambil pakaian miliknya dan barangannya lalu membawa ia turun ke tingkat bawah.

Hannah meletakkan barangannya di dalam bilik stor yang akan menjadi tempat tidurnya selepas ini.

Selepas sahaja selesai mengemas pakaian dan barang-barangnya,Hannah membuka beg biola miliknya.

Ditatap lama biola itu.

Tangan mulusnya naik mengusap perlahan-lahan permukaan biola itu yang sudah lama tidak disentuh olehnya setelah bertahun sekian lamanya.

Hannah mengambil biola itu lalu melangkah menuju ke arah halaman belakang rumah mansion milik Tengku Rayden.

Di halaman belakang rumah mansion milik Tengku Rayden sangatlah cantik dihiasi pula dengan pokok-pokok bunga yang berbeza-beza bentuk dan warnanya.

Angin meniup perlahan-lahan berlalu menampar lembut wajah mulus Hannah.

Suasana pada masa itu sangatlah damai dan tenang.

Hannah mendonggakkan kepalanya ke arah langit.

Betapa cantiknya langit ketika itu.Warna langit biru muda itu dapat menyenangkan jiwa.

Sungguh indah ciptaan Sang Maha Pencipta.

Hannah meletakkan biola itu di atas bahunya lalu mulai memainkan biola tersebut dengan berirama.

Sedang khusyuk Hannah bermain biola,tiba-tiba Hannah disapa oleh Amirul.

"Puan"sapa Amirul lembut.

Hannah yang sedikit tersentak dengan kehadiran Amirul secara tiba-tiba itu yang muncul di belakangnya.

MR. RAYDEN ALBERT'S WIFE (OG)Where stories live. Discover now