''Padan muka kau..kau yang kena marah , lepas itu nak balas bagi aku pula..lambat lagi ek...sesekali kena bebel..bila lagi nak kena marah percuma . "Gelak Fira memecah suasana mereka sehingga ramai yang menoleh ke arah mereka.

Lepas mengambil makanan,mereka pun terus datang ke arah Tya.Kali ni giliran Tya pula yang mengambil makanan.

Setelah selesai mengisi perut , mereka pun terus menghampiri Nelly dan terus melangkah masuk kedalam rumah untuk acara memotong kek..Majlis Nelly diraikan dengan meriah sekali, tambahan pula saudara mara Nelly tinggal tidak jauh dengan rumahnya,membuatkan mereka semua dapat hadir ke majlis Nelly.

Selesai sahaja acara memotong kek, Nelly mengajak mereka keluar duduk di pangkin rumah . Ketika mereka asyik berborak antara satu sama lain, terlihat dua orang lelaki datang menghampiri mereka.

''Nell,nasib baik kau letak banner besar  kat depan...kalau kau tak letak memang  boleh sesat aku nak sampai sini...lokasi yang kau bagi tu pun pening dia nak cari rumah kau. " Gelak harith diiringi dengan gelak kawan disebelahnya.

''Alah kau tu banyak je alasan...cakap jelah kau yang dah lambat sampai...tapi tak apa aku dah simpankan  makanan..kek pun ada kat dalam..jomlah masuk ambil kek"

''Takpe Nell, aku dah makan dah...lepas makan tu yang aku cari kau..nak borak - borak sekejap.".kata harith.

''Oh..jadi korang dah siap makan ke? Eh korang ingat tak muka ni? Soal nelly kepada kawan-kawannya.

''Ingat..masa kat pusat komputer tu kan..Balas Fira.

''Nama siapa ek ? Soal Nelly.

''Ryan Hayder"

''Oh helok nama.."

'' Nell,Aku perkenalkan secara rasmi, member aku Ryan Haider..dia tinggal dekat dengan rumah aku..boleh kata kawan lepak tapi rapat lah.."jelas Harith.

''Ouhh...korang berdua sama sekolah lah ya ? Tak pernah nampak pula dimana mana..."kata Fira..

''Tak lah..dia tak sama umur dengan kita .Jelas Harith.

''Ya..aku tak ambil tingkatan enam macam Harith.umur aku sebenarnya  tua 3 tahun tau dari korang. sekarang aku dah bekerja dengan ayah aku sementara nak dapatkan kerja yang lebih baik"Jawab Ryan.

''Ya betul...lagipun kita ni lain daerah guys..macam .mana nak jumpa..haritu harith terjumpa Nell tu pun secara kebetulan ..mungkin takdir untuk bertemu dengan kekasih lama..."hahaha.Terang Harith kepada mereka dengan mimik muka menawan tawa.

''Seriuslah Nell ? Eh kenapa dengan aku terikut panggil dia Nell ni..tak payah Nell sangat lah. Eh Nelly...kejap ! Aku tak tau pun? Bukan kau dengan Syazril ke dulu? Bila pula  kau pernah couple dengan dia...? Tanya Fira sambil membulatkan matanya.

''Oi harith ! dengan kawan yang lain kau boleh propa tapi jangan dengan Fira ni..Kata Nelly  sambil menunjuk ke arah Fira..dia ni mudah percaya..."

Semua gelak melihat tingkah laku Fira yang seakan keliru dan terpinga-pinga dengan apa yang terjadi.

''Tak baiklah korang ni selalu buat aku macam ni...aku ingatkan betul-betul  tau tadi." Rajuk Fira.

''Beb, Aku nak masuk rumah kejap nak pergi tandas.."Deyla pun berlalu pergi dengan mengajak Tya teman pergi ke tandas.

''Eh..Ryan kau kerja dengan ayah kau dah lama ke? kerja apa wei..." Tanya Nelly kepada Ryan.

''Kerja biasa jelah Nelly"jelas Ryan hayder.

''Eh kau ni itupun nak rahsia" kata Nelly.

''Tak apa dengan Nelly ni memang tak payah bagitahu..dia ni kepoh" Fira menambah.

''Aku nak tanya sikit boleh tak Nell ? Yang tadi duduk sebelah kau  tu dah ada pakwe ke? Boleh ke kalau aku nak minta number phone dia ? Soal Harith dengan nada  suara agak perlahan.

''Kau nak number dia? Yang benar dong? bukan ke kau masih couple dengan Elina?
Nelly menyoal harith kembali.

''Ish kau ni kaki stalker lah Nell..Bukan untuk akulah , tapi untuk orang sebelah aku ni...boleh tak Nell ? Tadi dia bisik dekat aku dia minat dekat kawan kau tu..boleh tak Nell? Kitorang nak kena gerak balik dah ni..aku ada majlis lain Nell lepas ni."

''Setahu aku dia belum ada pakwe lagi..aku memanglah boleh bagi...tapi aku tak tau lah dia okay ke tak kalau aku bagi, aku takut dia marah..dia tu kalau marah lain macam sikit...singa pun takut..nanti bagi aku tanya dulu lah..kau ni pun macam tak ada hari esok."

''Okaylah ...aku dah lambat ni..nanti apa apa  bagitau aku lah ya..jangan buat-buat lupa pulak Nell.. kesian member aku ni.."

Ryan dan Harith pun terus percepat langkah mereka ke arah kereta mereka untuk bergerak ke majlis mereka  yang seterusnya .

Setelah Deyla dan Tya kembali le pangkin mereka lihat hanya tinggal Fira dan Nelly yang berborak disana.

''Nelly diorang dah balik ke?"tanya Deyla.

''Haah,ada majlis lain lagi..kenapa beb?"

''Ouhh..kitorang pun dah nak balik ni ,jumpa isnin nanti ea..thanks tau beb."

''Okay korang pun sama thanks juga datang rumah aku ni.."

Deyla pun gerak pulang kerumah dengan menghantar kawan-kawannya pulang terlebih dahulu.

TAKDIR CINTA DIA (COMPLETED) Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz