Kelihatan kereta mewah milik Tengku Rayden memasuki kawasan syarikat AR's Holding lalu memarkir keretanya di tempat parking.
Setelah itu,Tengku Rayden keluar daripada perut keretanya sambil membetulkan pakaiannya.
Dia melangkah masuk ke dalam syarikat AR's Holding melalui pintu masuk utama.
Semasa Tengku Rayden sedang melangkah menuju ke arah bilik pejabatnya,dia disapa oleh Laila iaitu pembantu peribadi Tengku Rayden.
"Selamat pagi,tuan Rayden"sapa Laila kepada Tengku Rayden.
"Erm,selamat pagi"balas Tengku Rayden dingin.
"Ada orang tengah tunggu tuan dalam bilik pejabat tuan"ujar Laila masih lagi setia tersenyum ke arah Tengku Rayden.
Walaupun sebenarnya nak je dia tumbuk muka angkuh Tengku Rayden itu.
"Siapa?"tanya Tengku Rayden sambil menaikkan sebelah keningnya.
"Katanya dia kawan baik tuan"kata Laila lagi.
Tengku Rayden terdiam seketika, nampaknya dia boleh meneka siapakah si figura yang berada di dalam bilik pejabatnya itu.
"Erm,thanks"jawab ringkas Tengku Rayden lalu mulai melangkah masuk menuju ke dalam bilik pejabatnya.
"Sama-sama,tuan"balas Laila lalu melihat belakang tubuh Tengku Rayden yang semakin menghilang daripada penglihatannya.
Tengku Rayden memulas tombol pintu bilik pejabatnya lalu dia melangkah masuk ke dalam pejabat miliknya itu.
"Assalamualaikum bro!"sapa lelaki itu kepada Tengku Rayden lalu mendekat ke arah Tengku Rayden.
Tangan kekarnya menepuk-nepuk bahu Tengku Rayden.
"Waalaikumussalam"jawab Tengku Rayden ringkas.
Siapa lagi kalau bukan Darius Hans yang suka datang ke pejabatnya.
Darius tersenyum dengan penuh selamba.
"Kau ada apa hal datang sini?"tanya Tengku Rayden lalu duduk di atas sofa empuk itu.
"Woahh,saja je nak datang.Tak boleh ke kawan baik sendiri datang?"sindir Darius lalu mulai melabuhkan punggungnya juga di sofa empuk itu berhadapan dengan Tengku Rayden.
"Bukan tak boleh,tapi selalunya kalau kau datang ni mesti ada hal,kan?"jawab Tengku Rayden sambil bermain-main dengan jari jemari tangan kekarnya.
Darius hanya berlagak selamba.
"Macam tahu-tahu je kau ni kan? HAHAHA"kata Darius lalu bergelak ketawa di dalam bilik pejabat itu.
Tengku Rayden hanya menatap tajam ke arah Darius yang berada di hadapannya.
"Aku ada hal sikit nak cakap dengan kau"ujar Darius lalu wajahnya bertukar menjadi serius dan dingin.
Keadaan di dalam bilik pejabat milik Tengku Rayden juga turut berubah.
Seakan-akan aura dingin membelenggu mereka berdua.
"What is it?"tanya Tengku Rayden ringkas.
Darius yang mendengar soalan yang ditujukan oleh Tengku Rayden itu tersenyum penuh makna.
"Pasal Theresa Qayra"
Tiga patah perkataan yang keluar daripada mulut Darius berjaya menyentakkan hatinya.
Bam!
Seakan-akan jantung Tengku Rayden dihempas sesuatu yang berat apabila nama Theresa keluar daripada mulut Darius.
YOU ARE READING
MR. RAYDEN ALBERT'S WIFE (OG)
General Fiction🥀Tengku Rayden Albert Nama seorang jejaka yang tampan,berdarah dingin dan disegani oleh orang ramai kerana dia adalah anak kepada Tengku Albert Reandra iaitu seorang yang berpengaruh dan jutawan di dalam bidang perniagaan.Jejaka ini juga CEO di seb...