23' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28

Start from the beginning
                                    

" I know. I was wrong. I was wrong about Aariz. I'm sorry"

" Your sorry means nothing, Theo. Too late to apologize, I've been hurt." Arfana Menunduk lagi sambil mengalirkan air mata.

Kecewa kali ini sungguh membunuh seluruh jiwanya. Sudah hancur tidak tersisakan.

" Let me heal you, Honey"

" Apa yang you harapkan lagi dari I, Theo? Wanita di depan you sekarang ni dah punah. Hati dia dah rosak. Wanita di depan you sekarang ni dah rapuh, tak berdaya."

Suaranya lirih menunjukkan betapa terlukanya saat ini. Dada dipegang erat kerana terlalu sakit menahan amarah dan kecewa.

Perkahwinan yang dulunya di minta oleh Syed Aariz kini sudah musnah akibat Syed Aariz sendiri. Janji yang dituturkan hanyalah permainan bicara semata-mata.

" Itulah tugas I, Ana. I akan pulihkan dan kembalikan semula diri you macam dulu kala. Itu janji Theo." Janji jejaka itu.

" Cukuplah dengan janji palsu semua orang. Cukuplah I percayakan janji manusia tapi akhirnya tak ditunaikan. Ini diri I, I yang akan pulihkan sendiri. Berhenti beri harapan pada I." Tapak tangan naik memberi isyarat supaya Theo berhenti.

" Kepercayaan I dah musnah, Theo. Jangan musnahkan lagi harapan I. Hanya ini sisa yang tinggal sekarang. Jangan persiakan lagi Hati ikhlas ni. I dah penat."

" Let me heal that scar, Honey."

" Don't! I Afraid you made them worst"

" Please trust me, Honey!"

" Help me trust that there's a beautiful purpose in this broken heart. I've waiting for him for these hours but he never came. It was my biggest Disapointment" Kata-kata Arfana menyentakkan sekeping hati milik Theo kerana saat ini dia tahu betapa besarnya cinta Arfana terhadap Syed Aariz walau sebesar manapun kesalahannya, Arfana tetap menunggu kehadirannya.

" Theo" Mata sembab itu memandang ke dalam mata Theo penuh sayu dan rayuan.

" Semesta I telah diambil oleh pemilik sebenarnya, kerana dalam cerita sebenarnya, semesta I adalah hak miliknya dan I adalah pencurinya"

" No---"

Belum sempat Theo menghabiskan bicara, Arfana sudah mencelah lirih.

" I dah lelah hidup dalam fantasi sendiri. Kali ni, biarlah rama-rama ni melebarkan sayap tanpa bermimpi akan menjadi peri lagi. I salah. I salah kerana terlalu gembira."

" You layak bahagia, Ana. Cukup you tahu yang you berharga kepada seseorang." Theo memujuk Arfana dengan ayatnya.

Walaupun dia tahu ayatnya itu tidak akan memberi kesan kepadanya tetapi dia perlu memberi semangat kepada sahabatnya.

" Let's go home" Ajak Theo namun Arfana menggeleng.

" Bilik tu masih ada hiasan perkahwinan tak jadi I. I masih tak boleh terima yang Farras tinggalkan I." Balasnya lemah.

" Tidurlah bilik tetamu. Rumah Baba you punyalah besar tapi you bercakap macam ada bilik you sorang je dalam rumah tu." Bidas Theo tanpa rasa bersalah.

Diamnya Arfana membuatkan Theo mengeluh berat. Kepala digaru meskipun tidak gatal sebelum memulakan misi memujuk yang terakhir. Ini sahaja idea yang muncul di dalam kepalanya saat ini.

" Rain Rain Go Away, come again another day."

" My Arfana don't want go home, Rain Rain Go Away" Mendongak Arfana memandang Theo yang sedang bernanyi itu.

" Rain Rain Go Away, come again another Day"

" My Arfana don't want go home, Rain Rain Go Away" Jelas-jelas nyanyian itu memerlinya.

Hatinya sedikit terusik dengan cara Theo memujuk dirinya. Air mata dilap menggunakan hujung jari. Meskipun sekadar bersahabat, tetapi sudah ramai yang menganggap mereka pasangan sejoli. Mungkin benar kata Theo, Dia perlu melupakan Syed Aariz kerana lelaki itu sudah menjadi memori buatnya. Kini dan selamanya.

Masa mungkin diambil beribu tahun untuk melupakan Syed Aariz namun dia yakin, suatu hari nanti Tuhan akan gantikan dengan seseorang yang lebih baik.

Kaki berjalan selangkah sebelum kembali berpusing ke arah Theo yang sedang memandangnya di belakang.

" Jom balik."

Senyuman di bibir Theo terlakar jua akhirnya. Puas memujuk, akhirnya Arfana mahu pulang juga. Theo yakin bahawa Arfana tidak akan bersedih lama kerana dia yang akan mengubati dan membawa kembali senyuman di bibir Arfana Faiqa.

'Dahulu Kita bertemu kerana Allah, Sekarang, aku pulangkan kau juga kerana Allah. Kerana Aku percaya, setiap percaturan-NYA adalah yang terbaik dari segala perancangan kita.' Desis hatinya penuh luka dan kecewa yang tersisa. 

OG | | MEJAR'S CODE G28Where stories live. Discover now