Di buka perlahan-lahan laptopnya . Dia membuka aplikasi membuat Novel. Dia masih lagi dalam fasa penulisan untuk isi Novelnya .

" Hmm... Aku ada je jalan cerita . Tapi, takut cliche lah pula . Ha ! Cuba tanya Kyan. Mana tahu dia ada idea untuk aku kan." Iriena mencapai telefon bimbit yang ada di dalam handbag berjenama Gucci.

Dia mendail nombor Kyan. Kyan ialah teman lelaki Iriena yang menyukainya dari waktu kolej . Kyan berjanji bahawa dia akan melangsungkan perkahwinan pada tahun depan bersama Iriena .

Kyan sebenarnya, ingin Iriena berkahwin dengannya pada tahun ini. Namun, disebabkan Kyan yang masih ada kerja yang perlu dilakukan di Amsterdam, dia terpaksa membatalkan niatnya.

Setelah didekatkan telefon pada telinganya, masih lagi berbunyi seperti tidak diangkat.

" Nombor yang anda dail, tiada dalam perkhidmatan. Sila tinggalkan pesan selepas bunyi Tut."

" Hmm.. telefon dia mati ke? Berhusnuzon jelah . Dia tengah charge telefon."

Iriena meneruskan menulis Novel. Dia sedang kusut . Takut jalan cerita tu cliche sangatlah pula . Jadi, disebabkan Kyan orang yang bekerja sebagai menyemak buku-buku serta majalah, dia akan selalu meminta pertolongan Kyan .

Kita beralih pula situasi Izdihar . Izdihar masih lagi kusut . Masih seperti dulu . Kalau rasa takut, mesti gigit kuku .

" Astagfirullahaladzim... Kuatkan iman dan semangat aku ya Allah ..." Bisik Izdihar sendiri . Fexre dan anak buahnya yang lain sedang mencuba mencari kelibat Felix .

Izdihar yang masih ada di dalam pejabatnya, bangun dari kerusi dan terus keluar dari bilik pejabatnya. Dia mendail satu nombor .

" Iriena ... Please pick up!" Izdihar menelefon Iriena . Dia ingin mengajak Iriena keluar makan malam bersama. Namun, Iriena masih khusyuk menaip keyboard laptopnya dan tidak mendengar ringtone telefonnya.

" Ugh ! Tak guna ! Felix ! You will die in my hand soon..." Izdihar menumbuk kuat dinding . Berdarah tangan Izdihar kerana menumbuk dinding yang permukaannya yang keras itu.

••••

Izdihar balik dalam keadaan yang panik dan cemas . Dia masuk ke dalam biliknya tanpa sebarang respon. Umi nya turut bingung dengan perangai Izdihar .

" Ziyyad . " Panggil Umi Izdihar . Keluarga Izdihar akan selalu memanggilnya sebagai Ziyyad . Jarang keluarganya memanggilnya dengan Izdihar.

Izdihar tidak merespon. Sebaliknya, dia terus masuk ke dalam bilik . Umi nya menggelengkan kepalanya beberapa kali . Jarang anaknya membuat muka yang masam.

" Haih... Ini lah keturunan awak, Aaron ."

" Saya tak bersalah eh . Awak kata dia anak kesayangan awak. Keturunan awaklah." Papa Izdihar memuncungkan bibirnya . Umi Izdihar hanya menggeleng kepalanya.

" Jarang saya tengok Ziyyad tu masam je muka . Mesti ada masalah . Sejak saya bagi syarikat saya kat dia, setiap hari dia balik, muka masam Aje . Saya rasa, dia ada suka seseorang." Umi Izdihar mengangguk-angguk kepala tanda setuju.

" Entahlah, bang . Janji, saya taknak menantu macam Trisya. Dah serik saya jaga menantu macam tu ."

Izdihar dari dalam bilik mendengar perbualan Umi dan papanya . Memang betul . Dia memang suka seseorang . Tetapi, Izdihar sewaktu setahun bercerai dengan Trisya, dia secara tidak sengaja tertengking Umi dan papanya .

Abe Duda Hot : Dia hak aku ✓ [Season 1]Where stories live. Discover now