Chapter 20✨

611 18 28
                                    

WARNING❗:REDFLAG ERA!🚩‼️🚫

Setelah sampai di syarikat The Tropika's Holding semula,Hannah terus menuju ke arah bilik pejabatnya untuk mengerjakan kembali pekerjaannya.

Beberapa jam telah berlalu,akhirnya selesai juga pekerjaan Hannah.

Hannah menyimpulkan senyuman manis apabila melihat kerjanya sudah selesai.

Hannah memandang ke arah jam tangannya,jarum jam sudah menunjukkan pukul 6 petang.

Dia mulai mengemas mejanya lalu mengambil beg tangannya.

Hannah bergegas keluar melangkah menuju ke arah pintu utama keluar syarikat The Tropika's Holding tersebut.

Semasa Hannah sudah berada di luar pintu utama keluar syarikat The Tropika's Holding,kelihatan Amirul sudah menunggu Hannah untuk menjemputnya pulang ke rumah.

Hannah mengatur langkah menuju ke arah Amirul.

"Amirul"sapa Hannah lembut lalu tersenyum ke arah Amirul.

"Selamat petang puan,sila masuk"balas Amirul lalu mempelawa Hannah untuk masuk ke dalam kereta mewah itu.

Hannah mengangguk kecil.

Setelah itu,Hannah membolos masuk ke dalam kereta mewah itu.

Amirul menutup perlahan pintu kereta itu.

Dia mulai melangkah ke arah tempat pemandu lalu menekan laju pedal minyak kereta itu untuk menuju ke mansion Tengku Rayden.

Tiga puluh minit kemudian,kelihatan kereta mewah itu masuk ke dalam kawasan mansion milik Tengku Rayden.

Amirul memarkir kereta mewah itu di dalam garaj lalu keluar dari kereta mewah untuk membukakan pintu kepada Hannah.

Setelah membukakan pintu kepada Hannah,Hannah mengucapkan terima kasih kepada Amirul.

Amirul menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat kepada isteri tuannya.

Hannah mengatur langkah masuk ke dalam rumah mansion milik Tengku Rayden.

Selepas masuk ke dalam mansion milik Tengku Rayden,mata bundar Hannah melilau-lilau mencari kelibat Mak Nah.

Agaknya Mak Nah berada di belakang halaman rumah mungkin sedang menggunting daun pokok-pokok di belakang itu.

Hannah juga belum lagi melihat kelibat Tengku Rayden.

"Tak balik lagi la tu kot"gumam Hannah di dalam hatinya.

Kemudian,dia melangkah menuju ke arah lif untuk ke tingkat atas.

Tidak lama kemudian,

Ting!

Kedengaran bunyi lif itu berada di tingkat atas dan Hannah keluar daripada lif tersebut.

Hannah memulas perlahan pintu bilik tidur mereka berdua lalu masuk perlahan-lahan ke dalam bilik tidur tersebut.

Hannah merebahkan seketika tubuhnya di atas katil sambil memandang ke arah langit bilik tidur itu sementara menunggu sebentar lagi dia mahu mandi.

Beberapa minit kemudian,kedengaran lif berbunyi di luar bilik tidur.

Nampaknya bapak singa dah balik.

Tinggal mahu menerkam mangsanya saja.

Klak!

Kedengaran pintu dibuka dan kelihatan susuk tubuh sasa Tengku Rayden berada di sebalik daun pintu itu.

Hannah terus bangun dari kedudukannya tadi.

MR. RAYDEN ALBERT'S WIFE (OG)Where stories live. Discover now