"Ya Allah, Awa rasa serba salah tapi sumpah, tak suka lah dengan perangai Kak Rin sekarang." Halwa mula mengadu.

Nufa hanya lepaskan tawa kecil. Bakul rotan di tangan diayunkan ke hadapan dan ke belakang. Tenang.

Halwa kerut dahi.

"Kakak Nufa tak rasa ke apa yang Awa rasa? Tak nampak apa yang Awa nampak?" Soal Halwa kehairanan. Tenang sangat si kakak ipar.

Semalam sahaja Nourin dah nampak lain macam. Pagi tadi pula jelas pula niat perilakunya. Tadi pula dah berani-berani tarik muka tak puas hati dengan Nufa.

Senyum kecil, Nufa mengangguk.

"Buta sangat kalau akak tak rasa dan nampak. Mesti lah rasa, mesti lah nampak." Jawab Nufa bersahaja.

Angkat bahu, Nufa hanya mencebik kecil.

"Tapi, nak buat macam mana. Dia punya rasa, biar dia handle sendiri lah." Mudah balasan Nufa. Tak mahu perpanjangkan, melainkan bila jelas pihak satu juga naik sama melayan lebih-lebih.

Halwa ternganga kecil.

"Kakak Nufa! Serious ke ni? Tenang semacam ni. Kakak tak sayang abang Awa ke?"

Tersedak sendiri Nufa dengan soalan yang dilontarkan Halwa. Terbatuk-batuk sampai berair mata. Halwa dipandang atas bawah kemudiannya.

"Apa Awa tanya macam tu?" Malu Nufa jadinya. Sama lurus ke tujuan si adik ini. Sebiji macam si abang.

Halwa peluk tubuh. "Yalah. Tenang sangat kakak ni."

Nufa tersenyum kecil. Tangan naik memeluk bahu Halwa.

"Tenang lah. Akak cuma letak Nourin tu macam Sayf. Sayf kan kawan baik akak dan abang Awa tak pernah nak kata apa-apa pun. So, akak nak buat macam tu juga untuk Nourin dan abang Awa."

Halwa terangguk-angguk faham. Tapi tak lama selepas itu dahi dah berkerut.

"Tapi, beza. Abang Sayf beza gila dengan Kak Rin."

Halwa dipandang.

"Apa yang bezanya?"

Juling mata ke atas, tangan Nufa di bahunya dipegang.

"Abang Sayf tu memang sekadar niat berkawan. Takde niat tersirat mahu mengorat ke apa. Tapi Kak Rin ni memang jelas-jelas macam nak ganggu abang dengan kakak." Panjang lebar Halwa menyatakan beza dua orang itu.

Nufa gelak kecil.

"Betul lah tu."

"Dan kakak still tenang?" Hairan Halwa dengan tenang Nufa. Lain macam sungguh!

Nufa mencebik dalam senyum.

"Selagi abang Awa tak buat perangai, akak tak nak cepat melatah. Easy." Kening diangkat dua tiga kali kepada Halwa.

Tersenyum Halwa jadinya. Tangan ditepuk perlahan menyatakan kekaguman buat Nufa.

"Cool, cool."

Nufa hanya sengih dan angkat dua jari, tunjuk peace.

"Awa rasa, abang memang tak akan buat perangai."

Nufa kerling Halwa. "Yakin?"

Halwa mengangguk bersungguh.

"Kakak berdiri aje pun, dia boleh senyum sampai ke telinga. Lagi kalau kakak mengorat dia sungguh-sungguh. Macam masa makan tadi. Uih, merenyam walau dapat tiga suap aje." Halwa ulang tayang semula momen manis Nufa dan Nadhif sewaktu sarapan tadi.

Lepas tawa Nufa.

"Itu dia gedik."

Halwa geleng sambil tersenyum.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now