3 | Good Liar

49 7 0
                                    

"Sometimes, they never wanted to hurt you. They just didn't care at all."

"Ya Allah. Apa ni?" Tangan yang berada dihadapan Lydia ditenung lama diikuti wajah tampan itu. "Are you confused, or you need glasses to see clearly?" Lydia menahan suara dari meninggi.

Aiden tersenyum lebar seperti Lydia baru sahaja memujinya.

"I know you mad at me after taking the wedding this far. I'm sorry." Suara garau itu lembut memujuk. Aiden merenung dalam anak mata Lydia yang tampak risau.

Lydia cuba mengeluarkan kata-kata. Namun, dia hilang bicara. Masih terkejut dengan jejaka itu memanggil dirinya sebagai cinta hati.

"Lydia?" Daniel disebelah memanggil perlahan. Jelas riak wajahnya kecewa.

"Daniel, kau tahukan lelaki ni tipu je. Aku mana pernah jumpa dia."

"Oh, hi, Daniel. Lydia banyak cakap pasal kau." Dengan sengihan Aiden menghulur tangan untuk berjabat. Namun dibiarkan tergantung sepi oleh Daniel.

"Bila?! Saya tak pernah kenal siapa awak!" Suara Lydia mula naik diikuti dengan jelingan tajam ke arah Aiden.

"What exactly that she told you?" Daniel bertanya sambil bibirnya dikertap kuat tanda amarah. Amarah Lydia tidak dihiraukan.

"You're the cover she talking about. She needed a veil for our relationship. Thank you for being there man." Aiden tersenyum lebar. Lydia mula benci melihat senyuman itu.

Macam mana dia boleh tersenyum lebar sedangkan dia sedang menghancurkan hidup seseorang yang bernama Lydia Marissa?!

"A cover?" Daniel sudah menjongket kening sambil matanya merenung wajah bersih Lydia yang mula mendung. Lydia terkedu. Sedih dengan Daniel yang lebih percayakan orang luar.

"Lydia Marissa!" Sofia menjerit nyaring.

Dengan baju kurung yang diangkat tingi. Langkahnya laju menuju ke arah Lydia. Jelas wajah itu merah menahan amarah dan sedih.

Aiden pula sedikit pun tidak terkesan dengan jeritan itu. Matanya masih menilik Lydia. Lydia menjeling tajam lelaki itu.

"Okay, kalau betul saya kekasih awak. Bila birthday saya? Kat mana kita kenal? Apa makanan favourite saya? Kat mana s—"

"You!" Rambut sanggulnya sudah tidak terurus. Maskara dimata sudah mulai comot begitu juga dengan gincu dibibir.

"Sofia, I tak tipu." Lydia cuba menjelaskan.

"Sayang, tak ada apa yang nak ditakutkan. We can't keep it secret anymore." Aiden berkata. Nadanya seolah memujuk.

"Hide what?! I don't know you!" Lydia membalas geram.

"Really? Sebab aku rasa semua ni betul." Lydia tersentak. Wajah Daniel dipandang.

"Daniel, kau dah kenal aku lama. Do you really believe this guy?"

"Yes." Daniel balas pantas.

Lydia diam. Satu perkataan yang sangat menyakitkan. Hatinya bagai direntap kuat.

"Kita kenal lama tak bermakna semua pasal kau aku tahu, Lydia." Daniel memandang Lydia. Kecewa. Itulah yang Daniel rasakan.

Lydia berharap pada saat ini, Aiden dan Sofia sedang ketawa dan mengatakan ini suatu gurauan.

I Am Fragile [OG]Where stories live. Discover now