Halwa yang perasan kejanggalan Nufa, tanpa banyak kata terus hulurkan beberapa batang lobak merah kepada Nufa.

"Tak sia-sia Adep tukar tilam. Nyenyak isteri manis dia tidur." Suara Hajah Fazila mencelah, buat Nufa senyum malu.

"Wow! Abang beli tilam baru? Serius lah?" Halwa pandang Nufa. Kening terjongket beberapa kali, menyakat sedikit.

Hajah Fazila menghampiri meja. Mudah dia serahkan peeler serta pisau untuk Nufa. Tersentuh Nufa dengan perilaku mak mertuanya.

Nourin hanya melihat sahaja.

"Ya. Bukan main dia bertanya hari-hari katil dah sampai belum, cadar dah sampai belum, bantal dah sampai belum." Hajah Fazila memberitahu. Nufa yang diam-diam mengupas kulit lobak merah dikerling sekilas.

Seronok bila anak lelakinya itu tahu benar bagaimana nak beri keselesaan buat keluarga baru yang dibina.

"Oh, patut lag bilik Halwa tiba-tiba banyak bantal. Abang punya kerja lah ni ya sedekahkan bantal-bantal lama dia?" Halwa pura-pura marah.

Senyum semua orang di situ dengan telatah comel Halwa.

Nourin datang menghampiri meja dan kerusi kosong di sebelah Nufa ditarik. Menoleh Nufa pandang Nourin.

"Untung Nufa dilayan balik oleh Abang Adep." Kata Nourin dengan senyuman.

Halwa hanya memerhati dalam diam. Hajah Fazila dah kembali ke hadapan kuali semula. Mahu menumis bahan-bahan mee goreng.

Nufa hanya senyum kecil dengar komen Nourin.

"Nama penuh Nourin apa?" Cuba cari topik bualan, Nufa bertanya soalan.

Halwa senyum kecil. Suka dengan Nufa yang tenang sahaja.

Lihat Nourin, senyum Halwa mati. Hati sedikit risau sebenarnya dengan kawab sepermainannya ini. Bukan dia tak reti menilai. Jelas-jelas dari semalam lagi Nourin seperti mahu rapat lain macam dengannya dan Nadhif.

Bukan lah sebelum ini tidak rapat. Rapat juga, namun entah lah. Rasa lain macam pula rapat yang kali ini. Tambah lagi bila Nourin hampir dengannya atau Nadhif, pasti mata gadis itu melirik memandang Nufa. Entah apa motifnya pun, Halwa tak tahu.

Halwa perasan, tapi buat masa ini Halwa mahu diam sahaja dulu.

"Oh. Nourin Raysha. Boleh panggil Nourin. Kalau nak manja lagi, panggil Yin." Beritahu Nourin sambil senyum lebar.

Nufa angguk kecil.

Yin. Dia dengar semalam gadis itu membahasakan dirinya dengan Yin bila berbual dengan Nadhif.

Manja, ya?

"Pelat tu Kak Rin. Dengan R lah, bukan dengan Y." Halwa membetulkan tanpa rasa bersalah. Terkelip-kelip mata sambil senyum.

Menerima teguran Halwa, Nourin senyum kelat.

"Saje je. Kan Kak Rin kata kalau nak manja."

Hajah Fazila merapat. Sayur sawi yang sudah selesai dipotong Halwa diambil. Menjengah kepada Nufa, senyum dia lihat terkial-kial tangan itu mahu memotong lobak merah.

"Macam ni, Nufa." Ringan Hajah Fazila mahu mengajar namun terhenti perbuatannya bila lihat Nourin yang cekap memotong lobak merah di sebelah Nufa.

Terus tiga pasang mata terarah kepada Nourin yang jelas mahu menunjuk itu.

"Cukup banyak ni mak?" Nourin bertanya.

Nufa kemam bibir. Hidung ditenyeh seketika. Sudah mula faham dengan permainan Nourin.

'Sah sah suka Nadhif minah ni.'

Hajah Fazila senyum kelat dan mengangguk.

"Boleh dah ni. Terima kasih, Nourin." Ucap Hajah Fazila seraya mengambil pinggan yang dihulur Nourin. Ada lobak merah yang dah cantik dihiris di situ.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now